Pisau Pen Dan Buku Cek Untuk Pecah Belahkan Umno




 1. Sejak UMNO ditakdirkan hilang kuasa pada Mei 2018, pelbagai usaha cuba dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO dengan menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam.
2. Bermula seawal 2018, apabila usaha untuk mengharamkan UMNO dengan mengeksploitasi 16 orang bekas ahli atas alasan UMNO melanggar Perlembagaannya kerana membuat penangguhan pemilihan parti, sedangkan ROS sendiri meluluskan permohonan tersebut.
3. Tidak cukup dengan tindakan mahkamah terhadap parti, diugut pula pimpinan UMNO untuk membubarkan parti jika tidak mahu didakwa dan diambil tindakan dalam pelbagai bentuk.
4. Hakikatnya, ramai pemimpin-pemimpin UMNO diugut, ditekan dan digasak dengan menggunakan pelbagai agensi-agensi di bawah Kerajaan PH waktu itu.
5. Ahli yang punya ketahanan terus kekal setia mempertahankan parti biarpun menjadi lilin membakar diri. Namun, tidak kurang juga yang cuak, gelabah dan tidak tahan diuji, lantas keluar meninggalkan parti.
6. Tergamak pula menikam parti yang pernah mengangkat dan meletakkan mereka di posisi tertinggi lagi dihormati. Ironinya, mereka yang terpalit ini tiba-tiba terus disucikan dan tidak lagi kedengaran khabar sebarang tindakan mahupun pendakwaan.
7. Usaha melemahkan UMNO masih berterusan sehinggalah ke saat ini termasuk menggunakan pendekatan ‘pisau, pen dan buku cek’ bagi memecah-belahkan UMNO melalui juak-juak dalaman sendiri mengikut perencanaan ‘scheme of thing’.
8. Namun, Alhamdulillah UMNO masih dipelihara Allah kerana terus mampu bertahan dan tetap utuh hingga saat ini. Kekuatan dan keutuhan sebenar UMNO terletak kepada keikhlasan AKAR UMBI!
9. Akar umbi yang merupakan rangkaian 3.5 juta ahli UMNO di 191 Bahagian dan lebih 22,000 cawangan seluruh Malaysia yang ikhlas dan terus setia berjuang mempertahankan wadah biarpun ada di kalangan pemimpin yang mudah gelabah dan lari meninggalkan parti.
10. Ya, jangan salahkan PARTI UMNO! Tetapi angkara segelintir pemimpin dan ahli yang lupa diri, lupa daratan dan lupa akar perjuangan akhirnya Tuhan takdirkan UMNO diuji hilang kuasa.
11. Setiap yang berlaku ada hikmahnya! Kini setiap warga pejuang UMNO tidak boleh lagi melakukan kesilapan yang sama…
Jangan angkuh, jangan sombong untuk terus muhasabah, berubah dan lakukan koreksi!
Jangan menari mengikut lagu dendangan musuh yang sentiasa khianat mendengki!
Jangan biarkan kita mudah dipermain dan dimanipulasi!
Utamakan kesatuan dan solidariti!
Jangan cepat percaya dengan cerita-cerita sensasi yang hanya mencetuskan prasangka dan persepsi!
Pertahankan tradisi dan institusi parti!
InsyaAllah jika terus pegang kuat kepada tali dan berpandu teguh pada suluhan wahyu Ilahi, berpaksikan mantra keramat BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT, UMNO mampu BANGKIT KEMBALI!
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
8 Mac 2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/pisau-pen-dan-buku-cek-untuk-pecah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usaha Lemahkan Umno Melalui Pisau Pen Dan Buku Cek Asyraf Wajidi

Usaha Lemahkan Umno Melalui Pisau Pen Dan Buku Cek Asyraf Wajidi

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 198 hits
Sejak Umno hilang kuasa pada Mei 2018 pelbagai usaha dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan parti itu dengan menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam kata Ketua Pemudanya Asyraf Wajdi Dusuki Kata Asyraf usaha untuk mengharamkan Umno...
Buku 30 Dalil Serang Zahid Kerja Orang Umno Atau Pihak Luar

Buku 30 Dalil Serang Zahid Kerja Orang Umno Atau Pihak Luar

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 259 hits
malaysiakini comDiterbitkan 28 Feb 2021 9 56 amDikemaskini 9 59 amULASAN Buku 30 Dalil Mengapa Zahid Perlu Letak Jawatan dilaporkan telah disebarkan untuk menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di...
Pas Selangor Tolak Sebarang Usaha Pecah Belahkan Mn Pn

Pas Selangor Tolak Sebarang Usaha Pecah Belahkan Mn Pn

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 380 hits
Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH9 MAC PAS Selangor akan menolak sebarang usaha yang dilihat mampu merungkaikan perpaduan yang sedia terjalin di antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Ha
Masyarakat Perlu Terus Waspada Jangan Biarkan Ancaman Radikalisasi Pecah Belahkan Kita Masagos

Masyarakat Perlu Terus Waspada Jangan Biarkan Ancaman Radikalisasi Pecah Belahkan Kita Masagos

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 239 hits
SINGAPURA Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menggesa masyarakat supaya terus berwaspada dan berdiri teguh bersama di tengah tengah wujudnya ancaman pengganasan dan radikalisasi di Singapura Encik Masagos ...
Mahdzir Khalid Kesal Buku Teks Tak Agungkan Umno

Mahdzir Khalid Kesal Buku Teks Tak Agungkan Umno

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 242 hits
Mahdzir Khalid kesal buku teks tak agungkan Umno Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Feb 2021 3 11PM
Buku 30 Dalil Jadi Bahan Kempen Singkir Zahid Dari Umno

Buku 30 Dalil Jadi Bahan Kempen Singkir Zahid Dari Umno

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 338 hits
Hariz MohdPerbezaan pandangan dalam Umno membabitkan pendirian parti sama ada menyokong Perikatan Nasional atau sebaliknya kini dikatakan semakin parah sehingga ada usaha digerakkan untuk menyingkirkan presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi Men...
Buku Sejarah Agungkan Komunis Dilaksanakan Era Menteri Umno

Buku Sejarah Agungkan Komunis Dilaksanakan Era Menteri Umno

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 504 hits
February 24 2021 BUKU teks Sejarah Tingkatan 4 yang didakwa mengagungkan komunis dan memfitnah Melayu telah disemak ketika zaman pemimpin UMNO menjadi menteri pendidikan Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kurikulum Sejarah te...
Umno Pecah Jika Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar Dap

Umno Pecah Jika Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar Dap

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 281 hits
On Feb 25 2021 Perpecahan dalam UMNO semakin nyata apabila ada pihak tertentu yang mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Bercakap kepada Utusan Malaysia Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkat...
Buku 30 Dalil Zahid Kena Letak Jawatan Kini Sampai Ke Rumah Ahli Umno

Buku 30 Dalil Zahid Kena Letak Jawatan Kini Sampai Ke Rumah Ahli Umno

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 271 hits
MALAYSIA DATELINEBuku 30 Dalil Zahid kena letak jawatan kini dikatakan sudah sampai kepada rumah ahli ahli Umno di peringkat bahagian dan cawangan seluruh Malaysia Menurut sumber buku bercetak itu dihantar dengan menggunakan khidmat pos dan...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam