Usahakan Agar Menjadi Kebiasaan
Hari Sabtu dan Ahad kebiasaannya saya kurang atau tidak langsung online. Ini adalah disebabkan terdapat beberapa acara yang saya perlu hadir. Disamping itu juga pada hujung minggu adalah masa yang perlu saya berikan perhatian untuk bersama keluarga. Ini menyebabkan saya akan berfikir samada untuk mendapatkan sebuah komputer yang portable, tidak begitu besar serta ringan agar saya mudah membawa komputer saya kemana-mana. Mungkin selepas ini saya akan berfikir untuk mendapatkan sebuah i-pad atau i-phone.
Bagi peniaga SOHO konvensional seperti saya yang sedang dalam peralihan sedikit demi sedikit ke perniagaan online sepenuhnya, tidak begitu aktif dengan tetap itu tidaklah begitu bagus untuk sebuah perniagaan. Kerana perniagaan seperti internet memerlukan untuk kita sentiasa aktif kerana ia juga membentuk jenama diri yang orang akan sentiasa ingat.(Selepas ini saya akan setkan juga sistem autoresponder yang dah lama tidak saya gunakan.)
Selain dari itu, ia adalah konsisten. Konsistensi itu amat penting. Kepentingan "Konsisten" ada saya sebutkan dalam e-book saya di H2Jbiz.com. Ilmu yang kita perolehi banyak sebenarnya, tak kiralah ilmu apa. Tetapi tidak semua yang kita simpan di dada itu dapat diaplikasikan dalam pekerjaan atau kehidupan. Tetapi ingat, buatlah yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan orang lain setiap hari. Susun strategi dan rancang dengan baik berserta tindakan untuk melaksanakannya.
Cuba dapat laksanakan perkara yang baik yang belum kita capai sedikit demi sedikit agar ia akan jadi suatu yang pasti kita dapat buat setiap hari. Percayalah, dari sedikit itu lama-lama jika dibuat secara berterusan ia akan jadi kebiasaan. Percaya tak, perniagaan ini bukan sahaja kita boleh memperolehi pendapatan tanpa had, malah jika nak jadi seperti seorang pekerja yang tetap dapat gaji setiap bulan pun boleh..(mendapat pendapatan yang lebih terjamin)
Jadi, cubalah konsisten, mempunyai niat ikhlas dan tanamkan sifat membantu serta hindarkan dari sifat sombong. Anda pasti boleh melakukannya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2011/07/usahakan-agar-menjadi-kebiasaan.html