Usahawan Beli Firma Perhotelan Terkait Pendakwaan Rasuah Zahid


Staff Writers  MALAYSIA NOW
Nilai keseluruhan hotel-hotel dan resort yang dibeli itu hampir RM300 juta

Pemilik Petra Group Vinod Sekhar bersama Anwar Ibrahim. Gambar: Facebook Syarikat yang dimiliki usahawan yang merupakan teman baik Anwar Ibrahim membeli syarikat rantaian perhotelan lima bintang yang terkait dengan kes salah laku melibatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Syarikat Petra Group yang dimiliki usahawan Vinod Sekhar mengumumkan menyempurnakan pembelian 51.5% saham Riyaz Hotels & Resorts, meletakkan ia di bawah entiti Petra Riyaz yang akan beroperasi sebagai sebuah “jenama hotel yang berorientasikan gaya hidup” di Malaysia, Indonesia dan Vietnam.
“Nilai keseluruhan hotel-hotel dan resort ini hampir RM300 juta,” kata syarikat tersebut dalam sebuah laporan yang diterbitkan laman sesawang yang dimiliki Petra Group.
Langkah tersebut dilihat sebagai jarang berlaku ketika pandemik Covid-19 menjejaskan industri pelancongan dan perhotelan yang menyebabkan banyak pemain utama industri termasuk hotel bertaraf lima bintang terpaksa menghentikan operasi dan memberhentikan ribuan kakitangannya pada tahun lalu.
Pada minggu lepas, Hotel Istana yang bertaraf lima bintang juga turut mengumumkan operasi ditutup pada September depan, mengatakan pihaknya tidak memiliki banyak pilihan lain untuk meneruskan operasi.
“Walaupun digunakan sebagai hotel kuarantin, kami tetap menanggung kerugian operasi bulanan,” kata pengurus besarnya dalam sebuah surat kepada kakitangan dan menambah pihak hotel terjejas teruk sejak sebelum pandemik melanda negara.
Sektor perhotelan menyaksikan kerugian lebih 80% perniagaannya sejak pertama kali perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di seluruh negara pada Mac 2020.
Pemain industri berkata lebih dari RM6 bilion kerugian dicatatkan pada tahun lalu dan tahun ini ia dijangka akan mencatat kerugian lebih tinggi.
“Industri pelancongan dan perhotelan sememangnya menjadi industri paling terkesan dan tiada sebarang tanda ia akan pulih setakat ini.
“Ia tidak lagi boleh beroperasi; kerana industri ini sangat bergantung kepada kawalan wabak dan seterusnya dapat melonggarkan sekatan perjalan sama ada domestik atau antarabangsa,” kata Persatuan Hotel Malaysia, sebuah badan yang menaungi hotel-hotel di seluruh negara pada Mei lalu.
Perbicaraan salah laku Zahid
Rantaian perhotelan Riyaz menjadi subjek dalam perbicaraan rasuah melibatkan Zahid yang kini berdepan 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi, sebuah yayasan yang dimiliki beliau.
Dikatakan pada 2016, Zahid yang sewaktu itu memegang jawatan menteri dalam negeri terlibat dalam rundingan yang diatur anak perempuannya Nurulhidayah Ahmad Zahid bagi membincangkan jualan 60% pegangan dalam rantaian perhotelan tersebut.
Memberikan pernyataan dalam perbicaraan Zahid tahun lalu, Pengarah Urusan Ri-Yaz Group Shaheen Shah Sidek yang kini merupakan CEO of Petra Riyaz, berkata pengerusi kumpulan syarikat itu Abdul Rashid Manaf mencadangkan untuk menjual pegangannya bagi menyelamatkan syarikat tersebut, sebuah rundingan yang turut membabitkan pengambil alihan pinjaman bank Rashid oleh Nurulhidayah dan lelaki itu sebagai penjamin.
Shaheen berkata susulan pertemuan dengan bank di pejabat Zahid di pejabatnya, di Putrajaya, Nurulhidayah memaklumkan kepadanya beliau akan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM8.66 juta melalui peguam-peguamnya.
Bank juga kemudiannya bersetuju untuk menstruktur semula pinjaman tersebut namun ia kemudian menemui jalan buntu apabila Rashid menolak untuk kekal menjadi penjamin bagi pinjaman tersebut seperti yang ditetapkan pihak bank.
Shaheen memberitahu kamar mahkamah mengenai beberapa permintaan daripada Nurulhidayah dan bapanya Zahid supaya RM8.6 juta itu dikembalikan kerana ia adalah milik yayasan.
Shaheen berkata beliau terkejut dengan permintaan tersebut dan turut menambah dirinya tidak mengetahui wang tersebut adalah daripada yayasan.
Peguam Zahid memberitahu mahkamah wang tersebut adalah pelaburan mewakili yayasan tersebut, dan rundingan tersebut gagal selepas pembelian dirasakan tidak memberikan keuntungan.
Terdahulu, mahkamah turut diberitahu pembelian pegangan saham itu juga dibuat tanpa pengetahuan lembaga pemegang amanah yayasan.
Muhammad Fazli Zulkifli, seorang penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut berkata beliau yakin keputusan untuk menggunakan RM8.6 juta dari dana yayasan itu adalah kerana anak perempuan Zahid memiliki kepentingan.
“Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid, dia kata Yayasan Akalbudi yang berminat buat pelaburan dalam bidang perhotelan tetapi daripada saksi-saksi lain memberitahu Datuk Nurul Hidayah yang minat buat pelaburan dan bayaran dibuat oleh Yayasan Akalbudi,” kata Fazli dalam perbicaraan tahun lalu.
Pada 2019, Zulkifli Senteri, salah seorang pemegang amanah dan bekas pengarah Yayasan Akalbudi, berkata beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang mesyuarat, atau aktiviti dan kenyataan kewangan selain perbelanjaan yayasan tersebut sepanjang 15 tahun beliau di dalam lembaga yayasan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/usahawan-beli-firma-perhotelan-terkait.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Ajak Keluar Pn Kj Tak Ada Masa Main Politik Sibuk Urus Vaksin

Zahid Ajak Keluar Pn Kj Tak Ada Masa Main Politik Sibuk Urus Vaksin

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jalamuddin Abu Bakar memberitahu beliau tidak ada bermain politik ketika ini kerana sibuk menguruskan vaksin kepada seluruh rakyat negara ini
Fokus Pada Muhyiddin Najib Zahid Ismail Sabri

Fokus Pada Muhyiddin Najib Zahid Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 262 hits
Mereka sedang berpolitikBuruk atau baik kj memang dilihat tidak berpolitik
Zahid Gigit Jari Sebahagian Mp Umno Dikata Tolak Keluar Kerajaan

Zahid Gigit Jari Sebahagian Mp Umno Dikata Tolak Keluar Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 350 hits
PETALING JAYA Sebahagian ahli Parlimen UMNO menolak gesa an Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya keluar daripada kerajaan Perika tan Nasional kerana menyifatkan sekarang bukan masa sesuai berpolitik sebaliknya usaha me nan...
Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 249 hits
July 6 2021Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menolak cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasion...
Akhirnya Ahli Parlimen Umno Bn Ketepikan Zahid

Akhirnya Ahli Parlimen Umno Bn Ketepikan Zahid

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 266 hits
Zahid diketepi majoriti Ahli Parlimen Umno BN enggan keluar kerajaan PNMALAYSIA DATELINEPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi diketepikan Ahli ahli Parlimen partinya sendiri berhubung pendirian bersama kerajaan Perikatan Nasional Dalam mesyuarat...
Panas Nazri Kata Zahid Patut Dipecat Dari Umno

Panas Nazri Kata Zahid Patut Dipecat Dari Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 248 hits
July 6 2021 Tindakan disiplin termasuk memecat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO boleh diambil selepas jelas melanggar dasar parti itu Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri...
Zahid Dan Najib Makin Hilang Pengaruh Yalian Hayat

Zahid Dan Najib Makin Hilang Pengaruh Yalian Hayat

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 240 hits
Yang dah cukup RANUM yang dijolok Muhyiddin tapi yang AKAN GUGUR Najib dan Zahid Jika Muhyiddin memberi signal KEMBALI ke pangkuan umno dan menerajui Memang Zahid dan Najib AKAN terpelanting Jika mereka terpelanting baru lah seimbang untuk ...
Zahid Didakwa Mengaku Audio Perbualan Dengan Anwar Suaranya

Zahid Didakwa Mengaku Audio Perbualan Dengan Anwar Suaranya

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 268 hits
bebasnews myBy 06 07 2021KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku suara dalam rakaman telefon yang tular berserta suara Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya Sumber Ma...
Zahid Sudah Akui Klip Audio Tulen Beranikah Asyraf Lawan Presiden

Zahid Sudah Akui Klip Audio Tulen Beranikah Asyraf Lawan Presiden

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 273 hits
agendadaily com7 7 2021Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas Ketua Pemuda UMNO Datuk Asraf Wajdi Dusuki sebagai seorang yang berpendidikan agama tidak wajar bersubahat dengan penipuan yang sedang...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing

Drama Gadis Masa Lakonan Mira Filzah Syafiq Kyle

Sarapan Capati Di Warong Tujuh Pagi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Pm Malay Dignity Strength Built On Foundation Of Islamic Values

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Why Salads Are Good For You

Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues