Urusan Politik Tak Perlu Perjanjian Bertulis Tapi Mengapa Hadi Awang Sanggup Berbuat Demikian




Sehingga ini kedua-dua pihak, UMNO dan Pas terlihat masih sukar menerima apa yang didedahkan Tun Mahathir Mohamad semalam sebagai suatu kebenaran.


Dalam pendedahannya itu, Tun Mahathir berkata, Hadi Awang telah membuat perakuan kepadanya bahawa Pas tidak akan membantu UMNO dalam PRK Semenyih pada 2 Mac depan.


Tambah beliau lagi, perakuan Presiden Pas itu juga dibuat dalam bentuk bertulis serta bertandatangan.


Bagi UMNO, dakwaan Tun Mahathir itu adalah suatu penipuan serta pembohongan yang tidak boleh dipercayai.


Kata beberapa pemimpinnya, kehadiran pemimpin-pemimpin kanan Pas ketika penamaan calon serta telah wujud kerjasama yang mantap di peringkat cawangan, bahagian dan negeri untuk memastikan kemenangan calon BN di Semenyih adalah bukti bahawa dakwaan Tun Mahathir itu tidak boleh dipercayai.


Ada juga pemimpin UMNO yang mempersoalkan sejak bila Tun Mahathir menjadi jurucakap kepada Pas?


Dalam waktu yang sama, para pemimpin Pas juga turut menyanggah dakwaaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.


Tegas mereka, dakwaan Tun Mahathir itu sukar dipercayai, tiada kebenaran, sekadar memanipulasi pertemuan, malah menegaskan hubungan kerjasama yang sudah terjalin antara Pas dengan UMNO akan tetap diteruskan di Semenyih ini.


Maka, adakah Tun Mahathir telah berbohong?


Jika Tun Mahathir berbohong, mengapa Pas tidak segera membuat penafian, malah Hadi Awang sendiri melarikan diri ketika diserbu wartawan yang ingin meminta kepastian daripadanya?


Mudah ceritanya, adalah tidak mungkin Tun Mahathir sanggup mereka-reka cerita jika surat perakuan bertulis dan bertandatangan itu tidak ada padanya.


Kalau sampai begitu kesanggupannya, semata-mata untuk melihat Bersatu menang di Semenyih, itu tindakan bunuh diri namanya.


Dalam pertimbangan ramai, sehingga Hadi Awang sendiri tidak berani tampil menafikannya, dakwaan Tun Mahathir itu boleh dikata sesuatu yang benar dan mempunyai peratusan tinggi untuk dipercayai.


Cuma, yang menjadi tanda tanya, mengapa Pas sanggup membuat perakuan bertulis dan menandatanganinya, sedangkan ia cuma persefahaman politik dan bukan perjanjian dalam perniagaan?


Pas dalam hal ini, tentu lebih sedia maklum, melalui sekian banyak persefahaman yang pernah mereka lakukan sebelum ini, termasuk dengan DAP, semuanya tidak pernah sama sekali dibuat dalam bentuk surat bertulis.


Mana-mana pihak pun, baik pemimpin atau parti, apabila mereka mahu menjalin persefahaman, kerjasama atau perjanjian politik, tidak pernah menjadikan sebarang surat bertulis dan bertandatangan sebagai suatu keperluan.


Ini kerana persefahaman politik leboh bersandarkan kepercayaan dan ia tidak melibatkan untung rugi kewangan.


Itulah juga sebabnya mana-mana pihak yang ingin berpisah atau memutuskan kerjasama politik, cukup sekadar membuat kenyataan putus hubungan saja, tambah kukuh jika selepasnya diikuti dengan maki hamun, kata mengata dan caci cerca.


Sesudah itu, sahlah perceraian itu. Mudah saja.


Tidak seperti perniagaan, ia biasanya mesti ada perjanjian, pembahagian keuntungan, susunan kerja dan sebagainya lantaran untuk memulakannya sesuatu projek itu tentu saja memerlukan wang.


Tetapi, putusnya kerjasama politik tidaklah pernah sampai dibawa hingga ke mahkamah atau saman-menyaman yang menuntut pampasan juta-jutaan. Lagi pun modal kerjasama politik hanyalah air liur saja.


Oleh itu, agak pelik dan menghairankan mengapa Hadi Awang sanggup membuat surat bertulis dan bertandatangan kepada Tun Mahathir dalam perkara yang semata-mata berkaitan politik iaitu untuk tujuan tidak lagi membantu UMNO dalam PRK Semenyih?


Apakah keperluan Hadi Awang membuat surat tersebut hanya kerana ketakutan kes RM90 juta terbongkar dan melemahkan Pas atau beliau dan Tun Mahathir ada agenda bersama yang lebih besar daripada itu?


Adakah juga persefahaman politik yang dipersembahkan Hadi Awang kepada Tun Mahathir sudah bertukar menjadi perjanjian perniagaan yang untungnya akan dibahagi sama rata antara Pas dan Bersatu?


Siapa pula yang akan rugi nanti?


UMNO? DAP? Atau Anwar Ibrahim? (ShahbudinHusin 17/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/urusan-politik-tak-perlu-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Kita Tarik Balik Saman Maka Sungguhlah Apa Yang Sarawak Report Kata Tu Hadi Awang

Kalau Kita Tarik Balik Saman Maka Sungguhlah Apa Yang Sarawak Report Kata Tu Hadi Awang

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 535 hits
PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan ada pihak yang memujuknya supaya menarik balik saman fitnah terhadap Sarawak Report tentang dana RM90 juta Dalam sebuah rakaman video yang tersebar Abdul Hadi menjelaskan jika tindakan sa...
Tolak Tun M Merudum Ini Asakan Dap Pas Penyelamat Politik M Sia Kit Siang Perlu Jumpa A Hadi

Tolak Tun M Merudum Ini Asakan Dap Pas Penyelamat Politik M Sia Kit Siang Perlu Jumpa A Hadi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 528 hits
Kalau tak bergolak kenapa desak Tun M berundur Wan Nordin Wan Yaacob TIADA angin masakan pokok bergoyang perumpamaan ini kena dengan situasi sekarang apatah lagi yang tak makan cili tiba tiba rasa pedas melaung memekik marahkan PAS Yang men...
Hadi Awang Perlu Beri Penjelasan Segera Atau Beliau Mahu Tun Mahathir Dedahkan Surat Yang Ditandatanganinya

Hadi Awang Perlu Beri Penjelasan Segera Atau Beliau Mahu Tun Mahathir Dedahkan Surat Yang Ditandatanganinya

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 707 hits
Dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa Hadi Awang membuat perakuan kepadanya Pas tidak akan memberi sokongan kepada UMNO dalam PRK Semenyih adalah suatu tuduhan yang serius Kata Tun Mahathir perakuan itu dibuat oleh Hadi kepad...
By Withdrawing The Defamation Suit Against Clare Rewcastle Brown Hadi Awang Admits Guilt

By Withdrawing The Defamation Suit Against Clare Rewcastle Brown Hadi Awang Admits Guilt

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 402 hits
Tok Guru Hj Hadi Awang initiated the Defamation Suit in London against Clare Rewcastle Brown of Sarawak Report over her article that Hadi and some PAS leaders had received RM90 Million from former premier Najib Razak Hadi Awang has now with...
Disebabkan Urusan Jenazah Beliau Sanggup Ketepikan Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dengan Keluarga

Disebabkan Urusan Jenazah Beliau Sanggup Ketepikan Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 828 hits
BUAT MANA YANG PERLU SANGAT DULU AKU DAN JENAZAH ATAU MAKAN DULU Tahun ini sejarah bagi saya kerana masa makan besar malam TAHUN BARU CINA dengan abang aku aku di datangkan talipon untuk bantu arwah Aku melepaskan makan aku dan berurusan de...
Kerana Politik Syed Saddiq Sanggup Aniaya Rakan Sendiri Asyraf Wajdi

Kerana Politik Syed Saddiq Sanggup Aniaya Rakan Sendiri Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 896 hits
HULU LANGAT Tindakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membuat laporan polis terhadap Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris ataupun Papagoma disifatkan sebagai perbuatan yang menganiaya sahabat sendiri K...
Resepi Mudah Sup Ikan Merah Simple Tapi Sedap

Resepi Mudah Sup Ikan Merah Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 692 hits
Untuk kesekian kalinya masak sup ikan merah lagi Tah kali keberapa tak tahulah ni hehe Mula mula masak hari tu saje try and error Nak tahu mana lagi sedap diantara buat kari dengan sup Tapi kari tu my sis dekat Penang tu memang terer la Per...
Jangan Tanya Soal Keikhlasan Perawat Tapi Tanyakan Bagaimana Kesejahteraan Mereka

Jangan Tanya Soal Keikhlasan Perawat Tapi Tanyakan Bagaimana Kesejahteraan Mereka

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 335 hits
Senyumperawat com Sah sah saja ketika ada orang bertanya tentang keikhlasan perawat Tidak salah pula orang yang mempertanyakan kenapa ada perawat yang mengeluh Jangan dicibir pula pada mereka yang memberi komentar miring ketika perawat demo...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi