Urutan Brace Men Membantu Menyelesaikan Sakit Badan




TEKNIK urutan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi melegakan kesakitan. Urutan ini adalah suatu seni yang digunakan sejak dahulu lagi oleh pelbagai bangsa terutama masyarakat Melayu dalam rawatan tradisional

Mereka yang pakar dengan urutan lazimnya akan tahu bahagian yang mana wajar diurut dan urat yang berkaitan kawasan yang sakit. Terdapat penyakit yang boleh diatasi dengan kaedah urutan kaki mahupun urutan badan

Sebenarnya, teknik urutan yang boleh dilakukan sendiri apabila terasa sakit seperti sakit kepala dan lenguh badan. Jangan terlalu bergantung dengan ubat tahan sakit yang sebenarnya hanya bersifat sementara dan lebih membimbangkan boleh memberikan kesan sampingan dalam jangka masa panjang

Apa yang penting sebelum mengurut, perlu mencari urat yang betul kerana tidak semestinya urutan dilakukan di bahagian yang sakit. Sekiranya tersalah urat, urutan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami demam, lebam atau bengkak pada bahagian terbabit

Sekiranya seseorang mengalami sakit kepala atau perut, tidak semestinya bahagian berkenaan perlu diurut. Ini kerana sakit berkenaan mungkin berpunca di bahagian lain seperti sakit perut berpunca di bahagian belakang badan. Justeru, bahagian belakang perlu diurut bagi mengatasi masalah sakit di bahagian perut atau sakit di sebelah kanan tangan, tetapi yang perlu diurut adalah di bahagian tangan kiri

Sekiranya sakit pada bahagian kepala atau migrain, cubalah urut di bahagian ibu jari menggunakan jari atau alat tumpul seperti dahan pokok ciku yang sering digunakan orang tua dahulu. Urat di bahagian ibu jari kaki berhubung dengan urat di sekitar bahagian kepala yang mana urutan pada urat berkenaan dapat melegakan kesakitan apabila aliran darah menjadi lebih lancar

Sakit kepala juga boleh dilegakan dengan mengurut atau memicit bahagian bawah ibu jari tangan selama beberapa minit

Mereka yang sering mengalami serangan asma atau lelah pula boleh mencuba mengurut urat yang terletak pada bahagian kaki iaitu di tengah antara jari telunjuk dan ibu jari kaki. Urat berkenaan berkaitan dengan salur pernafasan yang apabila ditekan memberikan kesan melegakan pernafasan


Urutan dan teknik memicit melegakan sakit

Urut perlahan-lahan di kawasan berkenaan menggunakan jari dan minyak urutan bagi mengelakkan kulit melecet. Selain kepala, urat berkaitan belakang bahagian badan dan punggung banyak di bahagian telapak kaki. Sekiranya sakit atau lenguh badan, kita memang sukar mengurut sendiri bahagian belakang atau punggung. Caranya adalah dengan mengurut bawah telapak kaki di bahagian melengkung yang dapat melegakan sakit pinggang. Urut dengan cara menekan dan tarik ke atas pada bahagian berkenaan atau di bahagian luar telapak kaki



Urut bawah telapak kaki bawah telapak kaki di bahagian melengkung yang dapat melegakan sakit pinggang

Mengurut atau menekan bahagian tumit juga boleh membantu melegakan sakit kembung perut dalam kalangan bayi atau kanak-kanak. Selain itu, urutan pada tumit juga boleh menghilangkan lenguh pada punggung akibat duduk terlalu lama atau duduk di atas permukaan keras

Urutan pada bahagian telapak kaki (bahagian yang melengkung) juga dikatakan baik untuk mereka yang mengalami penyakit kencing manis

Badan lenguh dan sakit turut berpunca daripada angin yang terdapat di dalam badan. Amalan makan benda sejuk dan masam boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan angin yang berlebihan. Oleh itu, jaga cara pemakanan dengan mengurangkan makanan terutama yang berasid untuk kekal sihat

Walaupun kaedah urutan ini banyak memberikan manfaat untuk mengembalikan kesegaran tubuh, pesakit perlu mendapatkan mereka yang pakar mengurut. Urutan yang tidak betul boleh mengakibatkan pesakit demam atau mengalami lebam dan bengkak pada tubuh. Waktu urutan terbaik adalah pada sebelah pagi dan sekurang-kurangnya sejam selepas sarapan atau petang sebelum matahari terbenam

Ini kerana urat masih lembut di sebelah pagi dan petang kerana berada pada kedudukan `rehat' berbanding di sebelah tengah hari di mana urat sedang tegang. Bahan pelincir atau pelembap kulit diperlukan untuk mengurut tetapi yang terbaik adalah dengan menggunakan minyak kelapa bagi memastikan urutan lancar


Pendinding diri sebelum melakukan urutanBismillah (tiga kali)Selawat nabi (tiga kali)Surah Yaasin (ayat 82)Buat huruf Alif Lam pada tapak tangan kanan menggunakan jari kelingking
Waktu terbaik untuk urutanPagiPetang
Waktu larangan mengurutTengah hari (12 hingga 1 petang)

Jika ingin mengurut kaki boleh terus datang ke Brace Men Reflexology di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan dan jika ingin mengurut badan boleh terus ke Brace Men Spa di Machang, Kelantan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2018/12/urutan-brace-men-membantu-menyelesaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebaikan Urutan Kaki Di Brace Men Reflexology

Kebaikan Urutan Kaki Di Brace Men Reflexology

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 821 hits
Urut tapak kaki sebelum tidur dan rasai kesannya apabila bangun esok pagi 1 Melancarkan Aliran DarahUrutan di tapak kaki secara teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum Selain itu aliran darah yang baik dan lancar...
Kitsui Membantu Pengurusan Berat Badan Berlebihan

Kitsui Membantu Pengurusan Berat Badan Berlebihan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 1186 hits
Kitsui Membantu Pengurusan Berat Badan BerlebihanHai semua Pada masa sekarang terdapat banyak produk minuman dan makanan tambahan yang mana dapat membantu dalam proses penurunan berat badan Yang pastinya jangan terburu buru untuk mengambil ...
Baca Dan Tiupkan Doa Ini Ke Badan Yang Sakit Insya Allah Lekas Sembuh

Baca Dan Tiupkan Doa Ini Ke Badan Yang Sakit Insya Allah Lekas Sembuh

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 327 hits
Rasulullah SAW memiliki doa doa tertentu dalam kegiatan kegiatan setiap harinya bahkan saat sedang sakit Imam an Nawawi dalam al Adzkar an Nawawi menyebutkan sebuah riwayat dari Aisyah RA istri Rasul SAW bahwa saat Rasul hendak tidur Rasul ...
Cara Cara Mengurangkan Sakit Badan Dengan Lebih Cepat Selepas Bersenam

Cara Cara Mengurangkan Sakit Badan Dengan Lebih Cepat Selepas Bersenam

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 763 hits
Trend sekarang memang ramai mula sedar akan kepentingan untuk bersenam Tapi yang tak berapa best bila bersenam ni ialah rasa sakit badan selepas bersenam Jadi bila dah rasa sakit badan maka ramailah yang menghentikan rutin bersenam ni Takna...
Brace Men Reflexology Kesedapan Anda Keutamaan Kami

Brace Men Reflexology Kesedapan Anda Keutamaan Kami

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 409 hits
Juru Terapi Brace Men ReflexologyBismillah Alhamdulillah hampir sebulan Brace Men Reflexology beroperasi di Wakaf Che Yeh Kota Bharu Jika di lihat kehadiran pelanggan yang mencuba perkhidmatan urutan kaki di Brace Men sangat mengalakkan Keb...
Lunavie Premium Postpartum Abdominal Binder Membantu Kembalikan Bentuk Badan Asal

Lunavie Premium Postpartum Abdominal Binder Membantu Kembalikan Bentuk Badan Asal

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 367 hits
LUNAVIE PREMIUM POSTPARTUM ABDOMINALBINDER MEMBANTU KEMBALIKAN BENTUK BADAN ASALMemakai Bengkung adalah perkara paling penting perlu dilakukan oleh ibu ibu yang baru lepas bersalin untuk memastikan bahagian perut dan abdomen dapat pulih sep...
Bagaimana Mengenal Gangguan Jin Di Dalam Atau Luar Badan

Bagaimana Mengenal Gangguan Jin Di Dalam Atau Luar Badan

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 445 hits
Jin adalah makhluk yang diciptakan Allah sama seperti manusia Mereka adalah makhluk yang diberati dengan hukum syarak Oleh kerana mereka adalah makhluk yang diberati dengan hukum syarak ini bermaksud jin adalah sama seperti manusia Mereka m...
Petua Menghilangkan Bau Busuk Badan

Petua Menghilangkan Bau Busuk Badan

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 246 hits
Untuk menghilangkan bau busuk badan gunakan air rebusan daun inai ketika mandi dan gosokkan daun inai itu keseluruh badan terutama di bawah ketiak untuk beberapa minit kemudian barulah dibersihkan dengan air Sumber Buku panduan petua untuk ...
Anda Berdengkur Gout Bukan Sakit Yang Boleh Dibiarkan Anda Wajib Tahu Fakta Ini

Anda Berdengkur Gout Bukan Sakit Yang Boleh Dibiarkan Anda Wajib Tahu Fakta Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 522 hits
KAJIAN terbaharu Pusat Penyelidikan dan Latihan Epimologi Klinikal Universiti Boston Amerika Syarikat mendapati sindrom tidur obstruktif seperti dengkuran kuat meningkatkan risiko gout bengkak sendi dan alahan Gout adalah masalah bengkak se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities