Usia Belum 2 Bulan Dah Sebut Mama
Usia belum 2 bulan dah sebut “mama”, sayangnya si ibu pertama kali mandikan bayinya..
Hakim menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Julai lalu
LULUH hati seorang ibu apabila anak yang dikandung 9 bulan hanya sempat dibelai dan dimanja hanya 53 hari
Kisah pemergian Muhammad Hakim Muzri atau Hakim yang dikongsi ibunya Noor Azreen Harun, 35, di Facebook menjadi tular dan mengundang sebak netizen
Noor Azreen ketika dihubungi mStar berkata anak keempatnya itu yang dipanggil Hakim menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 7.15 malam pada 21 Julai lalu selepas menjalani pembedahan kedua di kepalanya akibat pendarahan intraventricular (IVH)
"Doktor buat keputusan untuk jalani pembedahan kedua selepas keputusan CT scan mendapati ada pendarahan baharu sebelah kanan yang tak tahu apa puncanya. Pendarahan baharu tu dah himpit otak, jadi pembedahan segera perlu dilakukan
"Pembedahan kali ni lebih berisiko ambil masa empat hingga 5 jam. Doktor perlu buka tengkorak sebab darah di kawasan tisu di bawah tengkorak kanan, tapi pembedahan terpaksa dihentikan kerana berlaku pendarahan teruk
Keputusan pemeriksaan imbasan di kepala mendapati Hakim mengalami IVH."Jadi doktor jahit semula dan Hakim hanya bergantung hidup pada ubat dan oksigen. Kata doktor Hakim akan meninggalkan kami selama-lamanya sebaik kesan ubat habis, jadi ketika hampir tiba waktu itu saya pangku Hakim sampai habis nafasnya," katanya sebak
Menurut Noor Azreen atau lebih mesra disapa Reen, dia dan suaminya, Muzri Abu Bakar membawa Hakim ke Hospital Putrajaya pada 11 Julai lalu selepas diserang sawan
“Dia ada simptom sawan… sentakan sebelah kiri badan, tapi dia tak demam pun waktu tu. Jadi kami decide bawa ke Hospital Putrajaya memandangkan dia lahir di sana ada rekod semua
“Sebelum tu dia menangis teruk dan kami juga ke Darusyifa. Jadi doktor di Hospital Putrajaya suruh buat CT scan dan keputusan menunjukkan ada pendarahan di kepala. Hakim disahkan alami IVH
"Doktor suruh refer ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab Hospital Putrajaya tiada pakar neuro untuk baby tapi keadaan bergantung kepada kekosongan ICU di HKL
"Malam tu Hakim warded di Hospital Putrajaya. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu yang masih belum habis pantang,” kata Reen yang mendedahkan anaknya itu tidak pernah terjatuh mahupun tidur dalam buaian
Reen dan suaminya reda dengan pemergian anak kesayangan mereka itu.Reen yang juga seorang guru di sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan, Selangor berkata keesokan harinya Hakim dibawa ke HKL menaiki ambulans
"Alhamdulillah ada kekosongan ICU dan pembedahan akan dilakukan segera. Di zon merah HKL , doktor beritahu mengenai pembedahan EVD dan semua kemungkinan semasa pembedahan
"Kami proceed demi kebaikan Hakim. Kira-kira pukul 12 tengah hari pembedahan EVD dilakukan. Saya penat dan badan terlalu sakit mungkin sebab kurang rehat dalam pantang. Saya terjatuh dalam surau sementara tunggu pembedahan Hakim
“Tapi Alhamdulillah selepas dua jam Hakim stabil dan dimasukkan ke wad Pediatrik. Hakim kuat sangat sebab lepas bedah terus boleh hisap susu botol. Dia dipindahkan ke wad Neurologi sebab keadaannya semakin stabil dua hari kemudian," katanya
Namun Reen berkata keadaan panik apabila berlaku kebocoran di tempat bekas pembedahan EVD di kepalanya tempoh hari
“Tapi waktu tu doktor dan nurse bantu untuk check sentiasa dan cuci kawasan pembedahan sehinggalah pada 20 Julai lalu apabila keadaan dia makin teruk.
Hakim seorang bayi yang mudah dijaga semasa dalam pantang.“Hakim tidur mengiring sendiri macam menahan sakit. Nurse tukar tiub baharu. Leaking berhenti kejap tapi fluid dan darah makin banyak keluar
“Saya jadi risau sebab dia merengek sakit. Dia tunjuk simptom sama macam mula-mula sebelum ke Hospital Putrajaya dulu. Doktor on call datang dan decide CT scan. “Doktor beritahu pendarahan lama dah hampir clear tapi ada pendarahan baharu sebelah kanan yang tak tahu apa puncanya. Itu yang perlu pembedahan kedua sebelum dia pergi selama-lamanya,” katanya
Saya dan suami reda. Saya positifkan diri, mungkin apa yang berlaku ini adalah yang terbaik untuk Hakim, pasti dia tengah gembira bermain di syurga. Saya akan sentiasa doakan dia.NOOR AZREEN HARUN.Lebih menyedihkan kata Reen, dia hanya berpeluang memandikan anak bongsunya itu sewaktu mandi jenazah pada 22 Julai lalu
“Saya dan suami mandikan Hakim di surau HKL. Waktu tu Ya Allah sedih dia Tuhan sahaja tahu sebab saya tak pernah berpeluang mandikan dia lagi
“Dalam pantang ibu saya yang jaga saya. Jadi dia yang mandi dan siapkan Hakim. Hakim pula dalam wad masa tu penuh wayar tak sempat mandikan, hanya lap-lap sahaja,” katanya
Jenazah Hakim dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM, Serdang pada 22 Julai lalu.
Walaupun hanya dipinjam sekejap ke dunia, Reen berkata dia dan suami reda dengan pemergian Hakim
“Saya dan suami reda. Saya positifkan diri, mungkin apa yang berlaku ini adalah yang terbaik untuk Hakim, pasti dia tengah gembira bermain di syurga. Saya akan sentiasa doakan dia,” katanya
Dalam pada itu, Reen berkata dia tidak akan lupa pengalaman Hakim memanggilnya mama sewaktu dia dalam wad
“Dia panggil saya banyak kali mama masa dalam wad neuro dan memang suami saya dengar
“Merengek pun panggil mama. Saya pun terkejut sebab dia tak sampai dua bulan lagi,” katanya yang menyifatkan Hakim sebagai anak yang mudah dijaga
Jenazah Hakim dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 22 Julai lalu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/usia-belum-2-bulan-dah-sebut-mama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29