Tolak Tun M Merudum Ini Asakan Dap Pas Penyelamat Politik M Sia Kit Siang Perlu Jumpa A Hadi





Kalau tak bergolak, kenapa desak Tun M berundur? -Wan Nordin Wan Yaacob


"TIADA angin masakan pokok bergoyang," perumpamaan ini kena dengan situasi sekarang, apatah lagi yang tak makan cili tiba-tiba rasa pedas, melaung memekik marahkan PAS.
Yang menjadi sasaran di PRK Semenyih juga PAS walau PH lawan BN, Bebas dan PSM secara mutlak.Tak nampak PH serang BN seperti sebelum ini, mengungkit-ungkit kisah silam BN, tetapi yang menjadi fokus utama PAS.Pelik lagi ajaib, malah Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula dilihat amat bersungguh menafikan berlaku pergolakan dalam Pakatan Harapan, walaupun PAS hanya menyatakan partinya menghidu semacam satu usaha menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.Kenapa Anwar yang (kalau tidak kena mengena) harus menyerang dan mendakwa PAS bohong jika hakikatnya tidak berlaku perpecahan?Dari kata-kata Anwar, jelas kelihatan beliau marah kepada PAS selepas Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan mendedahkan "ada perkara yang tak kena dalam PH".Anwar sebelum ini ada menyebut bahawa beliau akan menjadi PM (menggantikan Mahathir) dalam jangkamasa tidak sampai dua tahun seperti yang dijanjikan sebelum ini.Maknanya ada usaha dalam kalangan kumpulan pro-Anwar dalam PH berusaha mahu memastikan Presiden PKR itu menggantikan Mahathir secepat mungkin.Tidakkan Mahathir tahu hal ini, dan tidakkah umum juga tahu usaha ini kerana pergolakan dalam pemilihan PKR sebelum ini antara kem Rafizi Ramli dengan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali adalah juga kerana isu Anwar mahu dinobat sebagai PM secepat mungkin menggantikan Mahathir?Bayang-bayang Mahathir sebenarnya sentiasa menghantui Anwar, dan episod kali ini lebih terbuka sifat perangnya kerana Anwar dan kumpulannya secara terang menongkah arus berdepan Mahathir.Sebagai orang lama dalam politik, Mahathir dapat menghidu semua pergerakan ini dengan "mashinery" yang ada, malah pada tahun 1998 sebelum isu skandal Liwat Anwar sekalipun, ia juga telah terhidu dek Mahathir akan gerakan "bawah tikar" oleh Anwar yang ketika itu Timbalan PM.Anwar lupa, PAS banyak berjasa kepadanya semasa aksi Reformasi 1998 membawa kejayaan mengecilkan majoriti BN pada PRU 1999 semasa difitnah sebagai peliwat oleh Tun M.Namun Anwar lupa semua itu, malah Anwar lupa bahawa PAS amat mengenali batang tubuh Anwar dengan sikap politiknya.Anwar tak mampu menyimpan kemas rahsianya apabila sekutu baiknya sejak zaman PR hingga PH lagi iaitu DAP telah mendedahkan wajah sebenar kem Pro Anwar.Lihat DAP Johor memulakan langkah dengan mendesak Mahathir melepas jawatan segera atas alasan tidak seaspirasi dalam manifesto PH.Nah, inikan "retak", mahu bukti lagi, para penyokong kedua belah pihak harus melihat siri-siri ucapan antara Anwar dan Mahathir juga sekutu-sekutunya.Nah yang nak disalahkan dan diserang PAS kenapa?Seorang sahabat penulis menulis dalam laman sosialnya berbunyi "Kebiasaannya, orang yang salah dia akan gelabah dan berubah menjadi agresif"...Tepat pada maksud dan senario yang berlaku ketika ini, walau Anwar nafikan, kerana cemas dan takut perancangan telah dihidu sang ketua yang telah bertemu dan berbicara bersama PAS.Adegan selepas ini lebih menarik, maka bermula lah tayangan filem hebat untuk ditonton sambil mengunyah "popcorn" perisa karamel. –HARAKAHDAILY 20/2/2019
Kronologi asakan DAP terhadap Tun M -Dr Kamarulzaman Yusof(1) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 13 Jun 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa tindakan Tun Daim Zainuddin memanggil Tun Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin tidak melampaui bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan adalah “tidak betul dan bercanggah dengan kedaulatan undang-undang”.(2) Wong Kah Woh, Ahli Parlimen Ipoh Timur, 2 Julai 2018: Kegagalan Tun Dr Mahathir melantik Chong Chieng Jen dan Nga Kor Ming sebagai Menteri adalah “tidak berpatutan”.(3) Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, 6 September 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai kenaikan kadar gaji minimum sebanyak RM50 adalah “satu penghinaan kepada 15 juta tenaga kerja di Malaysia”.(4) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 8 Oktober 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa kerajaan tidak menetapkan had masa tertentu bagi memansuhkan Akta Hasutan adalah “sangat dikesali”.(5) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 18 Oktober 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Manifesto Pakatan Harapan menjadi beban yang besar kepada Pakatan Harapan adalah tidak tepat.(6) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 10 Disember 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa pilihan raya tempatan akan membawa kepada konflik perkauman dan meluaskan jurang bandar-desa adalah tidak kena pada tempatnya dan hanyalah satu andaian beliau sahaja.(7) Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, 11 Disember 2018: Tun Dr Mahathir mungkin tidak mempunyai maklumat yang betul bila menyatakan bahawa pilihan raya tempatan akan membawa kepada konflik perkauman dan meluaskan jurang bandar-desa.(8) Ronnie Liu, Setiausaha DAP Selangor, 12 Disember 2018: Jika pemimpin Umno adalah sampah yang tidak berguna, saya berharap Tun Dr Mahathir tidak akan menjadi seorang pengutip sampah dan memasukkan mereka ke dalam Bersatu. (9) Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, 14 Disember 2018: Semua kemajuan dalam usaha anti-rasuah akan terbatal dan terjejas jika kepimpinan politik gagal memberikan komitmen kepada matlamat menukar Malaysia daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara berintegriti dengan menerima masuk Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-Ketua Bahagian Umno ke dalam PH.(10) Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka, 16 Disember 2018: Penerimaan masuk bekas-bekas pemimpin dan ahli Umno ke dalam PH adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat dan ahli-ahli PH yang telah berjuang melawan rejim BN.(11) Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi, 13 Februari 2019: Saya tidak fikir penyokong-penyokong PH mengundi kita untuk melihat Umno 2.0 kembali berkuasa.(12) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 13 Februari 2019: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa 7 Ahli Parlimen Umno yang diterima masuk ke dalam Bersatu telah berubah adalah tidak betul.(13) Ronnie Liu, Setiausaha DAP Selangor, 13 Februari 2019: Adalah sangat menyedihkan apa yang Tun Dr Mahathir sedang lakukan, menerima masuk sampah seperti ini.(14) Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan, 17 Februari 2019: Kemasukan Bersatu ke Sabah dan penerimaan masuk ahli-ahli Umno ke dalam Bersatu perlu dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. (15) Dr Boo Cheng Hau, Ahli Jawatankuasa DAP Johor, 19 Februari 2019: Tun Dr Mahathir perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana tidak mempunyai keyakinan ke atas diri sendiri dan ke atas Manifesto PH. - HARAKAHDAILY 20/2/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada cubaan merudumkan Tun M? Pertemuan Tun M-PAS, adakah untuk menyelamatkan Tun M, atau Melayu..  atau Islam? Adakah Tun M mula akui PAS, Abdul Hadi, atau Islam akan menjadi penyelamat Malaysia?Elok juga DAP/Kit Siang/Guan Eng berjumpa Abdul Hadi..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/02/tolak-tun-m-merudum-ini-asakan-dap-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 435 hits
Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak l...
Pas Bersama Tun M Jika Kafir Dap Sekutu Khianati Beliau

Pas Bersama Tun M Jika Kafir Dap Sekutu Khianati Beliau

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 363 hits
MARANG Surat perakuan bertulis berbentuk contoh yang diserahkan PAS kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Pengerusi BERSATU itu jika berlaku pengkhianatan daripada mana mana pa...
Presiden Pas Kunjungi Tun M Politik Matang Pas Lebih Terbuka

Presiden Pas Kunjungi Tun M Politik Matang Pas Lebih Terbuka

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 400 hits
Politik tanah air riuh rendah seketikaRIUH rendah seketika suasana politik tanah air ekoran kunjungan hormat YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS ke pejabat YAB Tun Mahathir baru baru ini Budaya politik matang dan sejahtera yang digagaskan o...
Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 381 hits
Barangkali Pas adalah satu satunya parti politik yang pelik celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran Pas sebaliknya menjadi pelik celaru dan memeningkan...
Amaran Keras Lim Kit Siang Bela Dan Akur Dengan Lim Guan Eng Atau Dap Akan Kuburkan Kerajaan Pakatan Harapan

Amaran Keras Lim Kit Siang Bela Dan Akur Dengan Lim Guan Eng Atau Dap Akan Kuburkan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 550 hits
Lim Kit Siang yang merupakan Supremo DAP dan pada masa yang sama SUPREMO PAKATAN HARAPAN telah memberikan kata dua kepada Mahathir dan pemimpin pemimpin Melayu dalam Kerajaan Pakatan Kata Lim Kit Siang dia tidak akan teragak agak untuk meng...
Terkini Hadi Jumpa Tun M Mintak Nyawa

Terkini Hadi Jumpa Tun M Mintak Nyawa

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 535 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari Kuala Lumpur Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiakini Abdul Hadi tiba di pejabat tersebut ki...
Kit Siang Ibarat Cacing Kepanasan Bila Melayu Makin Sedar Dap Anti Islam

Kit Siang Ibarat Cacing Kepanasan Bila Melayu Makin Sedar Dap Anti Islam

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 476 hits
4 Jamadilakhir 1440H Sabtu Pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP Lim Kit Siang umpama cacing kepanasan apabila orang Melayu semakin membenci parti itu selepas menyedari agendanya yang anti Islam kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Ra...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord