Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Bersalin Bayi Kembar Atas Bot Selang 5 Minit


Menyambut kelahiran bayi kembar atas bot satu pengalaman baru buat seorang Jururawat Kesihatan Kebidanan Nur Shaffriza Mohd Shaffril. Jika sebelum ini biasa buat pemeriksaan dan lawatan kepada ibu mengandung, melibatkan komuniti masyarakat Orang Asli, pengalaman kali ini cukup bermakna baginya.
Baru-baru ini, petugas kesihatan Klinik Pos Kemar itu tidak menyangka akan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar Orang Asli di atas bot ambulans, ketika melalui Tasik Banding untuk membawa ibu mereka ke Hospital Gerik.
Selang lima minit bayi keluar
Nur Shaffriza berkata, wanita berusia 31 tahun itu pada mulanya dikesan mengalami sakit bersalin ketika mereka membuat lawatan ke rumahnya, sebelum dibawa ke Klinik Pos Kemar untuk pemeriksaan dan menaiki bot ambulans dari jeti untuk ke hospital.

“Tiba-tiba wanita itu ingin meneran lalu saya memeriksa bahagian kelahirannya dan mendapati kepala bayi sudah kelihatan, jadi saya meminta wanita itu menarik nafas dan teran sambil saya memberi sokongan. Tidak sampai seminit, bayi pertama keluar pada pukul 11.20 pagi dan bayi kedua pula keluar kira-kira lima minit kemudian.
“Peralatan untuk bersalin memang kami sudah sediakan, jadi Alhamdulillah kami dapat kawal rasa cemas itu dengan baik sehingga berakhirnya proses bersalin,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya kelahiran pasangan bayi lelaki itu merupakan pengalaman yang amat berharga baginya, kerana ia merupakan pertama kali terjadi sepanjang 16 tahun perkhidmatannya sebagai jururawat kesihatan.
Sementara itu, pemandu Mohd Hisham Shamsuddin yang turut menyaksikan detik-detik bersejarah itu berkata, beliau membawa pasukan anggota kesihatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan, Jururawat Masyarakat dan Penolong Perawatan Kesihatan bersama wanita itu, menaiki ambulans dari klinik ke Jeti Kemar pada 10.30 pagi.
“Kemudian saya menaiki bot bersama mereka untuk pergi ke Jeti Trojen di mana ambulans dari Hospital Gerik sudah menunggu kami, namun secara tiba-tiba wanita itu bersalin sebelum tiba di jeti yang mengambil masa perjalanan kira-kira 45 minit.
“Saya tidak pernah melalui insiden seperti ini sepanjang empat tahun saya berkhidmat di Klinik Pos Kemar dan ia sangat indah bagi saya,” katanya.
Bayi ibu stabil
Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerusi laman Facebook rasminya pada Rabu berkata hasil tindakan pantas anggota kesihatan, ibu dengan usia kandungan 35 minggu itu selamat melahirkan bayi kembar dengan berat 2.4 kilogram (kg) dan 1.3kg, dan mereka telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menjalani rawatan susulan.
Pos Kemar merupakan kawasan perkampungan Orang Asli di Gerik dan penduduknya menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk keluar dan masuk, manakala perjalanan dari penempatan itu ke Hospital Gerik mengambil masa selama kira-kira dua jam menggunakan laluan air dan darat.
Kredit: Bernama

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Bersalin Bayi Kembar Atas Bot Selang 5 Minit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-sempat-sampai-hospital-ibu-bersalin-bayi-kembar-atas-bot-selang-5-minit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Orang Asli Lahir Bayi Kembar Dalam Bot

Wanita Orang Asli Lahir Bayi Kembar Dalam Bot

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 227 hits
Oleh ASLIZA MUSA NUR Shaffriza Mohd Shaffril dan rakan pasukan perubatan yang membantu kelahiran bayi kembar di dalam bot ambulans yang sedang bergerak melalui Tasik Banding di Gerik Sabtu lalu IHSAN NUR SHAFFRIZAGERIK Seorang wanita Orang ...
Tiada Masalah Ibu Menyusu Nak Minum Kopi Tak Beri Kesan Pada Bayi

Tiada Masalah Ibu Menyusu Nak Minum Kopi Tak Beri Kesan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 216 hits
Ibu mungkin tertanya tanya sama ada secawan kopi atau teh yang ibu minum boleh memberi kesan kepada bayi ibu yang sedang menyusu Tahukah ibu bahawa pengambilan kafein dalam jumlah sederhana tidak akan menjejaskan bayi terutamanya jika bayi ...
Air Mata Mengalir Setiap Kali Sentuh Anak Bayi Meragam Terus Senyap Lepas Letak Sebelah Ibu Yg Masih K0ma

Air Mata Mengalir Setiap Kali Sentuh Anak Bayi Meragam Terus Senyap Lepas Letak Sebelah Ibu Yg Masih K0ma

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 252 hits
Bagi mereka yang mengikuti kisah m4ngsa keganas4n rumah tangga Jahidah Nordin pasti mengetahui bahawa wanita itu sudah melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan bulan lalu
Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam Bahaya Bayi Meleleh Air Liur Mitos

Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam Bahaya Bayi Meleleh Air Liur Mitos

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 216 hits
Bertuahlah ibu jika semasa hamil tidak ada keinginan yang melampau atau apa yang diidamkan itu mudah didapati Menurut Jururawat Noor Nabila Masfuzah atau lebih dikenali Bel Nawhen mengidam membawa maksud sebagai keinginan yang tinggi terhad...
Bengkung 3 Saat Mudah Dan Selesa Dipakai Ibu Lepas Bersalin

Bengkung 3 Saat Mudah Dan Selesa Dipakai Ibu Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 168 hits
Bengkung 3 saat mudah dan selesa dipakai antara ciri penting yang pasti menjadi idaman semua ibu dalam berpantang Seperti sedia maklum tradisi memakai bengkung di kalangan ibu lepas bersalin memberi banyak manfaat kepada kesihatan ibu Prose...
Tambah Lagi Geng Ibu Isteri Nubhan Bersalin Anak Ke 3 Secara Indius

Tambah Lagi Geng Ibu Isteri Nubhan Bersalin Anak Ke 3 Secara Indius

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 233 hits
Alhamdulillah bertambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga Pastinya perasaan syukur dan teruja itu diluahkan penyanyi Nubhan apabila isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu Bayi perempuan seberat ...
Ibu Buta Selepas Bersalin

Ibu Buta Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 197 hits
Oleh Che Mas bersama anak anaknya di rumah mereka di Penambang Hilir Kota Bharu Foto NSTP Hazira Ahmad Zaidi KOTA BHARU Seorang warga emas dari Kampung Kampung Bunga Mas Penambang Hilir di sini menjadi buta selepas melahirkan anak bongsunya...
Senarai Minyak Urut Minyak Panas Tak Sesuai Untuk Bayi Ibu Ayah Take Note

Senarai Minyak Urut Minyak Panas Tak Sesuai Untuk Bayi Ibu Ayah Take Note

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 180 hits
Urutan bayi sejak lahir antara yang boleh memberi ketenangan Usapan dengan penuh kasih sayang boleh menyebabkan bayi dapat tidur dengan lena Lagi satu jika bayi kembung perut ibu akan menggunakan minyak angin dengan tujuan untuk beri kesele...
Setiap Kali Menyentuh Bayi Pasti Air Matanya Mengalir Kasih Ibu Buat Nufail

Setiap Kali Menyentuh Bayi Pasti Air Matanya Mengalir Kasih Ibu Buat Nufail

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 279 hits
Walaupun tangannya mengeras kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir kata adik kepada Jahidah Nordin wanita yang koma selepas dipukul suaminya dalam kejadian pada Mei tahun lal...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran