Usah Pelihara Babi Di Kawasan Melayu


ULASAN DISEMBER
BEHAVIOUR atau sifat pembangkang di Malaysia adalah menjadi penyerang kerajaan tanpa kira masa dan suatu kelumrahan. Meminjam istilah seorang tok guru, yang memperumpamakan kerajaan hari ini seperti Zionis, maka pembangkang juga boleh disamakan dengan perangai Zionis terhadap Palestin dalam melayani kerajaan hari ini. 
Mereka tidak akan berhenti menyerang Palestin, pantang ada ruang dan sedikit isbab saja akan diserang dan dibom. Nah, begitu juga dengan pembangkang di negara ini terhadap kerajaan.
Mereka akan buat serangan tubi untuk menganggu kerajaan. Mereka tidak akan kompromi langsung dengan kerajaan yang dilihat kerajaan adalah musuh abadi mereka seperti Zionis terhadap Palestin itu. Mereka tidak akan ikhtiraf mandat rakyat kepada pihak yang membentuk kerajaan. Semangat demokrasi mereka ke lautkan. Seolah-olah kalau pembangkang tidak menyerang kerajaan politik negara ini tidak hidup. Paling mendukacitakan serangan itu dibuat dalam keadaan mengigau, tidak waras.
Meskipun demokrasi ada tempoh atau had valid (penggal) selama lima tahun sekali, yang kemudian diadakan pemilihan semula, namun masa senggang itu tidak dihormati dan tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Pembangkang tidak pernah mengira masa senggang itu. Kerajaan akan diganyang bagaikan ilalang di ladang getah. Bagi mereka kerajaan bahaya perlun di ditebang dan diracun. Kerana itu mereka sanggup mengonatasikan kerajaan dengan seribu kejelakan.
Persefahaman langsung tidak ada. Walaupun prinsip pembangkang itu sama dengan kerajaan; punya tanggungjawab dan amanah untuk membangun rakyat dan negara; pembangkang menjadi pengkritik, penegur dan pemantau kerja kerajaan. Namun falsafah itu tidak direalisasikan. Semacam pembangkang sudah hilang roh demikian, falsafah itu sudah di liang lahadkan. 
Di Malaysia ini sukar untuk kita lihat pembangkang bertindak menjadi pembangkang yang konstruktif, menjadi jurubicara rakyat yang baik, bijak sesuai dengan semangat demokrasi. Situasi ini suatu yang malang kepada bangsa dan negara kita. Ia juga malang kepada pencantu politik demokrasi. Apakah ini suatu kepincangan kepada demokrasi kita?
Keadaan ini kian ketara sejak dua sedekad ini. Memang dahulu lagi sejak pilihan raya diperkenalkan, (1955) pembangkang tidak sebulu dengan kerajaan, kerana jika pembangkang akur kepada kerajaan tiadalah peranan memantau dan mengkritik tadi. Namun cara dan sikap mereka ketika itu masih boleh dimaafkan. Pembangkang masih relevan dan berperanan molek. Walau bukan disemua aspek pembangkang membantah kerajaan, tetapi dalam hal-hal tertentu pembangkang bekerjasama dan membantu kerajaan. Esprit de crop di antara kerajaan dengan pembangkang sangat kuat.  
Keadaan buruk itu berlaku sejak BN kehilangan hegemoni apabila hilang kuasa majoriti dalam parlimen selepas pilihan raya umum 1999. Ia bertambah kalut lagi apabila BN terus hilang kerajaan dalam Piraum tahun 2018. Kerajaan BN yang berdiri selama lebih 60 tahun musnah, seolah-olah kemusanahan itu menjadi tanda kepada kehebatan dan kekuatan pembangkang.
Kemuncak kehebatan aksi pembangkang ialah apabila berlaku kudeta tahun 2020, apabila kerajaan PH dirampas oleh orang-orangnya sendiri. Pengkhianatan politik itu bermulanya serangan hebat pembangkang kepada kerajaan dan pembangkang dilihat sebagai hero apabila berjaya menumbangkan kerajaan. 
Pengkhianatan itulah menjadi semangat dan pendorong kepada pembangkang. Selepas kejadian di Sheraton hotel tu, dicuba pula dengan usaha-usaha lain berterusan sehingga kini tanpa henti. Kejayaan tindakan di Sheraton hotel itu menjadi muqadimah kepada pembangkang dan warga politik kita juga yakin dengan setiap movement (gerakan) pembangkang terhadap kerajaan. 

Jika pembangkang yang behavior begitu serang kerajaan tidak pelik dan aneh kerana kita sudah kenal dan arif dengan ulah pembangkang di Malaysia ini. Tetapi yang mengkagetkan kita kerja-kerja atau sifat untuk menganggu kerajaan juga dilakukan pihak mendokong kerajaan sendiri. Sedar atau disengaja itulah yang sedang berlaku sekarang ini sedikit mengalaukan jiwa.
Apakah pihak ini sengaja untuk memberi bola tanggung kepada pembangkang kerana mereka juga ada cita-cita terpendam sendiri? Atau ingin menumpang tui di sebaliknya? Ini menimbulkan rasa pelik dan aneh.
Dirujuk sahaja kepada sikap atau kerenah dilakukan pemimpin DAP yang membuat kenyataan yang boleh menganggu kedamaian kerajaan apabila ia menyentuh naluri Melayu. Kenyataan beberapa orang pemimpin DAP seperti disengajakan dengan sesuatu tujuan tidak jelas yang harus dibongkarkan. 
Misalnya kenyataan atau pernyataan dikeluarkan oleh Lim Kit Siang berhubung orang Melayu boleh jadi PM negara ini sesuatu yang tidak enak didengar orang Melayu fanatik dengan sifat Melayunya. Kenyataan itu boleh menimbul kekeruhan dalam minda orang Melayu terhadap kerajaan hari ini. Kenyataan Kit Sing itu sebenarnya sudah basi, ia laksana nasi basi yang tidak pun perlu dipedulikan. Tetapi atas sifatnya ia boleh diperangatkan maka ia boleh dimakan lagi.
Secara akademiknya kenyataan penasihat DAP itu berdasarkan kepada pentafsiran Perlembangaan, memang orang bukan Melayu boleh jadi perdana menteri kerana tidak ada larangan tegas dalam Perlembagaan. Syarat menjadi perdana menteri di negara ini seseorang ahli parlimen yang mengikut hemat Yang diPertuan Agong mendapat majoriti. Malahan bekas PM Mahathir Mohamad pun pernah menyebtunya. Jadi kenyataan Kit Siang itu bukan sesuatu yang baru tetapi Melayu jadi terjungkil dengan pernyataan Kit Siang tersebut. 
Kenyataan Kit Siang ini cepat pula disambar oleh ahli parlimen Machang yang mendesak perdana menteri Anwar Ibrahim melakukan pindaan undang-undang untuk menjamin kedudukan Melayu. Walaupun ahli parlimen itu faham dengan kuasa dan "kekuatan" yang ada dalam perlembagaan, tetapi beliau sengaja membuat desakan itu untuk menjadikan hal itu isu dan bahan polemik. 
Rasanya Melayu cerdik faham dan maklum dengan "maknawi" pernyataan Kit Siang itu.  Selagi Yang diPertuan Agong dipegang oleh Raja Melayu tidak mungkin beliau akan bersetuju memberi perkenaan melantik mana-mana ahli parlimen menjadi perdana menteri, melainkan ada raja yang hilang kewarasan dan sirna semangat Melayu. Perlembagaan ada menyebut soal perlantikan Perdana Menteri namun hakikatnya institisi Raja-Raja ikut bertanggungjawab. Dalam konteks negara kita konvensyen dan amalan mengatasi Perlembnagaan. Kena faham.
Orang Melayu maklum akan kekuatan dan perlindungan itu dan mereka tidak khuwatir apa disebut Kit Siang itu. Namun disebabkan kepentingan politik maka ia sengaja dimainkan dengan tujuan mahu melihat kehormonian kerajaan khasnya Anwar terkacau.   
Begitu pun apabila ia dinyatakan untuk kesekian kalinya serta diulang-ulangi oleh Kit Siang maka timbul kecurigaan. Bukan sekali Kit Siang melontar atau memberi pesan tentang perkara itu, sudah acap kali. Lim Kit Siang seolah mahu menyekolahkan orang Melayu. Justeru itu tidak salah kalau timbul rasa bimbang dari kalangan Melayu dan mengira Kit Siang bukan sahaja-sahaja melontarkan hal itu. 
Ia tentu ada tujuan sehingga ada yang nakal mengira Kit Siang atau DAP sedang menggoda kuasa dalam kerajaan. Mereka (pembangkang) membuat perkiraan mungkin kehendak DAP lebih mudah dipenuhi kini berbanding dahulu kerana kini mereka (DAP) sudah jadi sebahagian kerajaan.
Tidak dapat dinafikan dalam konteks politik kenyataan Kit Siang atau polemik itu ada kebaikan buat DAP alias bukan Melayu. Ia menyebabkan masyarakat terfikir akan benar dan logiknya. Kesan dari tindakan atau kesimpulan itu jika ia diambil kira menguntung mereka.
Jadi kalau Melayu panik tidak pelik, bah wajar. Dalam hal ini tidak boleh disalahkan pembangkang.
Apa lagi tidak cukup dengan keyataan Kit Sing itu ia turut diikuti kenyataan Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai yang mendesak diadakan pilihan kerajaan tempatan (PBT) Kuala Lumpur. Kenyataan itu semacam ada kesenimbungan. Situasi inilah kepada sesetengah pemikir Melayu khasnya pembangkang membuat kesimpualn DAP terus bermain dengan cita-citanya menerusi kerajaan.
Persoalannya, untuk apa bermain dengan kenyataan seperti itu yang boleh mengusik naluri orang Melayu? Apakah ia dapat membantu memperkuatkan sokongan Melayu dari kalangan Melayu atau tidak? Saya berpandangan dan yakin jika tidak ada sesuatu maksud, untuk apa yang ditimbulkan. Jika tidak ada mengada masakan tempua bersarang rendah. Kenyataan Kit Siang dan Kok Wai bahaya kepada kerajaan kerana ia boleh menganggu kerajaan.
Sebab dikatakan, selain daripada pembangkang yang tidak tidur malam dan siang terus menganggu kerajaan, kerana pihak dalaman (DAP) juga nampak seperti tumpang sekaki. DAP semacam sehaluan dengan pembangkang dalam hal ini untuk ganggu kerajaan. Jadi kalau ada yang curiga dan bimbang kepada DAP jangan terkilan. 
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook harus lebih peka, serius dan menyeluruh lagi  menutreliskan pemikiran DAP sesuai dengan kedaan sesama. Sikap "chauvenism" DAP wajar diredakan. Pemikiran political will sesetengah pemimpun DAP yang diwarisi daripada PAP perlu dileburkan. Ini tugas berat Anthony Loke dan pimpinan milleniun DAP kini. 
Dalam konteks ini saya ingin menyebut begini kepada DAP, ada setengah orang dalam parti itu ingin mencapai fahaman politik yang liberal, tetapi mereka perlu mengerti selagi masyarakat negara ini hidup bersendikan ethnik dan fahaman agama, cita-cita itu tidak dapat dicapai. Usaha sebegitu tidak ubah, usaha begitu seperti cuba menternak babi dalam kawasan Melayu.
Bukan mudah untuk Melayu menerima baik ternakan itu kerana menurut kitab mereka ia dihramkan. Doktrinasi hukum itu menghalang penerima mereka ke atas makhluk Allah yang satu itu. Walaupun peri kemanusiaan dan hak haiwan itu sama nilai di sisi Allah namun kuasa syariah membatasi mereka. Jadi hasrat mahu membuka ladang haiwan terharam itu padamkan perlu dipadamkan, jika mahu melihat Melayu kolot tidak diadu gelisah. [wm.kl. 12:56 pm 19/12/2023]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/12/usah-pelihara-babi-di-kawasan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sampai Pemimpin Kita Turut Dijangkiti Virus Melayu Mudah Lupa

Jangan Sampai Pemimpin Kita Turut Dijangkiti Virus Melayu Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 130 hits
Virus ini berpunca dari pemimpin politik yang sanggup berbalah caci mencaci menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan kepentingan sendiri titah baginda Setahun Kerajaan Perpaduan Madani berkuasa JOM Channel ingin m...
Orang Melayu Belum Mengenal Diri Sendiri

Orang Melayu Belum Mengenal Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 243 hits
PERIHAL LIM KIT SIANGBAGI mereka yang bersikap terbuka mengenepikan soal sentimen bangsa yang sempit tidak akan merasa apa apa salah pun kenyataan dibuat Lim Kit Siang yang mengatakan sesiapa sahaja termasuk bukan Melayu boleh menjadi perda...
Ini Sebab Kenapa Dialog Filem Melayu Zaman 80an Dan 90an Terlalu Skema

Ini Sebab Kenapa Dialog Filem Melayu Zaman 80an Dan 90an Terlalu Skema

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 205 hits
Jika korang pernah menonton filem filem era 80an dan 90an sudah pasti korang akan perasan perbezaan lontaran suara dan dialog dalam filem filem era tersebut Kebanyakannya kelihatan agak skema dan kini menjadi bahan jenaka dan meme Tetapi ra...
Perdana Menteri Bukan Melayu

Perdana Menteri Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 244 hits
DAH NAK IKUT SINGAPURA KEW SIAPA BUAT PERLEMBAGAAN HU HU HUKESIAN MELAYU HU HU HUPM bukan Melayu Lim ulang propaganda beracun kata PASNAK DENGAU APA LAK KATA ORANG AMENO BUKAN MELAYU JADI PM Hassan Lim tak salah bukan Melayu memang boleh ja...
Pm Bukan Melayu Lim Ulang Propaganda Beracun Kata Pas

Pm Bukan Melayu Lim Ulang Propaganda Beracun Kata Pas

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 290 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 11 2023 2 09 PMPAS menyelar kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang berhubung isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri dan menyifatkan ia sebagai ulangan propaganda beracun yang berpotensi menimbulkan...
Peguam Tiada Sekatan Undang Undang Bukan Melayu Jadi Pm Tapi

Peguam Tiada Sekatan Undang Undang Bukan Melayu Jadi Pm Tapi

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 157 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 14 2023 9 23 AMPeguam Haniff Khatri Abdulla bersetuju bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu daripada menjadi perdana menteri Malaysia Dia berkata bagaimanap...
Untuk Elak Isu Bukan Melayu Boleh Jadi Pm Terus Ditimbulkan Umno Perlu Dikuatkan Semula

Untuk Elak Isu Bukan Melayu Boleh Jadi Pm Terus Ditimbulkan Umno Perlu Dikuatkan Semula

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 267 hits
Ramai orang Melayu tiba tiba melompat malah ada yang sentap lalu membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat veteran DAP Lim Kit Siang berkaitan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Membaca tajuk semata mata atau tidak ...
Cadangan Pm Bukan Melayu Dibuat Kit Siang Serlah Imej Sebenar Dap Pas

Cadangan Pm Bukan Melayu Dibuat Kit Siang Serlah Imej Sebenar Dap Pas

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 251 hits
agendaily com16 12 2023Tan Sri Lim Kit Siang PAS menyifatkan kenyataan dibuat Tan Sri Lim Kit Siang berhubung isu Perdana Menteri bukan Melayu adalah imej sebenar DAP yang sebenarnya mahu mewujudkan sebuah negara sekular sepenuhnya di Malay...
Haiwan Dalam Peribahasa Melayu Cerminan Kearifan Tempatan

Haiwan Dalam Peribahasa Melayu Cerminan Kearifan Tempatan

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 168 hits
Peribahasa Melayu mengandungi hikmah dan petikan kebijaksanaan yang disampaikan melalui pengalaman dan peristiwa sehari hari seringkali dengan menggunakan haiwan sebagai medium perbandingan Mari kita kupas satu persatu peribahasa yang meran...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran