Usain Bolt Malaysia Raih Kejuaraan Berganda Di Ipoh


IPOH, 23 Feb (Bernama) — Pelari yang diberi julukan ‘Usain Bolt’ Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi  terus cemerlang pada Kejohanan Olahraga Perak All-Comers 1, apabila melakar kemenangan berganda dengan memenangi acara 100 meter di Stadium Perak, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, pelari remaja negara yang berusia 16 tahun itu hanya sekadar mencatatkan kepantasan 10.88 saat (s) sekali gus gagal memperbaharui rekod kejohanan yang dilakukan atlet Sarawak, Jonathan Nyepa melalui catatan 10.49s..
Sebagai rekod, ia merupakan emas kedua Muhammad Azeem pada Kejohanan All Comers selepas meraih emas acara 200m semalam dengan catatan masa 21.04s.
Pingat perak dalam acara tersebut diraih atlet Johor, Muhammad Arsyad Md Saat dengan catatan 11.04s manakala gangsa dirangkul atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Para, Abdul Latif Romly melalui catatan 11.05s.
Muhammad Azeem, yang mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Perak berkata, beliau berpuas hati dengan masa yang dicatatkan itu walaupun mengakui ia jauh daripada catatan peribadi terbaik, 10.57s dilakukan pada Kejohanan Terbuka Innotex di Bukit Jalil, November lalu.
“Berdasarkan catatan yang dilakukan tadi (10.88s) bagi saya ia tak jadi masalah sebab saya memang tak letak sasaran tetapi hanya nak dapatkan ‘feel’ larian.
“Bagaimanapun masih banyak yang perlu diperbaharui dan diperbaiki utk pertandingan- selepas ini,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat itu.
Sementara itu, bagi kategori wanita, pelari remaja kebangsaan, Nurul Wardatul Huwaida Hamka berjaya merangkul pingat emas acara 100m dengan catatan 12.29s.
Pingat perak diraih atlet Johor, Nur Najibah Hanim Abdul Halim melalui catatan 12.52s manakala pingat gangsa turut menjadi milik Johor melalui Nabila Natasha Azisyan yang mencatatkan masa 12.72s.
Nurul Wardatul, yang mewakili Terengganu ketika ditemui, berkata, beliau amat gembira dengan kemenangan itu selepas turut menjuarai acara 200m semalam dengan catatan 25.26s.
“Apa pun saya amat berterima kasih kepada jurulatih dan ibu bapa yang banyak menjadi pendorong dalam kejayaan saya di kejohanan ini,” katanya.
— BERNAMA
The post ‘Usain Bolt’ Malaysia Raih Kejuaraan Berganda Di Ipoh appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/23/usain-bolt-malaysia-raih-kejuaraan-berganda-di-ipoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Pembinaan Tarik Perhatian Selepas Berjaya Pecahkan Rekod Larian Usain Bolt Dalam Acara Perlumbaan Kerbau

Pekerja Pembinaan Tarik Perhatian Selepas Berjaya Pecahkan Rekod Larian Usain Bolt Dalam Acara Perlumbaan Kerbau

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 331 hits
Seorang pekerja pembinaan dan juga pelumba kerbau handal bernama Srinivasa Gowda mendapat perhatian dunia apabila dikatakan telah berjaya memecahkan rekod larian manusia terpantas di dunia Usain Bolt Dalam satu acara larian bersama dua ekor...
Viral Aksi Lelaki Lari Pecut Dengan Kerbau Didakwa Berjaya Pecah Rekod Dunia Usain Bolt

Viral Aksi Lelaki Lari Pecut Dengan Kerbau Didakwa Berjaya Pecah Rekod Dunia Usain Bolt

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 386 hits
Usain Bolt mungkin mempunyai saingan terbaru bagi tahun ini Seorang penduduk Karnataka dan joki Kambala hangat diperkatakan semalam selepas dia aksi pecutnya dalam perlumbaan kerbau tradisional yang meliputi jarak 142 50 meter hanya dalam m...
Ekspo Teknologi Malaysia Unisel Raih Dua Emas Satu Anugerah Khas

Ekspo Teknologi Malaysia Unisel Raih Dua Emas Satu Anugerah Khas

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 250 hits
SHAH ALAM 23 FEB Skuad Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik Universiti Selangor menggondol dua pingat emas melalui kategori Anugerah Inovasi Pemuda Asia sempena Ekspo Teknologi Malaysia 2020 Ekspo yang berlangsung di Pusat Dagangan Du...
Pelari India Mengatasi Rekod Dunia Usain Bolt Saksikan Video

Pelari India Mengatasi Rekod Dunia Usain Bolt Saksikan Video

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 650 hits
Seorang pekerja pembinaan dari India didakwa telah mengatasi rekod dunia 100 meter milik Usain Bolt semasa beraksi dalam acara kambala bersama dua ekor kerbau Srinivasa Gowda 28 dari Karntaka India barat daya telah mengambil bahagian dalam ...
Vivo Malaysia Together With Celcom Bring You Great Deals

Vivo Malaysia Together With Celcom Bring You Great Deals

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 279 hits
Hi Everyone Effective from today onwards vivo Malaysia together with Celcom Axiata Berhad will be offering some exciting deals for all Celcom users With this collaboration users who sign up for the Celcom MEGA plan with Lightning XL Pass an...
Malaysia Jangan Gentar Bangkitkan Isu Tarif Air

Malaysia Jangan Gentar Bangkitkan Isu Tarif Air

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 179 hits
SHAH ALAM Malaysia tidak perlu gentar untuk terus berjuang menyemak semula kadar tarif air dengan Singapura walaupun negara itu sering mengheret perkara lain dalam isu itu Perkara itu disuarakan pensyarah undang undang antarabangsa Universi...
Honor 9x Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor 9x Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 236 hits
Honor sebelum ini telah pun membawa masuk telefon pintar Honor 9X secara rasminya pada penghujung tahun lepas Kini selain variasi biasa Honor Malaysia turut dalam perancangan untuk memperkenalkan Honor 9X Pro secara rasminya untuk pasaran t...
Faktor Singapura Dalam Pasaran Kerja Malaysia

Faktor Singapura Dalam Pasaran Kerja Malaysia

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 245 hits
Pada 18 Februari 2020Oleh Liew Chin TongBayangkan coronavirus menghentam ekonomi Singapura sepanjang beberapa minggu akan datang dan hasilnya majikan majikan di Singapura terpaksa membuang pekerja Apakah kesannya terhadap ekonomi dan masyar...
Malaysia Makin Membesar

Malaysia Makin Membesar

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 175 hits
https t me johortimes klik untuk follow kami di Telegram
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools