Tuduh Ph Manipulasi Fakta Sejarah Maszlee Nasihat Asyraf Tanya Menteri Pendidikan Umno


malaysiadateline.com
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONFebruary 24, 2021 


Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyangkal tuduhan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) telah memanipulasi fakta sejarah dalam buku tingkatan empat semasa pentadbiran PH selama 22 bulan.

Maszlee berkata, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi tingkatan empat telah diperkenalkan pada tahun 2017 lagi yang ketika itu Menteri Pendidikannya dari parti Umno sendiri.

Jelasnya, amat mustahil PH mengubah kesemuanya kerana proses penggubalan kurikulum mengambil masa beberapa tahun dan proses itu perlu melibatkan panel pakar yang berpengalaman dalam subjek Sejarah.

“Amat mustahil untuk PH melakukan semua ini dalam masa setahun lebih memerintah. Ini bermakna untuk buku teks yang dicetak pada 2019 dan digunakan pada tahun 2020, prosesnya bermula sejak 2014 atau 2015 lagi.

“Sekali lagi saya nak beritahu kepada Dr Asyraf Wajdi, Menteri Pendidikan pada tahun 2015 adalah dari parti Umno. Boleh tanya beliau sendiri,” katanya dalam satu kenyataan balas di Facebooknya tadi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menegaskan, beliau sama sekali tidak pernah campur tangan dalam proses pelaksanaan KSSM biarpun terdapat beberapa pakar rujuk kurikulum sejarah yang sangat cenderung kepada Umno.

Menurutnya, apa yang dilakukannya dahulu adalah mengubah sistem pendidikan sedia ada secara besar-besaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang sekian lama wujud seperti sekolah daif, murid cicir, pendidikan OKU dan beberapa lagi.

Beliau menyarankan agar Asyraf meneliti senarai Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Prof. Madya Shamrahayu Aziz (UIAM); Prof. Kamaruzaman Yusoff (UTM); Prof. Emeritus Abdullah Zakaria Ghazali dan Dr. Ho Hui Ling(UM); Prof. Sivamurugan Pandian (USM); Prof. Madya Rohani Abd Ghani (UKM) dan Prof. Madya Bilcher Bala (UMS).

Menurutnya, adalah lebih tepat sebenarnya jika Asyraf bertanya kepada pakar-pakar itu daripada menuduh beliau dan PH secara membuta tuli.

Beliau turut menasihatkan Asyraf supaya menyiasat, membuat usul periksa dan memahami proses dan tatacara gerak kerja penjawat awam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

“Saya berpendapat tuduhan melulu Asyraf yang menyalahkan 22 bulan pentadbiran PH hanyalah sebuah komen kosong tanpa usul periksa.

“Beliau menunjukkan sisi tidak mahir tentang proses dan tatacara penggubalan kurikulum oleh pihak KPM serta sebuah kecaman terhadap budaya kerja penjawat awam di KPM.

“Untuk makluman Dr Asyraf Wajdi juga, selama 20 bulan ketika saya menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, kerajaan PH memberikan kebebasan kepada profesional di dalam Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM untuk meneruskan kelangsungan pelaksanaan KSSM seperti yang dirancang melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2012-2025),” katanya lagiEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/tuduh-ph-manipulasi-fakta-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Buku Sejarah Agungkan Komunis Maszlee Sekolahkan Asyraf

Dakwa Buku Sejarah Agungkan Komunis Maszlee Sekolahkan Asyraf

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 314 hits
Dr Maszlee MalikCerita hari ini pagi pagi lagi sudah kena fitnah Saya tengah sibuk menguruskan bantuan kepada anak anak Simpang Renggam ketika ramai wartawan menghubungi saya meminta pandangan balas kepada kenyataan Dr Asyraf Wajdi Ketua Pe...
Buku Sejarah Agungkan Komunis Dilaksanakan Era Menteri Umno

Buku Sejarah Agungkan Komunis Dilaksanakan Era Menteri Umno

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 505 hits
February 24 2021 BUKU teks Sejarah Tingkatan 4 yang didakwa mengagungkan komunis dan memfitnah Melayu telah disemak ketika zaman pemimpin UMNO menjadi menteri pendidikan Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kurikulum Sejarah te...
Tarik Balik Perbetulkan Fakta Sejarah Tingkatan 4 Mengagungkan Komunis Pemuda Umno

Tarik Balik Perbetulkan Fakta Sejarah Tingkatan 4 Mengagungkan Komunis Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 382 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius unsur unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah M...
Banyak Keputusan Putrajaya Kpm Tak Ikut Falsafah Pendidikan Untuk Semua Kata Maszlee

Banyak Keputusan Putrajaya Kpm Tak Ikut Falsafah Pendidikan Untuk Semua Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 269 hits
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata sekiranya masalah membabitkan pelajar tidak diatasi dengan serius maka isu yang mengganggu gugat keharmonian negara akan terus diperbahaskan PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik...
Menteri Nadiem Guru Di Papua Punya Paradigma Transformasi Pendidikan

Menteri Nadiem Guru Di Papua Punya Paradigma Transformasi Pendidikan

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 191 hits
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nadiem Anwar Makarim optimistis untuk kemajuan pendidikan di Provinsi Papua Barat Nadiem memuji para guru di provinsi tersebut yang dinilainya memiliki paradigma Merdeka Belajar untuk melakukan transformasi...
Anwar Ibrahim Dr Maszlee Malik Bicara Pendidikan Keutamaan

Anwar Ibrahim Dr Maszlee Malik Bicara Pendidikan Keutamaan

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 194 hits
Bicara Pendidikan Keutamaan Yang Diabaikan Anwar Ibrahim akan berbicara tentang pendidikan bersama mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL Amidi Abdul Manan dan pesara guru yang ...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25

Tadabbur Surah Al Fatihah

Kelebihan Fb Page Untuk Bisnes

Kecemerlangan Anak Anak

Pas Youth Told To Stop Misleading Statements On Harith Iskander

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu