Usia Kandungan 34 Minggu Tiba Tiba Pengsan Ibu Pergi Selamanya Bayi Selamat


Di saat perasaan berdebar dan takut menanti kehadiran orang baru, hanya doa ibu mengiringi perjalanan kehamilan. Apa yang diharapkan dari seorang ibu, biarlah anak yang dilahirkan selamat, sihat dan sempurna.
Namun sebagai ibu, ada yang bernasib baik mengandung tanpa alahan teruk, ada yang dari awal kehamilan hingga saat nak melahirkan pun masih lagi berulang alik ke hospital dan ada alahan. Tetapi semua itu dilalui dengan penuh sabar.
Kisah yang menyayat hati perkongsian Dr Redza Zainol ini mengenai besarnya pengorbanan ibu sehingga syahid ketika melahirkan anak benar-benar membuktikan hebatnya wanita bergelar ibu.
Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone.
Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”
“Caesar di Red Zone?”
Gambar Hiasan Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.
Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.
Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”
Saya macam tak percaya.
Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.
Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera.
Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.
Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.
Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital.
Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.
Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.
Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.
3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.
Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.
Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.

Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.
Antara contoh layanan baik pada isteri:
✔️ Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung.
– Penyakit apa yang dihadapi.
– Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari.
– Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.
✔️ Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan.
– Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri.
– Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.
✔️ Ambil alih kerja-kerja di rumah.
– Termasuk jagakan anak-anak yang lain.
– Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.
✔️ Jadi pendengar yang baik.
– Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.
✔️ Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri.
– Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah.
– Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.
✔️ Mengurut pinggang dan kaki isteri.
✔️ Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.
Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.
Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.
Kredit: Dr Redza Zainol

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

 
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Usia Kandungan 34 Minggu, Tiba-Tiba Pengsan. Ibu Pergi Selamanya, Bayi Selamat  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/usia-kandungan-34-minggu-tiba-tiba-pengsan-ibu-pergi-selamanya-bayi-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Jangan Tangguh Ambil Booster Selamat Bayi Dapat Antibodi Tu

Ibu Hamil Jangan Tangguh Ambil Booster Selamat Bayi Dapat Antibodi Tu

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 200 hits
Ramai ibu mengandung bertanyakan keperluan untuk mengambil dos penggalak vaksin covid Perlu atau tidak Menurut Dr Muhammad Izzat dengan bertambahnya pelbagai varian baru Covid YES dengan mengambil dos booster maka kita tingkatkan antibody y...
Setiap Kali Menyentuh Bayi Pasti Air Matanya Mengalir Kasih Ibu Buat Nufail

Setiap Kali Menyentuh Bayi Pasti Air Matanya Mengalir Kasih Ibu Buat Nufail

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 279 hits
Walaupun tangannya mengeras kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir kata adik kepada Jahidah Nordin wanita yang koma selepas dipukul suaminya dalam kejadian pada Mei tahun lal...
Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Bersalin Bayi Kembar Atas Bot Selang 5 Minit

Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Bersalin Bayi Kembar Atas Bot Selang 5 Minit

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 156 hits
Menyambut kelahiran bayi kembar atas bot satu pengalaman baru buat seorang Jururawat Kesihatan Kebidanan Nur Shaffriza Mohd Shaffril Jika sebelum ini biasa buat pemeriksaan dan lawatan kepada ibu mengandung melibatkan komuniti masyarakat Or...
Adeh Pengsan Saya Jururawat Nasihat Ibu Tunggu Hari Nak Bersalin Elak Makan Petai

Adeh Pengsan Saya Jururawat Nasihat Ibu Tunggu Hari Nak Bersalin Elak Makan Petai

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 317 hits
Biasalah kan rakyat Malaysia kebanyakkan memang 8216 hantu petai 8217 lagi lagi kalau petai tu dimasak sambal ataupun hanya makan begitu saja sebagai ulam Walau bagaimanapun bagi ibu ibu yang sedang hamil mereka disarankan untuk mengawal pe...
Tiada Masalah Ibu Menyusu Nak Minum Kopi Tak Beri Kesan Pada Bayi

Tiada Masalah Ibu Menyusu Nak Minum Kopi Tak Beri Kesan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 216 hits
Ibu mungkin tertanya tanya sama ada secawan kopi atau teh yang ibu minum boleh memberi kesan kepada bayi ibu yang sedang menyusu Tahukah ibu bahawa pengambilan kafein dalam jumlah sederhana tidak akan menjejaskan bayi terutamanya jika bayi ...
Video Neelofa Terkejvt Bayi Tiba Tiba Menendang Ketika Dengar Pu Riz Bacakan Zikir

Video Neelofa Terkejvt Bayi Tiba Tiba Menendang Ketika Dengar Pu Riz Bacakan Zikir

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 219 hits
Selepas sekian lama berteka teki selebriti popular Neelofa akhirnya membuka mulut bahawa dia kini berada di fasa terkahir kehamilan Umum mengetahui Neelofa dan suaminya PU Riz sering membuat live di Instagram bagi berkongsi ilmu dan memprom...
Tips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak Dan Pintar

Tips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak Dan Pintar

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 309 hits
Tips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak dan PintarTips Ibu Mengandung Supaya Bayi Dilahirkan Bijak dan Pintar Ibu berperanan menyalurkan nutrisi menyeluruh buat bayi dalam kandungan maka ibu mengandung digalakkan untuk mengamalkan ...
Usia Kandungan Masuk Trimester Ketiga Tak Lama Lagi Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama

Usia Kandungan Masuk Trimester Ketiga Tak Lama Lagi Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 227 hits
Sekian lama menantikan khabar kehamilannya pelakon dan pengacara Mila Filzah akhirnya mengumumkan kehamilannya dirinya yang kini sudah pun bakal memasuki trimester ketiga Menerusi Instagramnya dan suami bakal ibu cantik manis ini berkongsi ...
Diorang Janji Nak Pergi Mekah Sama Sama Anak Anak Rahsiakan Ibu Sebak Hanya Tahu Pemergian Bapa Lepas Balik Umrah

Diorang Janji Nak Pergi Mekah Sama Sama Anak Anak Rahsiakan Ibu Sebak Hanya Tahu Pemergian Bapa Lepas Balik Umrah

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 284 hits
Seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Umiaisy ada memuat naik momen ibunya yang baru sahaja menerima perkhabaran duka itu selepas pulang dari menunaikan umrah Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati wanita ini apabila mengeta...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco