Upwork Jana Pendapatan Dengan Kerja Online Untuk Freelancer


Agak sibuk juga saya sekarang hinggakan nak penuhi rutin menaip di blog pun terpaksa saya tangguhkan. Semuanya gara-gara kelas maya yang saya sertai. Kelas tiga bulan yang dimampatkan menjadi sebulan ini memang agak memenatkan tapi saya gembira kerana jiwa rasa terisi.  Lagi pun salah satu cara nak naikkan motivasi diri adalah dengan belajar perkara baru kan, jadi inilah yang saya tengah buat sekarang.



Salah satu perkara yang saya belajar dalam kelas tersebut adalah cara untuk jana pendapatan secara online. Seronok juga timba ilmu baru, jadi rasanya adalah baik kalau saya kongsikan ilmu yang saya dapat supaya dapat digunakan juga oleh orang lain. Diharap semoga ilmu ini dapat membawa manfaat pada yang membaca dan pada masa sama, saya juga dapat tambah sedikit pahala atas perkongsian ini.


Upwork | Jana Pendapatan OnlineSama macam Freelancer, Upwork merupakan suatu laman web kerja samada bagi majikan mencari pekerja atau buat pencari kerja mendapatkan pekerjaan. Menariknya tentang Upwork adalah kerja yang ditawarkan adalah daripada seluruh pelusuk dunia dan boleh dilakukan melalui atas talian sahaja. Samada saya mencari remote job dengan majikan yang berada di Amerika atau Eropah, saya boleh temuinya di Upwork.


Laman web Upwork sangat sesuai bagi mereka yang berminat untuk memulakan karier sebagai freelancer dengan bayaran tinggi. Ini kerana kebanyakan kerja yang diiklankan di Upwork dibayar dalam matawang Dollar malah ada juga yang dibayar dalam matawang Pound Sterling. Jadi tak mustahil kita boleh dapat kadar bayaran yang lebih berbaloi berbanding bayaran yang diterima dalam Ringgit Malaysia. 
Walaupun begitu, ada juga matawang asing yang lebih rendah nilainya turut ditawarkan di Upwork. Pendek kata kena pandai buat saringan sebelum membida kerja di Upwork. Sebelum itu, ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan sebelum awak mulakan kerjaya sebagai freelancer di Upwork.


Ada Scammer di Upwork?Persoalan mengenai scammer adalah antara isu wajib bincang bagi mengelakkan kita daripada tertipu apabila membuat kerja secara atas talian. Ini kerana penipuan atas talian lebih mudah dilakukan kerana kita tidak bertemu mata dengan majikan malah tiada juga pembinaan emosi berlaku kerana semua dilakukan daripada lokasi berbeza.


Tidak terkecuali, Upwork juga merupakan lubuk scammer tapi tidaklah banyak seperti di Freelancer. Oleh sebab itu, penting untuk kita elakkan daripada berurusan dengan scammer untuk pastikan data peribadi tidak disalah guna atau kehilangan wang ringgit. Elakkan berurusan dengan scammer dengan menggunakan kata kunci ini.



Pilih majikan yang mempunyai status payment verified berwarna hijau.


Jangan lupa untuk lihat status payment verified majikan setiap kali sebelum mula membida kerja. Ini tips mudah dan cepat untuk elakkan daripada ditipu oleh scammer. 


Cara Buka Akaun di UpworkNak buka akaun di Upwork tak susah tapi yang susahnya nak dapatkan kerja melalui Upwork. Eh, jangan putus asa awal sangat. Jom kita cuba apply dulu sebab rezeki ayam nampak di kaki tapi rezeki manusia siapa yang tahu kan? Walaupun saya belum pernah bida kerja di Upwork lagi tapi saya memang dah tak sabar nak cuba nasib. Paling penting, saya nak cuba siapkan profile terbaik terlebih dahulu supaya majikan mudah nampak kehadiran saya di Upwork.


Cara Buka Akaun Upwork1. Pergi ke laman web Upwork.
2. Daftar masuk samada menggunakan akaun Gmail atau Apple.
3. Masukkan maklumat peribadi.
4. Klik 'work as a freelancer'.
5. Tanda pada kotak Yes dan Create My Account.
6. Lengkapkan semua profile dalam kotak merah di bawah. Untuk membida kerja di Upwork, kita kena lengkapkan profile minimum 60%. Muat turun resume untuk cepatkan proses mengisi data ke dalam profile page.
7. Masukkan nombor telefon untuk proses verifikasi. Tunggu nombor kod dihantar dan masukkan ke dalam ruang pengesahan.
8. Klik Submit Profile.


 Portfolio Bantu Naikkan ProfileSetelah siap buka akaun, kita boleh lihat pada laman utama profile, ada bahagian Portfolio. Portfolio adalah lokasi di mana kita masukkan bukti kerja yang pernah dibuat. Ianya penting untuk tarik minat majikan tawarkan kerja kepada kita. Sebab itu, jangan lupa untuk muat naik beberapa contoh kerja yang pernah kita buat ke dalam ruangan portfolio sebagai bukti yang kita berkemahiran dalam bidang yang ditawarkan.


Buat  mereka yang tak pernah buat kerja yang boleh dijadikan sebagai portfolio, jangan risau. Kita boleh muatnaik hasil kerja yang kita buat secara suka-suka. Sebagai contoh, saya berminat untuk dapatkan kerja sebagai pereka bentuk logo. Jadi saya buat satu logo secara suka-suka dan hasil kerja yang telah siap saya gunakan sebagai portfolio. Jadi, peluang untuk kita dapat kerja lebih cerah.


Guna Connects sebagai BayaranAda berita buruk! Setiap kali nak bida kerja di Upwork, ada bayaran yang akan dikenakan. Matawang bagi bayaran ini dipanggil Connects. Tapi berita baiknya pula adalah Upwork beri percuma 40 Connects bagi pendaftar yang baru buka akaun dan setiap bulan seterusnya Upwork akan beri lagi 10 connects. Jadi pada bulan pertama akaun dibuka, kita akan dapat 50 Connects yang boleh digunakan untuk membida kerja.


Harga yang ditawarkan oleh majikan adalah berbeza. Ada kerja yang memerlukan 2 Connects, 4 Connects atau 6 Connects. Apabila wang kita telah habis digunakan untuk membida kerja, kita boleh beli tambahan Connects dengan harga USD0.15/connects dalam kuantiti 10, 20, 40, 60 atau 80 Connects. Connects yang tak habis digunakan pada bulan ini akan dibawa pula ke bulan seterusnya.


Bina Beberapa Profile dalam Satu Akaun UpworkUntuk jadikan profile nampak profesional, kita tentunya nak masukkan semua jenis kemahiran yang kita ada untuk tunjukkan yang kita berkemahiran dalam pelbagai bidang. Opps..seeloknya buat hanya satu kemahiran sahaja bagi satu jenis profile. Sebagai contoh, saya suka menulis, jadi saya letakkan kerjaya pilihan saya sebagai Content Writer dan kemahiran tentunya dalam bidang penulisan seperti kemasukan data, copywriting atau penulisan artikel.


Tapi jika saya ada kemahiran dalam bidang yang berbeza contohnya reka bentuk logo, jadi sebaiknya saya bina akaun profile berbeza khusus untuk dapatkan kerja dalam bidang design. Berbeza dengan Freelancer, keistimewaan ini tak dipunyai di laman web tersebut. Jadi lebih sukar untuk bida jenis kerja berbeza kerana kita cuma ada satu bidang pengkhususan saja di Freelancer. Untung kan buka akaun di Upwork?


Tapi macammana cara nak bina profile berbeza dalam satu akaun di Upwork ni? Ha, mudah saja caranya. Oh, sebelum terlupa..kita hanya boleh cipta maksimum tiga profile akaun sahaja di bawah satu alamat email yang sama. Jadi jom tengok cara untuk bina akaun tambahan ini.


Cara Bina Profile Tambahan di Upwork1. Klik Setting (di bahagian kanan atas pada gambar profile)
2. Klik Profile Setting.
3. Pada bahagian Specialized Profile, klik Add Specialized Profile.
4. Pilih Specialty dan seterusnya isi maklumat seperti awal proses membuat akaun Upwork sebelum ini.


Selesai dan kini kita boleh mula membida kerja di Upwork. Boleh pergi bahagian Find Job untuk bida kerja. Semoga selepas ini kita dimurahkan rezeki untuk dapat banyak tawaran kerja dan kita mampu untuk selesaikannya dengan sebaik mungkin. Aamiin..selamat maju jaya ya awak semua!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/11/upwork-jana-pendapatan-dengan-kerja-online-freelancer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jana Pendapatan Melalui Pelaburan Secara Pasif

Jana Pendapatan Melalui Pelaburan Secara Pasif

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 216 hits
Jana Pendapatan Melalui Pelaburan Secara Pasif Dengan Copytrade Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan sebagai kaedah untuk jana pendapatan melalui The post appeared first on
Mohon Online Pembiayaan Pinjaman Untuk Umrah Haji Dari Bsn

Mohon Online Pembiayaan Pinjaman Untuk Umrah Haji Dari Bsn

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 142 hits
Bank Simpanan Nasional bersama sama Andalusia Travel Tours Sdn Bhd dan Felda Travel Sdn Bhd telah memeterai perjanjian kerjasama untuk melancarkan pakej pembiayaan peribadi patuh syariah bagi tujuan ibadah Haji Umrah dan Ziarah Pelancaran p...
Jpka Sabah Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023

Jpka Sabah Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 253 hits
KOTA KINABALU Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian beroperasi bermula 1 Januari 2023 Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia ...
Flight Airasia Booking Online Ticket Air Asia Check In

Flight Airasia Booking Online Ticket Air Asia Check In

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 364 hits
Flight Airasia Booking Online Ticket Air Asia Check In Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang menawarkan penerbangan ke lebih 150 destinasi domestik dan antarabangsa Ianya merupakan syarikat penerbangan Malaysia BACA SIN...
Free Online Money Games For Kids

Free Online Money Games For Kids

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 228 hits
Free Online Money Games For KidsBermain game online adalah sesuatu yang menyeronokkan ditambah pula ia dapat mengaktifkan otak kita untuk berfikir menyelesaikan masalah Permainan game berbentuk kira kira atau kewangan boleh membantu anak an...
Game Online Pembelajaran Percuma Untuk Anak Anak

Game Online Pembelajaran Percuma Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 229 hits
Game online pembelajaran percuma untuk anak anak Sebagai mak ayah ni memang selalu terfikir nak bagi pembelajaran yang bagus untuk anak anak Peranan kita ni penting nak mencorakkan diorang Nak pula cara pembelajaran zaman sekarang memang be...
Booking Ticket Flight Myairline Malaysia Online

Booking Ticket Flight Myairline Malaysia Online

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 294 hits
Cara booking Myairline Malaysia ticket flight secara online MYAirline flights merupakan syarikat penerbangan milik Malaysia yang menawarkan penerbangan tambang rendah kepada pelancong BACA SINI MYAirline Malaysia ini dahulunya dikenali deng...
Coraz N Esmeralda Cap Tulos Completos Online Gratis

Coraz N Esmeralda Cap Tulos Completos Online Gratis

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 158 hits
Coraz n Esmeralda Cap tulos Completos Online Gratis Aqu una nueva Novela Coraz n Esmeralda Cap tulos Completos Online Gratis No te pierdas esta apasionante nueva Telenovela Coraz n Esmeralda Cap tulos Online en HD Aqu puedes ver todos los c...
Cara Buat Duit Online Secara Pasif

Cara Buat Duit Online Secara Pasif

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 253 hits
Cara Buat Duit Online Secara Pasif Setiap Bulan Dengan Copytrade Terdapat banyak cara untuk boleh buat duit online ini namun The post appeared first on
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U