Faktor Singapura Dalam Pasaran Kerja Malaysia



Pada 18 Februari 2020oleh Oleh Liew Chin Tong
Oleh Liew Chin Tong(Pengarah Pendidikan Politik DAP, Pengerusi DAP Johor dan Timbalan Menteri Pertahanan)Bayangkan coronavirus menghentam ekonomi Singapura sepanjang beberapa minggu akan datang, dan hasilnya majikan-majikan di Singapura terpaksa membuang pekerja. Apakah kesannya terhadap ekonomi dan masyarakat Malaysia?
Andaikan 10 peratus daripada lebih kurang setengah juta rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura diberhentikan. Mereka tidak akan bergerak semakin ke Selatan masuk ke Selat Singapura, tetapi pulang ke Utara – kembali ke tempat tinggal untuk mencari kerja dan peluang berniaga bagi membolehkan mereka terus hidup. Maka ekonomi kita bukan sahaja akan kehilangan pulangan wang, bahkan akan terpaksa menyerap tambahan pencari kerja.
Ini adalah senario yang mesti dipertimbangkan para pembuat dasar secara proaktif apabila mereka cuba menghalang kesan-kesan buruk akibat menularnya wabak coronavirus – dan apabila mereka memikirkan tentang masa depan ekonomi negara secara am.
Menurut Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran, terdapat lebih daripada 500,000 warga Malaysia bekerja di Singapura. Bank Negara melaporkan angka bilangan pekerja dengan kemahiran rendah dan separa mahir yang berulang-alik ke Singapura setiap hari pada sekitar 80,000 dalam tahun 2017; suatu angka yang barangkali lebih kecil berbanding angka sebenar.
Tambak Johor dan Link Kedua masing-masing kini mempunyai laluan dua hala melebihi 300,000 kenderaan setiap hari, dua kali ganda berbanding 2013. Kejatuhan nilai Ringgit sebanyak 30% pada 2014 adalah sebab utamanya.
Pun begitu, melampaui kejatuhan nilai matawang, isu asasnya adalah struktur pasaran kerja Malaysia adalah tidak mampan.  Sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, pertumbuhan gaji di Malaysia telah dipintas inflasi. Pendapatan sebenar tidak meningkat sejak itu, yang menyumbang kepada rasa tiadanya jaminan ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia. Analisis BNM menjelaskan ini, dengan dapatan bahawa majoriti industri di Malaysia membayar pekerjanya lebih rendah berbanding ekonomi-ekonomi penanda aras, walaupun selepas pelarasan produktiviti.
Sebahagiannya kerana pasaran kerja Malaysia memiliki jutaan tenaga kerja asing yang berdaftar dan tidak berdaftar, di mana kehadiran mereka menekan kenaikan gaji dan menanggalkan insentif kepada majikan untuk menambahbaik peralatan dan proses, mahupun mempertingkat kemahiran pekerja atau mendaki tangga teknologi. Sementara Revolusi Industri 4.0 menjanjikan harapan, banyak kilang-kilang yang IR3.0 pun belum sampai.
Akibat daripada lambakan ketumbukan pekerja asing tidak berkemahiran dalam kalangan kita ialah warganegara kita sendiri akhirnya menjadi pekerja dengan gaji rendah di Singapura.
Kerajaan lama mendekati hal ini sebagai ‘brain drain’ dan demi mendapatkan semula ‘brain’ ini semua, insentif-insentif meluas telah disasarkan kepada individu berkemahiran dan berkelayakan tinggi dengan pendapatan yang juga tinggi supaya mereka pulang ke Malaysia. TalentCorp ditubuhkan untuk tujuan ini – dan terbukti bahawa program-program yang mereka kendalikan mempunyai kesan positif.
Namun para profesional berkelayakan tinggi ini, selalunya mempunyai lebih daripada satu ijazah, tidak begitu mudah dipujuk sekiranya ekonomi kita tidak menawarkan peluang yang sama luas seperti di luar negara. Hanya sekitar satu-perempat sahaja daripada tenaga kerja Malaysia adalah berkemahiran tinggi. Oleh yang demikian, wujud ketidaksetaraan antara peluang kerja baharu yang tercipta berbanding pencapaian pendidikan di Malaysia. Ramai yang percaya bahawa para graduan kita tidak berkualiti dan menuntut gaji tinggi, dan oleh sebab ini mereka menganggur. Kedua-duanya mungkin betul, tetapi isu sebenarnya ialah ekonomi kita tidak dapat menampung penciptaan peluang kerja yang mencukupi, setara dengan dengan kelayakan dan kemahiran yang mereka ada.
56% pekerja Malaysia di Singapura dianggap mempunyai kemahiran rendah dan separa-rendah serta bekerja sebagai buruh murah. Mereka bekerja sebagai tukang cuci, pengawal keselamatan, pemandu bas, pekerja hotel dan F&B, pekerja kilang, operator pengeluaran dan sebagainya.
Mereka ini, kebanyakannya separa mahir, mencari pekerjaan yang membayar gaji RM4,000 dan bukannya RM1,200. Perlu ditegaskan, mereka mungkin tidak perlukan bayaran RM6,000 untuk menyamai SGD2,000 yang mereka perolehi di Singapura, terutama sekali jika mereka kehilangan kerja akibat kemerosotan ekonomi. Gaji yang mereka hilang boleh diganti dengan kualiti hidup yang lebih baik serta kos sara hidup yang lebih rendah di tanah air.
Mencipta pekerjaan yang membayar gaji RM4,000 dan bukan RM1,200 untuk posisi separa mahir sebenarnya adalah usaha mengurangkan bilangan pekerja asing tidak berkemahiran dalam ekonomi negara. Kita mesti mula mengautomasi secara besar-besaran supaya pekerjaan yang memerlukan 10 pekerja asing boleh dilakukan oleh seorang pekerja warga tempatan, yang telah bergraduasi daripada bekerja di Singapura.
Kerajaan telah pun menyediakan insentif yang hebat untuk menggalakkan industri bergerak maju dalam hal ini. Belanjawan 2020 mempunyai peruntukan untuk menyediakan geran sehingga RM5,000 supaya perusahaan kecil dan sederhana mendigitalkan operasi mereka. Untuk syarikat-syarikat yang lebih besar dan intensif-buruh dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, kerajaan telah melanjutkan insentif cukai untuk automasi sehingga 2023. Langkah-langkah ini wajar dipuji.
Namun ini bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. Kita juga memerlukan penglibatan sektor swasta dan masyarakat. Supaya ekonomi Malaysia dapat bergerak maju, adalah perlu untuk kita menerima hakikat bahawa bilangan besar tenaga kerja asing tidak terlatih menyebabkan pekerja Malaysia berkesudahan sebagai buruh asing dengan bayaran murah di Singapura. Perlu ada kesepakatan dan masyarakat bahawa ekonomi negara mesti menilai kemahiran dan membayar gaji setara dengan kemahiran; selain perlunya kita mengutamakan kesejahteraan dan keperluan ekonomi rakyat Malaysia. Menilai semula pekerja berkemahiran dengan cara ini tidak akan menyebabkan inflasi atau kehilangan daya saing, sebaliknya, ia sangat diperlukan bagi memastikan daya tahan ekonomi negara.
Seorang pengurus dana pernah bertanya kepada saya kenapa Dubai dapat mengakomodasi sejumlah besar buruh asing, apabila saya mengajukan supaya Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. Jawapan saya mudah sahaja: di Dubai tidak ada pengundi.
Dalam pilihan raya umum lalu, pasukan saya telah menghasilkan suatu video yang begitu menyentuh hati untuk Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tentang kegigihan bapanya yang berulang-alik ke Singapura dari Johor Bahru sebagai seorang pekerja kasar. Kerajaan dan ketua-ketua industri mesti sama-sama berfikir untuk menghentikan fenomena ratusan ribu rakyat Malaysia bekerja sebagai buruh murah di Singapura. 

*Terjemahan tulisan bertajuk ‘The Singapore Factor in the Malaysian Labour Market’; disiarkan akhbar The Edge pada 17 Februari 2020



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/faktor-singapura-dalam-pasaran-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pati Kuib Pork Jenama Knorr Berada Di Pasaran Malaysia Ini Penjelasan Jakim

Pati Kuib Pork Jenama Knorr Berada Di Pasaran Malaysia Ini Penjelasan Jakim

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 394 hits
Baru baru ini ramai pengguna di media sosial menularkan beberapa gambar pati kuib pork jenama Knorr sebaris dengan rak pati kiub yang lain di pasaraya Malaysia Ohmedia tak sangka pati kiub pork tu berada di tempat halal dan bukannya non hal...
Huawei Y7p Dengan Bateri 4000mah Kamera 48mp Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Huawei Y7p Dengan Bateri 4000mah Kamera 48mp Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 281 hits
Huawei telah mula menawarkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan Selain daripada Huawei Nova 7i kini pihak Huawei Malaysia turut telah mula mengacah kehadiran satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan iaitu Huawei Y7p Hu...
2 Wanita Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Singapura

2 Wanita Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Singapura

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 439 hits
2 wanita Malaysia ditahan seludup dadah di Singapura Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Feb 2020 2 08PM
Covid 19 Malaysia Singapura Tingkat Kerjasama Di Tambak Johor

Covid 19 Malaysia Singapura Tingkat Kerjasama Di Tambak Johor

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 289 hits
VIENTIANE 20 FEB Malaysia dan Singapura akan mempertingkatkan kerjasama di Tambak Johor yang mempunyai pergerakan manusia dan kenderaan yang tinggi dalam usaha menangani penularan jangkitan Covid 19 Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah ber...
Kdnk Jatuh Mampukah Malaysia Bersaing Dan Rebut Peluang Pasaran Asia

Kdnk Jatuh Mampukah Malaysia Bersaing Dan Rebut Peluang Pasaran Asia

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 286 hits
Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mempersoalkan apakah negara mampu bersaing di pasaran asia Menurut beliau World Economic Forum melaporkan Asia akan menjadi benua yang mempunyai KDNK terbesar dalam dunia dengan ha...
Huawei Nova 7i Rasmi Untuk Pasaran Malaysia Kirin 810 Kuad Kamera Dan Bateri 4200mah

Huawei Nova 7i Rasmi Untuk Pasaran Malaysia Kirin 810 Kuad Kamera Dan Bateri 4200mah

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 318 hits
Sebelum ini Huawei Malaysia telah mengumumkan pra tempahan untuk peranti Huawei Nova 7i sebelum ketibaannya secara rasmi pada 14 Februari Jadi tarikh tersebut telah tiba dan peranti ini telah selamat mendarat di pasaran tempatan Peranti ini...
Honor 9x Pro Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Peranti Honor Pertama Dengan Hms

Honor 9x Pro Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Peranti Honor Pertama Dengan Hms

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 407 hits
https ift tt 2HEZJij Hujung tahun lepas Honor telah membawa masuk Honor 9X ke pasaran Malaysia Tetapi Honor tidak akan berhenti di situ kerana model peranti ini turut mempunyai variasi Pro iaitu Honor 9X Pro Hari ini Honor Malaysia secara r...
Kemenperin Gandeng Singapura Latih Tenaga Kerja Ri Hadapi Industri 4 0

Kemenperin Gandeng Singapura Latih Tenaga Kerja Ri Hadapi Industri 4 0

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 166 hits
Kementerian Perindustrian bekerja sama dengan pemerintah Singapura untuk melakukan up skilling dari Sumber Daya Manusia industri yang ada di bawah Kemenperin Tujuannya agar para pekerja mampu beradaptasi dengan industri 4 0
Pringles Mystery Flavour Kini Masuk Pasaran Malaysia Apakah Rasanya

Pringles Mystery Flavour Kini Masuk Pasaran Malaysia Apakah Rasanya

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 529 hits
Pringles kembali dengan Mystery Flavour untuk tahun 2020 Terjumpa Pringles berwajah misteri ini ketika sedang mencari kerepek kentang untuk dinikmati sambil melayari YouTube Nampak sungguh misteri Rupa rupanya Pringles menganjurkan peraduan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun