Usaha Lemahkan Umno Melalui Pisau Pen Dan Buku Cek Asyraf Wajidi



Sejak Umno hilang kuasa pada Mei 2018, pelbagai usaha dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan parti itu dengan menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam, kata Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki.
Kata Asyraf, usaha untuk mengharamkan Umno bermula seawal 2018 dengan mengeksploitasi 16 orang bekas ahlinya atas alasan Umno melanggar perlembagaannya kerana menangguhkan pemilihan parti.
“Hakikatnya, ramai pemimpin-pemimpin Umno diugut, ditekan dan digasak dengan menggunakan pelbagai agensi-agensi di bawah kerajaan PH (Pakatan Harapan) waktu itu.
“Usaha melemahkan Umno masih berterusan sehinggalah ke saat ini termasuk menggunakan pendekatan ‘pisau, pen dan buku cek’ bagi memecah-belahkan Umno melalui juak-juak dalaman sendiri mengikut perencanaan ‘scheme of thing’,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Tidak jelas apa yang dimaksudkan Asyraf namun pemimpin Umno itu pada Januari lalu mendakwa Bersatu membayar sehingga RM100 kepada setiap ahli Umno yang menyertai parti itu, malah cawangan yang ditubuhkan pula diberi peruntukan RM3,000 hingga RM5,000.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Asyraf.
Semalam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata ada pihak yang cuba mengawal Umno setelah gagal menghancurkan parti itu.
Untuk rekod hubungan antara kedua-dua parti itu semakin keruh selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu menjelang PRU ke-15
Ini memaksa Bersatu menyatakan pendirian untuk fokus dengan gerak kerja bersama rakan-rakan komponennya dalam Perikatan Nasional (PN) selain Umno.
Bagaimanapun, Umno Perlis dan Sabah baru-baru ini menyatakan akan meneruskan kerjasama dalam PN.
Bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa pula membayangkan lebih banyak lagi Umno peringkat bahagian dan negeri akan mengambil pendirian serupa, sekali gus mencerminkan perpecahan yang berlaku dalam Umno kini.

 
‘Cuak, gelabah, tidak tahan uji’
Menurut Asyraf, ahli-ahli Umno yang punya ketahanan terus kekal setia mempertahankan parti biarpun menjadi ‘lilin membakar diri’.
“Namun, tidak kurang juga yang cuak, gelabah dan tidak tahan diuji, lantas keluar meninggalkan parti.
“Tergamak pula menikam parti yang pernah mengangkat dan meletakkan mereka di posisi tertinggi lagi dihormati.
“Ironinya, mereka yang terpalit ini tiba-tiba terus disucikan dan tidak lagi kedengaran khabar sebarang tindakan mahupun pendakwaan,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut.
Bagaimanapun katanya, Umno masih dipelihara Allah kerana terus bertahan dan tetap utuh hingga saat ini.
“Kekuatan dan keutuhan sebenar Umno terletak kepada keikhlasan akar umbi.
“Ya, jangan salahkan parti Umno. Tetapi angkara segelintir pemimpin dan ahli yang lupa diri, lupa daratan dan lupa akar perjuangan, akhirnya Tuhan takdirkan Umno diuji hilang kuasa.
“Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kini setiap warga pejuang Umno tidak boleh lagi melakukan kesilapan yang sama,” katanya.

The post Usaha lemahkan Umno melalui ‘pisau, pen dan buku cek’ – Asyraf Wajidi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/08/usaha-lemahkan-umno-melalui-pisau-pen-dan-buku-cek-asyraf-wajidi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pisau Pen Dan Buku Cek Untuk Pecah Belahkan Umno

Pisau Pen Dan Buku Cek Untuk Pecah Belahkan Umno

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 407 hits
1 Sejak UMNO ditakdirkan hilang kuasa pada Mei 2018 pelbagai usaha cuba dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO dengan menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam 2 Bermula seawal 2018 apabila usaha untuk mengharamkan UMNO dengan m...
Buku Teks Tingkatan 4 Fitnah Orang Melayu Sebagai Barua Dan Agungkan Komunis Dr Asyraf Wajidi

Buku Teks Tingkatan 4 Fitnah Orang Melayu Sebagai Barua Dan Agungkan Komunis Dr Asyraf Wajidi

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 264 hits
Kerajaan Perlu Tarik balik Buku Teks Tingkatan 4 PETALING JAYA Pemuda Umno menggesa Kementerian Pendidikan menarik balik buku teks sejarah Tingkatan 4 mendakwa terdapat unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pe...
Buku 30 Dalil Jadi Bahan Kempen Singkir Zahid Dari Umno

Buku 30 Dalil Jadi Bahan Kempen Singkir Zahid Dari Umno

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 338 hits
Hariz MohdPerbezaan pandangan dalam Umno membabitkan pendirian parti sama ada menyokong Perikatan Nasional atau sebaliknya kini dikatakan semakin parah sehingga ada usaha digerakkan untuk menyingkirkan presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi Men...
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Diterbit Melalui Proses Ketat Kpm

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Diterbit Melalui Proses Ketat Kpm

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 255 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan penerbitan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 4 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSM Sejarah Tingkatan 4 serta mengikut Prosedur Operasi Standar...
Kerajaan Pn Boleh Guna Sop Ketat Dan Ppe Jangan Mandulkan Demokrasi Berparlimen Asyraf Wajidi

Kerajaan Pn Boleh Guna Sop Ketat Dan Ppe Jangan Mandulkan Demokrasi Berparlimen Asyraf Wajidi

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 282 hits
Kerajaan Perikatan Nasional tidak boleh dilihat takut atau mahu memandulkan institusi demokasi negara kata Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki Kata Asyraf Wajdi PN akan dilihat takut dan cuba memandulkan demokrasi jika terus engg...
Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 228 hits
March 8 2021 Bukan salah parti apabila segelintir pemimpin dan ahli membuat angkara kerana lupa diri lupa daratan dan lupa akar perjuangan kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki Beliau berkata semua ahli Umno kini tidak lagi boleh mengu...
Kalau Ada Dalam Umno Asabiyah Seperti Pemimpin Pas Lihatlah Asyraf Wajdi

Kalau Ada Dalam Umno Asabiyah Seperti Pemimpin Pas Lihatlah Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 286 hits
February 25 2021 ITU SEBAB MASA AKU TULIS PASAL MAT HASSAN AKU KUTUK ASYRAF WAJDI Kalau ada dalam UMNO Ashabiyah dan Kebodohan seperti pemimpin PAS Lihatlah Asyraf Wajdi masa aku menulis pasal Mat Hassan aku dah sebut Apakah orang berlatar ...
Buku 30 Dalil Serang Zahid Kerja Orang Umno Atau Pihak Luar

Buku 30 Dalil Serang Zahid Kerja Orang Umno Atau Pihak Luar

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 259 hits
malaysiakini comDiterbitkan 28 Feb 2021 9 56 amDikemaskini 9 59 amULASAN Buku 30 Dalil Mengapa Zahid Perlu Letak Jawatan dilaporkan telah disebarkan untuk menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di...
Tuduh Ph Manipulasi Fakta Sejarah Maszlee Nasihat Asyraf Tanya Menteri Pendidikan Umno

Tuduh Ph Manipulasi Fakta Sejarah Maszlee Nasihat Asyraf Tanya Menteri Pendidikan Umno

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 290 hits
malaysiadateline com Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyangkal tuduhan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi yang mendakwa Pakatan Harapan telah memanipulasi fakta sejarah dalam buku tingkatan empat semasa pentadbiran PH selama...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya