Urusan Beli Tanah Secara Tunai


URUSAN  BELI TANAH  SECARA TUNAI (Cara Bayar & Dokumen Diperlukan)

PANDUAN URUSAN  BELI TANAH  SECARA TUNAI
1. Anda perlu pastikan tanah tersebut mempunyai geran asal.Jika anda gagal melihat geran asal. Jangan buat sebarang bayaran.
2.Untuk tujuan melindungi pihak anda, lantik la peguam hartanah yang berpengalaman.
3. Cara pembayaran paling selamat adalah melalui peguam sebagai stakeholder



PROSEDUR BELI TANAH  SECARA TUNAI
i) PROSEDUR PENYAKSIAN
Prosedur ini adalah pembeli dan penjual bersama-sama mengisi borang pindah milik iaitu Borang 14A Kanun Tanah Negara (PINDAHMILIK TANAH, BAHAGIAN ATAU PAJAKAN). Prosedur penyaksian boleh dilakukan di hadapan peguam atau pentadbir tanah. Untuk makluman, jika  geran berstatus Tanah Simpanan atau Rezab Melayu, penyaksian mestilah di hadapan pentadbir tanah.
Selepas prosedur ini, pembeli akan dapat beberapa dokumen penting seperti geran asal , pelan ukur yang mesti kena ada sekali dengan geran, borang 14A, dan resit pembayaran cukai tanah.
Jangan lupa Borang Permohonan Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (Borang PDS 15) untuk ditandatangani oleh penjual dan pembeli untuk memudahkan urusan di LHDN.

DOKUMEN BAGI PROSEDUR PENYAKSIAN
Kad Pengenalan PENJUAL dan PEMBELI Geran hakmilik yang ASAL Borang 14A (Wajib diisi dengan PEN DAKWAH BASAH HITAM atau DITAIP sahaja) Sila bawa Sijil Kelahiran Asal jika melibatkan tanah rezab Melayu Lampirkan Surat Pemegang Amanah jika berkaitan Lampirkan Surat Kebenaran Pindah Milik/Gadaian jika geran tercatat Sekatan-sekatan Kepentingan / Kaveat (Surat kebenaran dari pejabat tanah mengata kan pemohonan urusan jual beli tanah di luluskan oleh pengarah ) kalau surat ni hilang anda di haruskan buat laporan polis kerana ni antara dokumen penting untuk proses tukar nama.
 
Kalau semua ada, selepas isi, disemak dan semuanya betul, Borang 14A tersebut akan ditandatangani oleh semua penjual, pembeli dan peguam/pentadbir tanah.
 
(ii) PROSEDUR TAKSIRAN DUTI SETEM LHDN
Prosedur ini  kedua mengambil masa biasanya dua minggu untuk diselesaikan. Borang Permohonan Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (Borang PDS 15) ini boleh diserahkan oleh sesiapa sahaja atau wakil ke pejabat LHDN.
DOKUMEN BAGI PROSEDUR TAKSIRAN DUTI SETEM LHDN
Borang PDS 15 yang diisi dan ditandatangani pembeli/penerima dan penjual/pemberi (Pastikan alamat pembeli/penerima betul kerana surat taksiran LHDN akan dihantar ke alamat tersebut) Salinan Borang 14A Salinan geran Salinan kad pengenalan semua pembeli/penjual Selepas penyerahan dokumen, anda kena tunggu surat Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah yang akan menyatakan jumlah duit setem yang perlu dijelas. Biasanya surat ini akan sampai dalam tempoh dua minggu selepas penyerahan dokumen.
Anda boleh semak status taksiran hartanah secara online di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan menggunakan no. Adjudikasi atau nombor kad pengenalan.
Untuk panduan, berikut adalah nilai taksiran peratusan duti setem :
RM 100,000 pertama = 1%
RM 100,001 hingga 500,000  = 2%
RM 500,001 dan selebihnya  = 3%
 
Setelah menerima surat notis taksiran, anda hendaklah membayar duti setem di pejabat LHDN dalam tempoh 30 hari. Anda juga boleh membayar secara online dan mencetak Sijil Setem untuk diberikan kepada pejabat tanah.
 
Untuk peringatan anda, jika  lewat membuat bayaran , anda akan dikenakan penalti di bawah Seksyen 47A, Akta Setem 1949 sebanyak RM25.00 atau 5% daripada nilai duti, yang mana lebih tinggi jika disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas tempoh masa untuk setem.
Penalti akan bertambah sekali ganda jika dibuat selepas tempoh 3 bulan tetapi sebelum 6 bulan daripada masa tersebut. Jika selepas 6 bulan penalti akan bertambah sekali ganda lagi. .
 
(iii) PROSEDUR PENDAFTARAN/GERAN 
Proses ini dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar di mana hak milik hartanah tersebut dikeluarkan. Ia melibatkan penyerahan dokumen-dokumen berkaitan kepada pihak pejabat tanah sebelum geran baru/perubahan dikeluarkan/dibuat. Dokumen boleh diserahkan oleh pembeli atau wakil.
DOKUMEN BAGI PROSEDUR PENDAFTARAN/GERAN 
Borang 14A asal Hakmilik/Geran asal Sijil Setem LHDN Notis Taksiran LHDN asal Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang penjual/pemberi Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang pembeli/penerima Salinan resit/bil Cukai Tanah Tahun Semasa Salinan resit/bil Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa atau surat/resit pengesahan Majlis Bandaran  
Cukai Tanah Tahun Semasa boleh disemak di pejabat tanah.
Cukai Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa pula boleh diambil di Majlis Bandaran.
Jika hartanah tersebut belum dikenakan cukai pintu, sila dapatkan surat pengesahan tersebut daripada Majlis Bandaran.
Sekiranya pindah milik melibatkan hartanah tertentu atau individu khas, beberapa dokumen tambahan perlu disertakan, iaitu :
Sijil Kelahiran Pembeli/Penerima – jika melibatkan Tanah Rezab Melayu Surat Pemegang Amanah – jika melibatkan bahagian tanah tidak mencukupi atau penerima tidak cukup umur Salinan Surat Kuasa Wakil dan berdaftar di pejabat tanah – jika melibatkan kuasa tertentu Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri – jika melibatkan pihak berkuasa negeri seperti pembelian rumah kos rendah Surat Kebenaran Pemegang Gadaian – jika melibatkan hartanah yang masih digadai Surat Kebenaran Pemegang Kaveat – jika melibatkan hartanah yang ada sekatan kaveat Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan – jika pindah milik melibatkan suami isteri Salinan Sijil Kelahiran – jika pindah milik melibatkan anak-beranak/adik-beradik Jika pindakmilik melibatkan hartanah syarikat – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika pindakmilik melibatkan pertubuhan – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan carian Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK, Akta Perlembagaan pertubuhan serta minit mesyuarat berkaitan.  
Setelah dokumen lengkap, anda perlu membuat bayaran pendaftaran. Berikut adalah contoh bayaran pendaftaran untuk negeri Selangor :
Nilai Taksiran
Tidak melebihi RM50,000 = RM50
RM50,001 – RM200,000 = RM200.00
RM200,001 – RM500,000 = RM 400.00
RM500,000 – RM1,000,000 = RM500.00
Melebihi RM1,000,000 = RM1,500.00
 
Perlu diingatkan penyerahan semua dokumen dalam prosedur  ketiga ini hendaklah dilakukan dalam tempoh 3 BULAN DARI TEMPOH PENYAKSIAN BORANG 14A. Sebab itulah proses pada langkah kedua (duti setem) perlu dilakukan segera.
Jika penyerahan dokumen dalam proses ketiga ini dilakukan selepas 3 bulan dari tempoh penyaksian, anda akan dikenakan penalti SEKALI GANDA daripada nilai bayaran pendaftaran pindak milik di atas.
 
Selepas selesai urusan pembayaran pendaftaran, anda diberi resit dan penyata perserahan pejabat tanah. Dalam tempoh 3 hingga 7 hari, hakmilik atau geran baru akan dikeluarkan. Anda perlu membawa Penyata Perserahan untuk mengutip geran .
Untuk peringatan, anda akan di denda pungutan lewat kecuali Hakmilik Strata  jika tidak menuntut geran dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh pendaftaran pindahmilik.

KEBAIKAN URUSAN  BELI TANAH  SECARA TUNAI

1. Urusan lebih cepat dan mudah.
2.Berpeluang untuk dapatkan harga tanah yang lebih murah jika pandai berbincang dengan penjual
3.Berpeluang untuk belajar sendiri proses jual beli tanah
KELEMAHAN URUSAN BELI TANAH SECARA TUNAI
1.Risiko kerugian wang tunai sekiranya berlaku penipuan
2.Proses lambat sekiranya anda kurang ilmu tentang urusan beli tanah secara tunai
3.Kepentingan anda tidak dilindungi sepenuhnya sekiranya tidak melantik peguam hartanah.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari : https://ptg.selangor.gov.my/
 
ARTIKEL LAIN
CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH
CARA  PECAH TANAH LOT GERAN INDIVIDU
CARA BELI TANAH LOT(Cara Pilih Lot Rumah)
CARA BACA  GERAN TANAH
The post URUSAN  BELI TANAH  SECARA TUNAI (Cara Bayar & Dokumen Diperlukan) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/urusan-beli-tanah-secara-tunai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan di Dewan Rakyat yang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memohon ganjaran hadia...
Calon Dun Machap Jaya Janji Selesai Isu Tanah Pajakan 99 Tahun

Calon Dun Machap Jaya Janji Selesai Isu Tanah Pajakan 99 Tahun

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 340 hits
Pengundi DUN Machap Jaya perlu mengembalikan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri 20 November ini Calon DUN Machap Jaya Law Bing Haw berkata pemberian mandat semula kapda kerajaan PH amat penting terutama untuk mene...
6 Sertifikat Tanah Sang Ibu Digelapkan Nirina Sebut Art Manfaatkan Kelemahan Keluarga

6 Sertifikat Tanah Sang Ibu Digelapkan Nirina Sebut Art Manfaatkan Kelemahan Keluarga

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 189 hits
Kepercayaan mendiang ibundanya disalahgunakan sertifikat tanah diam diam dibalik nama oleh ART nya Total kerugian capai Rp17 miliar
Kasi Percuma Tanah Rm60 Juta Rumah Rm40 Juta Rm100 Juta Untuk Banduan

Kasi Percuma Tanah Rm60 Juta Rumah Rm40 Juta Rm100 Juta Untuk Banduan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 264 hits
Tun Dr Mahathir Jadi Perdana Menteri 24 Tahun Tapi Tak Dapat Rumah Atau Tanah PunArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Selain Tanah Rm100 Juta Pm Juga Hantar Nama Najib Diberi Gelaran Tun

Selain Tanah Rm100 Juta Pm Juga Hantar Nama Najib Diberi Gelaran Tun

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 245 hits
Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menghantar nama bekas Perdana Menteri itu untuk diberi gelaran Tun Sumber Agenda Daily bol...
Dia Yang Pinda Akta Beri Rumah Tanah Kepada Bekas Pm Najib

Dia Yang Pinda Akta Beri Rumah Tanah Kepada Bekas Pm Najib

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 311 hits
AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminda akta untuk membolehkan tanah dan rumah dihadiahkan kepada bekas perdana menteri Menurut Najib pindaan itu dibuat ketika Dr ...
Cara Dulu Dulu Memberi Rumah Dan Tanah Kerajaan Kepada Mantan Perdana Menteri

Cara Dulu Dulu Memberi Rumah Dan Tanah Kerajaan Kepada Mantan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 246 hits
Salepas bersara dari jawatan Perdana Menteri Almarhum Tunku Abd Rahman berpindah ke Jeddah kerana di lantik menjadi Setiausaha Agung OIC Pertubuhan Kerjasama Negara Islam yang di tubuhkan atas inisiatifnya 2 Berapa lama beliau tinggal di sa...
Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah

Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 200 hits
ROMPIN Hujan renyai mengiringi pengebumian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat Hawk 108 di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di sini malam tadi Jenazah Allahya...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta