Pm Bukan Melayu Lim Ulang Propaganda Beracun Kata Pas


malaysiakini.com

Diterbitkan: Dec 11, 2023 2:09 PM



PAS menyelar kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang berhubung isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri dan menyifatkan ia sebagai ulangan “propaganda beracun” yang berpotensi menimbulkan suasana tidak harmoni.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, menjadi pengetahuan umum beberapa pimpinan DAP membangkitkan perkara itu sejak puluhan tahun, termasuk pada 2012 oleh mendiang Karpal Singh dan 2017 oleh Lim sendiri.

"Kali ini dengan berselindung di sebalik Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020, Lim dengan sengaja memberikan gambaran yang salah tentang orang Melayu atau citra politik orang Melayu dengan menyebut bahawa kesemua dokumen itu bermatlamatkan 'Impian Malaysia' yang berbilang etnik, agama dan budaya, bukan impian mono etnik.

"Dia juga kelihatan mengambil peluang membangkitkan perkara ini tatkala Umno, sebagai sebuah parti orang Melayu, berada dalam keadaan tersepit sebagai anggota kerajaan Madani sehingga menyebabkan parti tersebut membisu seribu bahasa.

"Menurut Lim kenyataannya itu juga disokong oleh fakta bahawa Perlembagaan memperuntukkan bahawa orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya.
 
Lim Kit Siang

Terdahulu Lim semasa ceramahnya kepada pelajar Malaysia di United Kingdom berharap tidak lama lagi terdapat bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Dia berkata demikian ketika mengulas bagaimana seorang kulit putih dapat menjadi presiden Amerika Syarikat selepas lebih 230 tahun penubuhan negara itu.

Lim bagaimanapun berkata berkata buat masa ini, untuk orang bukan Melayu menjadi perdana menteri Malaysia adalah “kenyataan fakta” tetapi bukan “kenyataan realiti”.


Sumber DAP memberitahu Malaysiakini, Lim akan ke sebuah balai polis di Petaling Jaya pada Rabu ini bagi memberikan keterangan kepada pihak polis.

Dalam kenyataan hari ini, Takiyuddin berkata Lim bertindak seolah-olah jahil undang-undang tanpa melihat konvensyen yang diamalkan sejak kemerdekaan.

Katanya, bukan sahaja tidak ada orang bukan Melayu menjadi perdana menteri, malah tiada juga yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata, Lim tidak dapat menyembunyikan “prejudisnya” terhadap peranan orang Melayu.

Menurutnya dengan perkataan lain, Lim seolah-olah beranggapan hanya dengan mempunyai seorang perdana menteri bukan Melayu barulah Malaysia boleh dianggap mencapai impian sebagai negara yang berjaya.

Takiyuddin menyamakan naratif 'Impian Malaysia' Lim itu tidaklah terlalu berbeza dengan Malaysian Malaysia yang digagaskan oleh bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew, suatu ketika dahulu.

"Helah berselindung di sebalik kata-kata manis baik oleh Lee mahupun Lim tidak dapat menyembunyikan niat sebenar mereka, iaitu mahu menimbulkan polemik serta persoalan tentang kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan," katanya.

Tambahnya, ucapan Lim berkaitan peluang Malaysia menjadi negara hebat di dunia atau “berpecah belah, gagal, dan kleptokratik” tidak langsung berbeza dengan ucapan Lee kepada pelajar Malaysia di London pada 1964.

"Seperti gagasan Malaysian Malaysia yang ditolak kerana kekaburan, niat buruk dan kontradiksi yang terkandung di dalamnya serta tingkah-laku tidak jujur pejuangnya suatu masa dahulu, maka naratif Impian Malaysia ini juga perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia yang insaf sejarah dan menghargai pencapaian serta keharmonian sedia ada dalam kalangan kita.

"Justeru PAS memberi amaran kepada mana-mana pihak yang masih berdegil dalam membangkitkan perkara seumpama ini supaya berhenti mengamalkan perbuatan mengumpan kemarahan orang Melayu dan Bumiputera khasnya kerana ia juga membawa makna mengundang berulangnya ketegangan dalam masyarakat yang pernah mencetuskan peristiwa hitam perbalahan kaum di negara ini lebih 50 tahun yang lampau," tegas Takiyuddin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/12/pm-bukan-melayu-lim-ulang-propaganda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Pn Sokong Pm Patut Diberi Jawatan Kata Pas

Wakil Pn Sokong Pm Patut Diberi Jawatan Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 139 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 15 2023 4 49 PMPAS berpendapat ahli parlimen PN yang sudah memberikan sokongan kepada kerajaan wajar diberikan tempat dalam kabinet Anwar Ibrahim Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata dia sendiri men...
Masa Tengah Bicara Pas Kata Nak Tunggu Keputusan Mahkamah

Masa Tengah Bicara Pas Kata Nak Tunggu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 317 hits
Syarikat Melayu cetak akhbar parti pun kena tipu Walaun dibawah mau tak kena mohong Hazlee ZainordinHari ni mahkamah dah buat keputusan jelas ada bukti nyata memang PAS berhutang sungguh kpd syarikat Naj Resoucers dan mahkamah mengarahkan P...
Dituduh Buat Komunikasi Jelik Kata Orang Melayu Malas Makcik Kemboja Anak Bayar Jamin Rm25 000

Dituduh Buat Komunikasi Jelik Kata Orang Melayu Malas Makcik Kemboja Anak Bayar Jamin Rm25 000

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 254 hits
Usahawan wanita yang tular di media sosial baru baru ini Mariyah Yaakob yang mencetuskan kontroversi gara gara berkata orang Melayu malas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tuduhan berasingan mengeluarkan ken...
Kata Cerdik Lam Pas Rupanya Tak Juga Tak Cersik

Kata Cerdik Lam Pas Rupanya Tak Juga Tak Cersik

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 140 hits
Che IbrahimAmbo pun jadi runsing juga nak claim eMadani nanti habis data peribadi kena curi hilang pah ke nama ambo pahtu ambo nak kena guna nama gapa pula lepas ni penat juga ni
Pas Kata Kostum Coldplay Bukan Dajjal

Pas Kata Kostum Coldplay Bukan Dajjal

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 223 hits
Adrian LimBagaimanakah rupa dajjal Dajjal memiliki mata yang buta di sebelah kanan Adapun mata kirinya cacat Tidak ada hadis mengatakan mata dajjal adalah satu di bahagian tengah Kostum yang dipakai oleh Chris Martin Coldplay satu mata kat ...
Pas Bidas Anwar Kekal Jadi Menteri Kewangan Dulu Kata Nak Berjimat

Pas Bidas Anwar Kekal Jadi Menteri Kewangan Dulu Kata Nak Berjimat

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 221 hits
agendaily com12 12 2023Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari Rombakan Kabinet dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak memadai dan masih melanggar manifesto yang dicanang canang sebelum ini oleh Pakatan Harapan Ketua Penerangan...
Syor Benarkan Melayu Saja Jadi Pm Adalah Rasis Kata Kumpulan Peguam

Syor Benarkan Melayu Saja Jadi Pm Adalah Rasis Kata Kumpulan Peguam

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 237 hits
Syor benarkan Melayu saja jadi PM adalah rasis kata kumpulan peguam Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Dec
Cadangan Pm Bukan Melayu Dibuat Kit Siang Serlah Imej Sebenar Dap Pas

Cadangan Pm Bukan Melayu Dibuat Kit Siang Serlah Imej Sebenar Dap Pas

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 292 hits
agendaily com16 12 2023Tan Sri Lim Kit Siang PAS menyifatkan kenyataan dibuat Tan Sri Lim Kit Siang berhubung isu Perdana Menteri bukan Melayu adalah imej sebenar DAP yang sebenarnya mahu mewujudkan sebuah negara sekular sepenuhnya di Malay...
Dr Sam Ketua Pembangkang Pas Kata Boleh Bawa Ke Mesyuarat Pn

Dr Sam Ketua Pembangkang Pas Kata Boleh Bawa Ke Mesyuarat Pn

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 156 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Cadangan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai ketua pembangkang mungkin boleh dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional akan datang kata pemimpin PAS Masih terlalu...
Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Drama Haluan

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Do I Rehome These Fish Practical Fishkeeping

Merumput Di Raised Bed Keladi

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya

Sawi Jepun Dan Tauhu Telur Dengan Sos Tiram Credit Mighaaa8

Jejak Ke Zaman Silam Setiap Benang Mengisahkan Cerita Dari Songket Diraja Ke Intr