Muhyiddin Mau Bikin Apa


 

Raja-Raja Melayu sudah bertitah. Persoalan utama sekarang ialah apa langkah Muhyiddin Yassin bagi menyusuli “decree” atau dalam bahasa Melayu, dikri (ketetapan) diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong.
Apa yang akan atau mesti dilakukan Muhyiddin setelah Raja-Raja Melayu menetapkan tidak perlu darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos, tarikh yang dijadualkan ia berakhir. Rasanya mudah buat beliau patuh akan ketetapan itu.
Satu lagi ketetapan ialah Agong dengan sokongan Raja-Raja menitahkan Parlimen bersidang secepat mungkin. Kini tanggungjawab menasihati dan menyembahkan tarikh untuk Parlimen bersidang terletak atas bahu Perdana Menteri.
Pilihan yang ada ialah beliau boleh mengadap Agong dan memberi nasihat kepada baginda bila Parlimen akan bersidang semula setelah digantung kerana perisytiharan darurat Januari lalu.
(Perlu diingat Agong pada Februari lalu bertitah Parlimen boleh bersidang walaupun pada waktu darurat terpulang kepada perdana menteri menasihati baginda. Itu tidak dilakukan Muhyiddin kerana kerajaan sememangnya keberatan atau enggan ‘membuka semula’ Parlimen atas sebab atau alasan pandemik Covid-19)
Pilihan kedua Muhyiddin ialah beliau bolehlah dengar “nasihat” serta hujah sekutunya seperti Takiyuddin Hassan, Azmin Ali, mahupun Muhammad Faiz Na’aman dari Bersatu.
Mereka beranggapan apa yang diperkatakan Muhyiddin selama ini berhubung pembukaan semula Parlimen senada dengan ketetapan Raja-Raja pada Rabu lalu.
Malah Takiyuddin menarik perhatian rakyat bahawa “Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan”. Kenyataan itu menyaksikan beliau dikecam kalangan warganet.
Bercakap di rancangan Bicara Harakah, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata “jika Agong minta bersidang, kita kena bersidang tetapi kita masih berdepan dengan Covid-19. Kalau ikutkan nak ada Parlimen, ia akan melibatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang termasuk wakil rakyat, pegawai mereka, petugas Parlimen dan lain-lain”.
Terpulang kepada Muhyiddin untuk melihat apa yang Takiyuddin katakan itu mempunyai asas atau tidak. Waullahualam.
Apa pun, mungkin Takiyuddin amat sibuk bertugas sebagai menteri mengenai hal ehwal Parlimen dan undang undang dan setiausaha agung parti sehingga beliau tidak sedar di beberapa negara bukan sahaja Parlimen bersidang, pilihan raya membabitkan jutaan pengundi turut dilaksanakan dengan keadaan Covid-19 berjaya dikawal dengan baik.
Oktober lalu, New Zealand mengadakan pilihan raya dengan wabak Covid-19 cukup terkawal. Lihat sahaja meriahnya Euro 2020 yang sedang berlangsung sekarang. Banyak lagi contoh di persada dunia membuktikan dengan perancangan berkesan, acara penting, termasuk sidang Parlimen dan pilihan raya, boleh diadakan dengan Covid-19 terkawal.
Justeru, sukar bagi ramai orang menerima Parlimen tak boleh bersidang kerana Covid-19.
Jadi, Muhyiddin perlu tepuk dada tanya selera. Benar, mengikut Perlembagaan, perdana menteri tidak terikat mahupun diwajibkan mematuhi ketetapan Agong. Namun, lazimnya nasihat atau titah Agong dituruti, khususnya yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.
Muhyiddin boleh sahaja berlengah-lengah atau mengabai dan ‘buat dak’ keputusan mesyuarat khas Raja-Raja dengan menggunakan alasan tertentu. Tetapi beliau tentunya tahu akibat dan kesannya. Bagaimana itu akan dilihat oleh rakyat. “Do it at your own peril,” bak kata Inggeris.
Raja-Raja juga bertitah mengenai penting dan perlunya negara mempunyai kerajaan yang stabil, kuat, telus, dan berfungsi dengan efektif terutama menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi.
Seorang kawan lama menulis di Facebook: “Bahasa Istana itu indah tapi bermakna. Bijak menjaga aib semua pihak. Jelas yang tersirat dan tersurat. Semua wajib terima dengan ikhlas”.
Benar apa yang dikatakan beliau. Takkanlah Agong sebagai raja berperlembagaan mesti tunjuk arah dengan jelas dan mengajar buat itu, buat ini, begini dan begitu. Kerajaan khasnya perdana menteri lah yang mesti “sendiri mau ingat, sendiri mau tahu, sendiri mau buat”.
Kata Azlan Zainal dari Ilham Centre, juga menerusi Facebook, berhubung ketetapan Raja-Raja, antaranya: “Tujuh kebimbangan yang telah dimuktamadkan dengan tujuh pendapat yang jelas mewakili rakyat jelata wajar diambil berat dan perhatian serius. Ini bukti keprihatinan”.
Lalu Azlan menyarankan “maka usah bertaki lagi. Sila lakukan apa yang telah dipersetujui dengan kadar segera”.
Harap maklum “taki” bukan merujuk Takiyuddin, walaupun itu singkatan nama beliau dalam kalangan rakan-rakannya.
Kata Azlan, menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, ‘taki’ ialah “bertaki, berbantah, berbahas, bertengkar”.
Namun petang semalam Pejabat Perdana Menteri atau PMO mengeluarkan kenyataan tiga perenggan bahawa kerajaan “mengambil maklum titah pandangan KBDYMM Yang di Pertuan Agong”.
Menurut kenyataan itu, perdana menteri pada sesi-sesi mengadap sebelum ini sudah memaklumkan kepada Agong semua perkembangan dan langkah yang diambil kerajaan khusus berhubung Covid-19. Disenaraikan secara ringkas apa yang telah dipersembahkan.
Kenyataan itu diakhiri dengan berkata “menjunjung titah KBDYMM Yang di-Pertuan Agong kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang”.
Dengan kata-kata ringkas sebegitu, Muhyiddin, pada hemat saya, membuka ruang untuk pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat mengenai tindakan susulan beliau.
Adalah mendukacitakan, khususnya untuk wartawan tua seperti saya, jika spekulasi terus bertebaran meskipun Agong dan Majlis Raja-Raja, masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan cukup jelas mengenai langkah ke hadapan negara seterusnya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/muhyiddin-mau-bikin-apa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+TR

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Kah Lebai Ada Niat Tak Baik Kah Kah Kah Hati Mesti Mau Bersih

Kah Kah Kah Lebai Ada Niat Tak Baik Kah Kah Kah Hati Mesti Mau Bersih

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 187 hits
Geram tak dapat menghadap Agong Hadi bagi signal PAS kekal istiqamah bersama MuhyiddinJune 10 2021Ketika seorang lagi pemimpin tertinggi parti politik memasuki pintu gerbang Istana Negara untuk menghadap Yang di Pertuan Agong Presiden PAS A...
Pemprov Riau Ingatkan Warga Ada Sanksi Jika Tak Mau Divaksinasi Covid 19

Pemprov Riau Ingatkan Warga Ada Sanksi Jika Tak Mau Divaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 155 hits
Sanksinya berupa yang pertama penundaan atau penghentian pemberian jaminan sosial atau bantuan sosial Kedua penundaan atau penghentian layanan administrasi pemerintahan dan ketiga yakni denda
Tun Cadangkan Mageran Tawar Diri Jadi Ketua Hangpa Mau Ka

Tun Cadangkan Mageran Tawar Diri Jadi Ketua Hangpa Mau Ka

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 210 hits
DR Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Yang di Pertuan Agong untuk menubuhkan sebuah pentadbiran seperti Majlis Gerakan Negara bagi menangani masalah masalah yang dihadapi oleh negara sekarang susulan penularan Covid 19 Beliau menggariskan...
Apanama Apanama Apanama Orang Lain Yang Desak Dia Tak Mau Jawatan

Apanama Apanama Apanama Orang Lain Yang Desak Dia Tak Mau Jawatan

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 125 hits
0 13 0 43SEMUA PENYOKONG YG SURUH OT BUKAN MAU BERTANDING ATAU BUAT SEMUA TU ITULAH AYAT CLICHE OT tu selain dari APANAMA dan TERTENTU INI APANAMA FAKTA 1 OT bukan nak ambik tindakan terhadap DSAI tapi polis yg siasat dan tunjuk bukti kes D...
Seramnya Kosmetik Kw Dan Ilegal Jorok Begitu Yakin Masih Mau Beli Dan Pakai

Seramnya Kosmetik Kw Dan Ilegal Jorok Begitu Yakin Masih Mau Beli Dan Pakai

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 160 hits
Padahal produk lokal yang sudah lulus uji BPOM banyak lo yang harganya terjangkau Kamu mentingin gengsi atau kualitas
Beli Mainan Kaktus Berc4kap Reaksii Anak Pula Bikin Terhibur

Beli Mainan Kaktus Berc4kap Reaksii Anak Pula Bikin Terhibur

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 289 hits
Jika anda seorang pengguna tegar media sosial pastinya anda cukup tahu dengan trend terkini yang dikongsikan Macam mainan kaktus berj0get ini yang menjadi antara mainan vir4l baru baru ini dan hang4t diperkatakan Baru baru ini pula wanita i...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti