Anda Berdengkur Gout Bukan Sakit Yang Boleh Dibiarkan Anda Wajib Tahu Fakta Ini


KAJIAN terbaharu Pusat Penyelidikan dan Latihan Epimologi Klinikal, Universiti Boston, Amerika Syarikat mendapati sindrom tidur obstruktif seperti dengkuran kuat (sleep apnea) meningkatkan risiko gout, bengkak sendi dan alahan.


Gout adalah masalah bengkak sendi dan tisu disebabkan pengumpulan kristal asid urik, iaitu bahan kumuh protein yang perlu dibuang menerusi air kencing.

Ketua penyelidik institut berkenaan, Yuqing Zhang, berkata kajian mendapati gangguan tidur menyebabkan pesakit tidak dapat bernafas dengan teratur, kekurangan oksigen dan mencetuskan pengeluaran asid urik berlebihan dalam pembuluh darah.

Beliau berkata, berat badan berlebihan atau obesiti menjadi punca utama menyebabkan sindrom tidur obstruktif dan gout.

Namun katanya, pertambahan berat badan menyebabkan berlakunya gangguan tidur dan perkara ini meningkatkan risiko serangan gout.

"Bahkan, ia turut menyebabkan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok dan kegagalan injap jantung," katanya.

Kajian berkenaan membabitkan 10,000 individu baru yang didiagnosis mengalami sindrom tidur obstruktif dan 40,000 individu normal daripada kelompok usia, gender dan komposisi badan sama untuk menyaksikan perbandingan kandungan asid urik dalam darah.

Keputusan kajian diterbitkan dalam Jurnal Artritis dan Reumatologi itu mendapati masalah gout dua kali lebih tinggi dalam kalangan pesakit sindrom tidur obstruktif.

Zhang berkata, sindrom tidur obstruktif turut berlaku dalam kalangan individu kurus dan mereka tidak terkecuali diserang gout, dengan risiko sehingga 80 peratus.

"Rawatan terhadap sindrom tidur obstruktif berupaya mengurangkan risiko gout. Ini menunjukkan hubung kait antara sindrom tidur obstruktif dan gout," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Penjagaan Luka, Jabatan Perubatan Am, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Harikrishna K R Nair, menjelaskan lelaki berisiko tinggi mendapat serangan gout berbanding wanita, yang berisiko tinggi terkena gout hanya selepas menopaus.

Katanya, situasi berlaku berikutan buah pinggang gagal menyingkirkan asid urik. Proses berkenaan boleh tersekat apabila asid urik, atau turut dikenali sebagai purin berlebihan, berkumpul dalam sendi atau salur kencing.

"Gout kerap berlaku selepas musim perayaan berikutan pesakit tidak menjaga corak pemakanan mereka," katanya.



Punca Serangan

- Genetik
- Kandungan asid urik dalam badan tinggi
- Masalah metabolisme
- Pengambilan ubat diuretik
- Alkohol berlebihan
- Gejala

Bengkak, merah, panas dan sakit melampau pada sendi seperti ibu jari kaki, buku lali, lutut dan pergelangan tangan.
Serangan berlaku secara tiba-tiba dan lebih kerap dalam tempoh semalaman.

Serangan pada sendi. Misalnya, geseran kertas menyebabkan pesakit menderita kesakitan. Sakit berlarutan, sekurang-kurangnya satu atau dua minggu. Sakit berulang, menyerang kembali selepas seminggu atau bulan berikutnya.

Usia - 20-an hingga 50-an

Jenis Gout

Gout kronik - pembentukan benjolan gout yang mengganggu kehidupan pesakit.

Gout akut - bengkak pada sendi dalam skala kecil dan pesakit masih boleh berjalan, melakukan kerja harian serta pulih dalam tempoh singkat.

Kandungan Asid Urik

Lelaki dewasa (3 - 7 mg)
Wanita dewasa (2 - 6 mg)
Gout (10mg ke atas)

Rawatan

1) Ubat penahan sakit - Voltaren atau Colchixine (tetapi tidak boleh diambil bersama ubat harian pesakit)

2) Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) - ibuprofen, naproxen dan indomethacin NSAID (kawal keradangan dan kesakitan pada sendi dalam tempoh 12-24 jam)

3) Halang pengeluaran asid urik - Allopurinol (Diambil dalam tempoh seminggu atau dua selepas serangan bagi mengekalkan tahap asid urik dalam darah)

4) Jaga berat badan

5) Ambil air putih sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas (anggaran dua hingga empat liter)

6) Kawal pengambilan sarapan pagi (hanya 100 hingga 150 mg asid urik setiap hari).




Makanan berisiko

1) Alkohol

Pengambilan alkohol meningkatkan tahap asid urik dalam darah. Bayangkan, pengambilan secara kerap? Ini termasuk bir dan arak.

2) Minuman berkarbonat dan jus buah

Minuman tinggi gula meningkatkan sehingga 85 peratus serangan gout terhadap lelaki. Fruktosa, nutrien merangsang pengeluaran asid urik memiliki kesan sama dengan alkohol.

Jika anda begitu berselera dengan minuman manis, kurangkan kandungan gula bagi mengelak risiko serangan.

3) Ayam, Daging

Pengambilan produk tenusu secara kerap meningkatkan risiko serangan sehingga 21 peratus. Kesan pengambilan makanan laut menyebabkan risiko sehingga tujuh peratus.

Lebih baik, amalkan makanan tambahan, minyak ikan Omega-3 yang tinggi kualiti dan bebas purin dalam diet anda.

4) Organ dalaman

Tinggi kandungan asid urik berbanding makanan lain. Pengambilan tenusu dan organ dalaman bersama perlu dielakkan berikutan boleh menyebabkan serangan gout akut.

5) Buahan manis

Tembikai dan mangga mempunyai gula fruktosa yang tinggi. Kadang-kadang pesakit tidak sedar mereka mengambil buahan berkenaan secara kerap dan menyebabkan kesakitan berulang.

6) Aspirin, Diuretik

Dos ubatan mengandungi dadah terbukti mencetuskan gout, walaupun diambil pada jangka masa pendek.

Makanan Mencegah

1) Nenas (Tinggi kandungan vitamin C)

2) Halia

3) Kunyit

4) Pegaga

5) Ceri

6) Lemon

7) Cili



Jaga pemakanan anda dan jalani cara hidup yang sihat. Gout membuatkan ramai orang menderita.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sotongkicap.blogspot.com/2018/12/anda-berdengkur-gout-bukan-sakit-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Mula Sakit Sakit Tumit Wajib Cuba 4 Cara Ni Serentak Confirm Lega

Dah Mula Sakit Sakit Tumit Wajib Cuba 4 Cara Ni Serentak Confirm Lega

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 375 hits
Informasi By rencah7 Sakit tumit bukan hanya dialami oleh wanita berusia sahaja tetapi ada sesetengah golongan muda mengalami masalah ini Sakit sebelum waktunya ini pasti buat kita rasa tertekan Masalah berat badan merupakan punca terbesar ...
Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 555 hits
Mahu anak kembar Doktor pakar sakit puan ini kongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya boleh dapatkan anak kembar Melihat telatah comel pasangan kembar pasti akan mencairkan hati siapa pun sehingga membuatkan ramai pasangan suami ister...
Kalau Anak Sakit Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut

Kalau Anak Sakit Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 430 hits
Apabila anak sakit ibu ayah mesti risau Tapi jangan sekali kali terlepas pandang 3 tanda tanda ini tindakan awal anda membawa mereka ke hospital mampu menyelamatkan nyawa Anak kecil terdedah kepada pelbagai jangkitan Sememtelah antibodi yan...
Punca Sakit Lutut Knee Pad Vken Boleh Membantu

Punca Sakit Lutut Knee Pad Vken Boleh Membantu

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 1372 hits
Punca sakit lutut selalu terjadi pada seseorang yang aktif sukan faktor berat badan berlebihan Berdiri lama banyak gunakan lutut sewaktu berkerja dan faktor usia Tanda awal sakit lutut anda mula rasa sengal lutut lipat kaki terasa sakit lut...
Petua Murah Atasi Gout Boleh Ucapkan Selamat Tinggal

Petua Murah Atasi Gout Boleh Ucapkan Selamat Tinggal

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 396 hits
Petua Murah Atasi Gout Boleh Ucapkan Selamat TinggalPenawar Gout Jangan bergantung dengan ubat kimia Jika anda ada gout cukup minum ramuan ini sekali saja
Bosan Asyik Makan Nasi Putih Ini Idea Masak 6 Jenis Nasi Tumis Yang Mak Mak Boleh Cuba

Bosan Asyik Makan Nasi Putih Ini Idea Masak 6 Jenis Nasi Tumis Yang Mak Mak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1071 hits
Asyik makan nasi putih je tak teringin ke nak masak nasi tumis seperti Nasi Minyak Nasi Tomato Basi Hujan Panas Nasi Briani dan banyak lagi yang biasa kita jumpa di majlis kenduri kahwin atau majlis keraian di Malaysia Kalau teringin anda b...
Kenapa Solat Atas Kerusi Boleh Menjadi Haram Inilah Penjelasannya Mesti Baca Rileks Media

Kenapa Solat Atas Kerusi Boleh Menjadi Haram Inilah Penjelasannya Mesti Baca Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 593 hits
Sejak kebelakangan ini semakin ramai penduduk di Malaysia umumnya mempunyai pelbagai masalah penyakit Hal ini seterusnya sedikit sebanyak telah menjejaskan kualiti ibadah terutamanya yang ingin meraih banyak pahala di bulan Ramadan Terdapat...
Waytha Moorthy Hero Chola Yang Boleh Ketepikan Perintah Mahkamah

Waytha Moorthy Hero Chola Yang Boleh Ketepikan Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 670 hits
Ekoran daripada insiden rusuhan kumpulan samseng upahan ke atas kuil Mariamman USJ25 Subang Jaya menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan di premis kuil berkenaan ia tidak akan dirobohkan meskipun mah...
Ikan Dori Banyak Manfaat Kesihatannya Otak Pun Boleh Jadi Cerdas

Ikan Dori Banyak Manfaat Kesihatannya Otak Pun Boleh Jadi Cerdas

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 522 hits
Ikan dori sering dijual dalam bentuk fillet isi ikan yang disejuk beku Isinya manis dan lembut dan cepat masak Sedap digoreng sebagai menu fish and chips yang popular Ikan Dori memiliki banyak khasiat kesihatan Manfaat paling terkenal adala...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba