Calon Dun Machap Jaya Janji Selesai Isu Tanah Pajakan 99 Tahun


 



Pengundi DUN Machap Jaya perlu mengembalikan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November ini.



Calon DUN Machap Jaya, Law Bing Haw (gambar, kiri) berkata, pemberian mandat semula kapda kerajaan PH amat penting terutama untuk meneruskan usaha terdahulu termasuk menyelesaikan isu pajakan tanah 99 tahun penduduk di beberapa kampung dalam DUN itu.


Katanya, isu berkenaan hampir selesai pada era pemerintahan PH namun tergendala selepas Kerajaan Negeri tumbang pada Mac 2020.


"Sebagai contoh Kampung Machap Baru dengan isu-isu yang ditimbulkan seperti isu pajakan tanah 99 tahun yang tergendala disebabkan kerajaan PH dijatuhkan


"Kerja-kerja untuk menyelesaikan isu geran tanah ini sedang dibuat, malangnya tidak dapat disempurnakan sebab kerajaan kita jatuh. Saya minta pengundi beri satu lagi peluang kepada kita dan beri mandat semula untuk teruskan kerja-kerja yang belum sempurna," katanya.


Selain itu menurut Law lagi, pelbagai dasar yang menguntungkan rakyat Melaka juga akan diteruskan oleh kerajaan PH sekiranya menang pada PRN ini.


Beliau juga mengingatkan pengundi untuk berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan. Terutama pihak manakah yang menyebabkan berlakunya pilihan raya sehingga rakyat diperjudikan di tengah-tengah pandemikCovid 19 untuk memilih kerajaan baharu.


"Kita tahu BN dan PN gagal menjaga kestabilan politik. Sebaliknya mereka yang menjadi punca ketidakstabilan politik sebab kerakusan kuasa dan bercakaran sesama sendiri.


"Hingga Melaka terpaksa mengadakan PRN dalam keadaan pandemik. Jelas mereka tidak menghiraukan nyawa rakyat serta mempertaruhkan nyawa rakyat semata mata untuk memegang kuasa semula," ujarnya.


Dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye (gambar, kanan) juga menyeru agar PH dikembalikan mandat untuk menjamin kemajuan berterusan di Melaka.


Beliau berkata, terdapat 5 DUN yang mempunyai harapan cerah untuk dimenangi oleh calon KEADILAN dan sekiranya 5 DUN itu berjaya diraih maka peluang menubuhkan semula kerajaan akan lebih luas.


"48 jam terakhir kita perlu pecut supaya peluang keemasan tidak terlepas. Ramai kata kita 50:50 di banyak kawasan dan antara DUN yang akan memegang tanggungjawab sebagai pimpinan (yang utama) ialah Machap Jaya, Kelebang, Bemban, Asahan dan Rim.


"Saya menyeru seluruh pengundi Melaka keluar mengundi pada Sabtu kerana ini peluang terbaik mengembalikan mandat rakyat kepada PH untuk membentuk kerajaan yang stabil. Kita tahu walaupun PM kata keluarga Malaysia tetapi kita lihat beliau gagal menyatupadukan gabungan mereka," katanya.


Bagi rakyat yang khuatir akan berlaku jangkitan Covid 19 pula, Dr Lee memberi jaminan proses pembuangan undi tidak akan menyebabkan kluster baharu di Melaka.


Beliau yang pernah merawat pesakit Covid berkata, virus itu tidak akan berjangkit sekiranya Prosedur Operasi Piawai yang ketat diikuti.


"Untuk Sabtu ini ada yang bimbang adakah selamat keluar mengundi?


"Saya tegaskan, saya sebagai seorang doktor pakar jantung, saya juga merawat pesakit Covid dan saya mengambil langkah-langkah SOP. Jika ikut SOP yang ketat, bila kita keluar mengundi pakai pelitup muka, ikuti jarak fizikal, kita boleh elak Covid.


"Pengundian adalah selamat, jangan kita takut dan lepaskan peluang ini. Cuma kita jaga diri, pakai pelitup muka, jarak fizikal serta guna sanitasi," katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/calon-dun-machap-jaya-janji-selesai-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Maslan Jamin Isu Tolak Calon Dun Bemban Gadek Selesai

Mat Maslan Jamin Isu Tolak Calon Dun Bemban Gadek Selesai

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 412 hits
AYER KEROH Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan isu penolakan calon oleh akar umbi Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bemban dan Gadek telah diselesaikan dalam tempoh dua hari selepas penamaan calon Beli...
Calon Ph Dun Machap Jaya Muatnaik Gambar Menyayat Hati

Calon Ph Dun Machap Jaya Muatnaik Gambar Menyayat Hati

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 212 hits
Calon Pakatan Harapan bagi DUN Machap Jaya Law Bing Haw memuatnaik gambar menyayat hati bersama seorang pengundi di kawasannya sempena kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Beliau mengakui sedih apabila mendengar kisah seorang lelaki berbangsa ...
Calon Dun Ayer Molek Tekad Selesai Masalah Banjir Sejak Bertahun Tahun

Calon Dun Ayer Molek Tekad Selesai Masalah Banjir Sejak Bertahun Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 322 hits
Masalah banjir yang melanda DUN Ayer Molek sejak bertahun tahun lalu akibat kegagalan Kerajaan Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyelenggara Sungai Punggur di Paya Redan dengan sebaik baiknya Menurut calon DUN Ayer Molek Mohd...
Prn Melaka Calon Bn Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir Sampah Di Pengkalan Batu

Prn Melaka Calon Bn Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir Sampah Di Pengkalan Batu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 245 hits
PRN Melaka Calon BN Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir Sampah Di Pengkalan Batu MELAKA Isu banjir dan masalah pelupusan sampah menjadi antara perkara yang akan diberi perhatian calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Datuk ...
Najib Sindir Mahathir Isu Tanah Langkawi

Najib Sindir Mahathir Isu Tanah Langkawi

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 299 hits
Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi Dua bekas perdana menteri terus bertelagah dalam isu ganjaran kerajaan terhadap pemegang jawatan itu Selepas diasak bertubi tubi dalam isu permohonan hartanah mewah kerajaan Najib Razak hari ini memb...
Sudah 6 Kali Jumpa Menteri Isu Satu Pentadbiran Urus Dua Sekolah Tidak Selesai Sim Tze Tzin

Sudah 6 Kali Jumpa Menteri Isu Satu Pentadbiran Urus Dua Sekolah Tidak Selesai Sim Tze Tzin

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 284 hits
Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional terserlah apabila isu satu pentadbiran menguruskan dua buah sekolah tidak selesai walau sudah mengambil masa selama setahun Lebih malang lagi menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Yze Tzin beliau telah ...
Try Test Cuba Calon Prn Melaka Umur 21 Tahun

Try Test Cuba Calon Prn Melaka Umur 21 Tahun

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 231 hits
Apa pengalaman dan kebijaksanaan yang dia ada untuk jadi calon dan berkhidmat dengan berkesan jika menang Calon muda sewajarnya dalam lengkongan 35 tahun ke atas jiwa dan mental tak koyak PH tak serius mereka utamakan calon yang boleh dicuc...
Anwar Desak Penjelasan Isu Tanah Najib Tak Puas Hati Juga

Anwar Desak Penjelasan Isu Tanah Najib Tak Puas Hati Juga

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 306 hits
AGENDA DAILY Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati berhubung isu pemberian hartanah RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendesak penjelasan daripada kerajaan Di De...
28 Calon Pn Tandatangan Aku Janji Perangi Rasuah

28 Calon Pn Tandatangan Aku Janji Perangi Rasuah

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 354 hits
WARTA RAKYAT KESEMUA 28 calon Perikatan Nasional yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka menandatangani dokumen aku janji malam ini sebagai komitmen memerangi Kesemua calon berkenaan hadir di Bilik Gerakan Utama PN di Tanjung Minyak...
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm

Importance Of Mobile Phones In Our Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Dua Kanak Kanak Lelaki Lemas Terjatuh Parit

The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization