Hadi Awang Perlu Beri Penjelasan Segera Atau Beliau Mahu Tun Mahathir Dedahkan Surat Yang Ditandatanganinya



Dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa Hadi Awang membuat perakuan kepadanya Pas tidak akan memberi sokongan kepada UMNO dalam PRK Semenyih adalah suatu tuduhan yang serius.
Kata Tun Mahathir, perakuan itu dibuat oleh Hadi kepadanya dalam pertemuan yang berlaku semalam di Kuala Lumpur.
Malah, dakwa Tun Mahathir lagi, perakuan itu juga dibuat dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh Presiden Pas tersebut.
Tidak cukup sekadar berjanji mulut saja, rupa-rupanya ada surat bertulis sekali.
Wahhh...ini sudah benar-benar serius!!!
Benarkah semua ini Tuan Guru?
Bagaimanapun, persoalan umum yang berlegar-legar di fikiran ramai ialah, jika benar apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu, mengapakah Pas begitu cepat mahu berpaling tadah daripada meneruskan kerjasama dengan UMNO?
Tidakkah Pas sendiri menyaksikan kerjasamanya dengan UMNO itu telah membuahkan hasil kemenangan di Cameron Highlands sebelum ini dan tidak mustahil berulang lagi di Semenyih ini?
Adakah dengan tidak berkempen itu bermakna Pas mahu Bersatu menang di Semenyih kerana menganggap parti itu bukan musuh sepertimana DAP yang dihadapi bersama UMNO di Cameron Highlands lalu?
Adakah semua perkiraan ini ada kaitan dengan siasatan yang sudah dimulakan oleh SPRM terhadap beberapa pemimpin Pas berhubung dakwaan menerima wang berjumlah RM90 juta daripada Najib Razak?
Tetapi, jika dakwaan Tun Mahathir itu benar juga, mengapakah masih ada pimpinan Pas hadir memberi sokongan kepada UMNO ketika penamaan calon di Semenyih pagi tadi?
Ataukah ketika itu pimpinan Pas belum mengetahuinya lagi dan perkara itu hanya diketahui setelah didedahkan oleh Tun Mahathir?
Apakah jika dakwaan Tun Mahathir itu ternyata benar, maka selepas ini Pas akan segera menarik diri secara rasmi daripada bekerjasama dengan UMNO?
Apa pun, Hadi Awang dalam hal ini tidak boleh terlalu lewat memberi penjelasan berhubung perkara yang sedang menjadi bualan ramai ini.
Kenyataan pemimpin lain yang menafikan dakwaan Tun Mahathir itu tidak sah sama sekali kerana yang bertemu dengan Perdana Menteri ialah Hadi Awang sendiri.
Jika betul apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu, mengaku saja serta berilah sebab-sebabnya. Sekurang-kurangnya itu suatu tindakan yang jujur.
Kiranya tak betul pula, nafikanlah dengan segera. Mudah saja.
Mengapa sehingga ini setelah lebih lima jam berlalu, belum lagi ada sebarang kenyataan daripada Hadi Awang mengenainya?
Tunggu apa lagi?
Apakah Hadi Awang mahu menunggu Tun Mahathir sendiri mendedahkan surat pengakuan bertulis yang siap bertandatangan itu? (ShahbudinHusin 16/02/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/hadi-awang-perlu-beri-penjelasan-segera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 432 hits
Barangkali Pas adalah satu satunya parti politik yang pelik celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran Pas sebaliknya menjadi pelik celaru dan memeningkan...
Demi Bersatu Dan Tun Mahathir Marzuki Wajar Undur Diri Atau Jika Enggan Beliau Wajib Diundurkan

Demi Bersatu Dan Tun Mahathir Marzuki Wajar Undur Diri Atau Jika Enggan Beliau Wajib Diundurkan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 438 hits
Setiausaha Agung Bersatu merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri Marzuki Yahya akhirnya mengakui beliau tidak memiliki ijazah atau merupakan graduan lepasan Universiti Cambridge London Sebaliknya Ahli Dewan Negara itu menjelaskan ijazah pent...
Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 544 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari Kuala Lumpur Abdul Hadi tiba di pejabat Perdana Menteri kira kira jam 9 pagi dan kedua dua tokoh ber...
Hadi Jumpa Mahathir Sekali Lagi

Hadi Jumpa Mahathir Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 279 hits
Diterbitkan Hari ini 3 01 petangPresiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari Kuala Lumpur Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiakini Abdul ...
Tun M Hadi Bertemu Buat Kali Kedua

Tun M Hadi Bertemu Buat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 385 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menerima kunjungan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan Al Bukhari ibu negara Memetik laporan portal Malaysiakini Abdul Hadi tiba di pejabat tersebut kira kira puku...
Hadi Jumpa Dr Mahathir Persis Lebai Mengetuk Pintu Di Pagi Jumaat

Hadi Jumpa Dr Mahathir Persis Lebai Mengetuk Pintu Di Pagi Jumaat

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 405 hits
ULASANDALAM sebuah negara seperti Malaysia yang mengamalkan semangat federalisme pertemuan di antara dua pemimpin berbeza fahaman politik atau di antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang adalah perkara lazim dan bukan satu kesalahan meng...
Terkini Hadi Jumpa Tun M Mintak Nyawa

Terkini Hadi Jumpa Tun M Mintak Nyawa

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 633 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari Kuala Lumpur Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiakini Abdul Hadi tiba di pejabat tersebut ki...
Autoimmune Disease

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Temperature Quantum Memory The Key To Practical Quantum Networks

Change Is Coming The Mamdani Way

Avoid Racial Speculations In Merit Based Military Promotions Saifuddin

Ramai Blogger Kian Menyepi Diri

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah