Peguam Tiada Sekatan Undang Undang Bukan Melayu Jadi Pm Tapi


malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 14, 2023 9:23 AM
Peguam Haniff Khatri Abdulla bersetuju bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu daripada menjadi perdana menteri Malaysia

Dia berkata, bagaimanapun ada pihak tertentu menentang idea itu kerana bimbang kedudukan orang Melayu terjejas.

"Saya percaya daripada perbincangan dan pendapat yang diberikan, ramai terkhilaf bahawa apabila ada seorang perdana menteri yang bukan Islam, bukan Melayu, maka empat perkara utama yang dinyatakan dalam perlembagaan boleh dan mungkin terjejas.

"Iaitu yang pertamanya, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Kedua, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Yang ketiga keistimewaan orang Melayu yang dipelihara di bawah perlembagaan. Keempatnya, kedudukan dan keistimewaan serta kedaulatan raja-raja Melayu.

"Empat perkara ini sering timbul dalam kerisauan rakyat majoriti. Jika ada perdana menteri yang bukan Islam, bukan Melayu.

"Pada hakikatnya, kerisauan itu tidak berasas," katanya dalam video yang disiarkan ke akaun YouTube MalayaDailyCom.

Jelas Haniff, tidak ramai yang sedar bahawa Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan turut menetapkan faktor-faktor di atas bukanlah peruntukan yang boleh dipinda dengan mudah.

Perkara 159(5) menghendaki undang-undang, termasuk undang-undang persekutuan, tidak diluluskan melainkan undang-undang itu diluluskan terlebih dahulu oleh Majlis Raja-Raja.

"Jika Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengannya, maka pindaan tidak boleh dibuat," katanya.

Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu-satunya keperluan untuk seseorang menjadi perdana menteri ialah orang itu menjadi ahli parlimen, yang, dalam penghakiman Yang di-Pertuan Agong, mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Haniff turut berpendapat calon perdana menteri tanpa mengira kaum haruslah seorang individu yang patriotik dan mahir berbahasa Melayu.

“Bagaimana kita boleh mempunyai seorang perdana menteri yang berbahasa Melayu ‘pasar’, atau yang tidak memahami unsur-unsur utama kedudukan raja-raja?” soalnya.

Baru-baru ini, penasihat DAP Lim Kit Siang mendapat kecaman selepas membangkitkan kemungkinan seorang bukan Melayu dilantik sebagai perdana menteri.

Lim juga telah dipanggil oleh polis berhubung perkara ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/12/peguam-tiada-sekatan-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syor Benarkan Melayu Saja Jadi Pm Adalah Rasis Kata Kumpulan Peguam

Syor Benarkan Melayu Saja Jadi Pm Adalah Rasis Kata Kumpulan Peguam

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 291 hits
Syor benarkan Melayu saja jadi PM adalah rasis kata kumpulan peguam Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Dec
Warga Malaysia Tak Boleh Bertutur Bahasa Malaysia Cakap Bahasa Inggeris Hebat Tapi Bahasa Melayu Ke Laut

Warga Malaysia Tak Boleh Bertutur Bahasa Malaysia Cakap Bahasa Inggeris Hebat Tapi Bahasa Melayu Ke Laut

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 338 hits
MERAK JALANANMERAK Jalanan bangga apabila Malaysia berada di tangga ke 25 dalam senarai negara fasih berbahasa Inggeris yang dikeluarkan EF English Proficiency Index baru baru ini Di peringkat Asia pula Malaysia muncul sebagai negara ketiga...
Datuk Red Mahu Selamatkan Rumah Tangga Tapi Adira Kekal Ingin Berpisah Peguam

Datuk Red Mahu Selamatkan Rumah Tangga Tapi Adira Kekal Ingin Berpisah Peguam

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 400 hits
Peguam syarie Muhammad Akmal Amzan yang mewakili usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan tiada persefahaman menjadi punca penyanyi Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya Memetik laporan Utusan permohonan perceraian terhadap...
Jerat Buat Umno Tapi Cuba Bunuh Melayu Islam

Jerat Buat Umno Tapi Cuba Bunuh Melayu Islam

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 536 hits
Persempadanan semula terpilih jerat buat Umno Taktik terbaharu Pakatan Harapan AKU terkejut bila DAP cadang dalam Parlimen supaya Kerajaan Madani melantik Datuk S Ambiga sebagai Pengerusi SPR Umum tahu kecenderungan Datuk S Ambiga adalah ke...
Saya Tumpang Gembira Tapi Itu Bukti Saya Tak Pernah Menipu Shuhada Ucap Tahniah Atas Pernikahan Kedua Hafidz Roshdi

Saya Tumpang Gembira Tapi Itu Bukti Saya Tak Pernah Menipu Shuhada Ucap Tahniah Atas Pernikahan Kedua Hafidz Roshdi

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 229 hits
Susulan berita perkahwinan aktor Hafidz Roshid dan Athira Yuhada yang berlangsung pada Jumaat malam itu bekas isteri kepada pengantin lelaki itu hanya mampu mengucapkan tahniah kepada pasangan baru tersebut Kata Shuhada perkahwinan yang tel...
Hadi Awang Hutang Dosa Yang Tidak Diampun Tular Tapi Pas Belum Bayar Hutang

Hadi Awang Hutang Dosa Yang Tidak Diampun Tular Tapi Pas Belum Bayar Hutang

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 216 hits
HarapanDaily comSatu klip video yang memaparkan presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata hutang adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah swt telah tular Video ini tular dalam keadaan di mana bekas syarikat pencetak akhbar Pas ...
Aku Kalah Dengan Godaan Adik Ipar Tapi Susah Aku Nak Lepaskan Isteri Aku

Aku Kalah Dengan Godaan Adik Ipar Tapi Susah Aku Nak Lepaskan Isteri Aku

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 279 hits
Ada sebab mengapa penting menjaga pergaulan antara ipar duai bimbang masa kini dosa semua tidak diendahkan lagi Apatah lagi bila duduk serumah aurat tak terjaga maka mulalah hubungan di belakang pasangan yang sah Seorang lelaki yang baru sa...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka