Lunavie Premium Postpartum Abdominal Binder Membantu Kembalikan Bentuk Badan Asal
LUNAVIE PREMIUM POSTPARTUM ABDOMINAL
BINDER MEMBANTU KEMBALIKAN BENTUK BADAN ASAL
Memakai Bengkung adalah perkara paling penting perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk memastikan bahagian perut dan abdomen dapat pulih sepenuhnya selepas tempoh melahirkan
Pastinya ibu-ibu yang selepas melahirkan anak tu tak lari dari memakai bengkung selepas bersalin kan! Sebab Bengkung memang amat perlu untuk mengembalikan bentuk badan kita ke asal.
Tidak kiralah kita bersalin normal/semulajadi mahupun c-seksyen (czer), bengkung memang perlu untuk proses penyembuhan agar kembali kepada sediakala. So, untuk ibu-ibu tu, korang boleh lah cuba Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ni tau sebab TB dah try.. memang sedap bila dipakai, rasa macam perut tu diikat rapi, kemas, dan selesa sebab boleh adjust untuk bagi ketat atau longgar..
Heee.. sebelum baca seterusnya.. jom tengok video unboxing TB yang comel ni.. hahahaha.. perasan!
View this post on Instagram
Unboxing produk dari @mylunavie .. nantikan review TB di Blog yea.. dan insyaAllah tutorial cara guna di Youtube.. #mylunavie #lunavie #binder #shape #merryyxmas1A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on Dec 6, 2018 at 8:13pm PST
APA KELEBIHAN LUNAVIE PREMIUM POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER ?
Hanya wanita yang telah bersalin sahaja yang tahu bagaimana rasanya bila bentuk badan berubah habis dari start mengandung hinggalah bersalin.. huhu.. Tapi demi anak, takpelah mama bolat macam bola sekalipun kan.. janji anak dalam perut sihat walafiat, betul tak ibu-ibu? haha.. Waktu mengandung memang tak fikir nak jaga badan pun sebab dalam fikiran ibu-ibu ni mesti nak bagi khasiat sepenuhnya pada anak je kan.. so, kalau lapar.. jangan tahan.. pi makan.. kalau tak lapar pun.. pi makan jugak.. nanti tak makan baby dalam perut lak lapar.. haha.. so, makan punya makan.. berat pun bertambah.. dan bentuk badan pun dah tak macam dulu.. hehe..
Dulu memang risau la bila fikir macam tu... Tapi sekarang tak perlu risau sangat dah.. sebab ada macam-macam cara dan alat untuk mendapatkan kembali berat ideal dan bentuk badan yang asal.. hehehehe..
Dengan Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ni insyaAllah dapat membantu ibu-ibu yang nak dapatkan kembali bentuk badan asal selepas melahirkan baby.
Didatangkan dengan design 3 lapisan yang berfungsi untuk menguruskan, memberi sokongan pada bahagian perut dan pinggang seterusnya dapat kurangkan tekanan pada bahagian berkenaan
Yang best tu sebab ada pelekat velcro ni.. so, korang boleh adjust sendiri nak fit macam mana .. Nak ketat ke nak longgar atau biasa-biasa? terserah.. hehehe.. Mudah kan
Kelebihan memakai Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ialah ia dapat membalut perut kita dengan mampat seterusnya dapat meningkatkan aliran darah dan mengurangkan pembengkakan, kedua-duanya adalah komponen penting dalam proses penyembuhan.
Fungsi Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ialah ia menolak rahim kita dari luar, disamping membantu mengembalikan semula bentuk rahim serta kedudukannya sebelum kehamilan. Begitu juga dengan organ perut kita yang lain, tugas bengkung juga boleh membantu perut dan usus kita kembali ke kedudukan terdahulu
Haaaa.. Buat ibu-ibu yang bersalin C-Section (czer) tu, TB paling nak syor kat korang untuk cuba bengkung ni.. Sebab TB faham dan pernah rasa macam mana rasa selepas bersalin Czer ni.. Bila dibahagian perut dah berjahit.. dan perut pun masih belum kempis, tatkala berjalan, perut bergoyang-goyang dan bahagian jahit tu terasa... ergh.. ngeri nak cerita..
So, memakai bengkung adalah cara terbaik untuk mengurangkan rasa sakit pada jahitan tu, sebab perut pun tak bergoyang.. so tak terasa pun jahitan. Haaa.. pada masa ni lah korang patut cuba Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder dari Lunavie ni.. Sebab selain ia boleh membantu mengurangkan sakit di tempat jahitan akibat geseran atau pergerakan perut kita tu, Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder juga membantu dalam menyokong bahagian bawah kerana otot perut kita tidak cukup kuat untuk melakukan ini. Ini akan membantu mengurangkan tekanan dan memperbaiki postur, terutamanya semasa sesi penyusuan susu ibu
Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder adalah Bengkung yang direka untuk membantu membawa tubuh kita kembali cantik dan mempunyai bentuk asal selepas kelahiran anak
Ciri-ciri Produk :Memberi Kesan Membentuk TubuhSokongan Perut selepas bersalin (terutamanya selepas C-seksyen atau kelahiran normal)Disyorkan dalam kes-kes hernia abdomenKontur sesuai dan mudah laras ( ada pelekat velcro)Tidak ketara di bawah pakaianSIZELunavie Postpartum Binder Abdominal boleh didapati dalam 3 saiz - L hingga XXL.
Carta Saiz:L: 26 "- 34"XL: 30 "- 38"XXL: 32 "- 41"
HARGA
Lunavie Postpartum Abdominal Binder boleh didapati di website online Lunavie dengan harga RM72 sahaja. Nak direct link sila klik ke sini yea ----> https://www.lunavie.com/lunavie-premium-postpartum-abdominal-binder
PENGALAMAN PERIBADI TB SENDIRITB suka cengkaman Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ni, senang dipakai dan tak kelihatan di bawah pakaian kita, jenis bahan material dia pun sangat selesa dan ada jalur-jalur regang bergetah yang buat rasa bahagian perut TB bernafas yang membolehkan TB memakainya sepanjang hari
Disamping itu jugak, TB dapat rasa Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ni dapat memberi sokongan belakang yang TB perlukan, almaklumlah.. selepas bersalin ni pastinya ibu-ibu pun faham situasi sakit belakang tu macam mana kan.. kalau berdiri lama pun dha sakit belakang.. tambah-tambah lagi.. time bersalin tu ada cucuk kat bahagian belakang tu..
Ha.. ok lah.. harap korang puas hati baca review TB ni.. kalau nak tengok video tutorial cara pakai.. nanti TB akan share dengan korang kat sini yea.. pastikan korang tengok new update TB nanti yea..!
Oh ya.. buat bakal-bakal ibu yang nak bersalin tu.. apakata korang beli je standby satu ..Ni haa.. ada sale ni.. Sempena 12.12 !!! Dapatkan diskaun 12% pada sebarang Pembelian RM50 & ke atas. bermula dari 12 Disember hingga 15 Dis 2018, masa checkout Masukkan kod Promosi: 1212
haaa.. kalau dah ada bengkung lain pun.. beli je satu ni utnuk gilir-gilir pakai.. bagus sangat bengkung ni tau.. Untuk bakal bapa atau suami tu.. haaa.. time ni lah korang boleh happy kan isteri korang dengan Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ni kan.. dan kelebihannya korang jugak yang untuk isteri cantik molek dan bentuk badan jadi asal balik selepas bersalin.. betul tak.. untuk jaga rahim isteri jugak tu.. sila beli ye! hehe!
UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Lihat pautan media sosial Lunavie di bawah ni yea..
LAMAN WEB | FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.tengkubutang.com/2018/12/lunavie-premium-postpartum-abdominal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SharingMyCeritera+(Sharing+My+Ceritera)