Game Online Pembelajaran Percuma Untuk Anak Anak
Game online pembelajaran percuma untuk anak-anak.
Sebagai mak ayah ni, memang selalu terfikir nak bagi pembelajaran yang bagus untuk anak-anak. Peranan kita ni penting nak mencorakkan diorang. Nak pula cara pembelajaran zaman sekarang memang berbeza dengan zaman saya dulu-dulu.
Kita dulu belajar baca tulis semuanya dengan kaedah guna buku dan papan hitam. Pensel, kertas, gunting inilah yang kita selalu guna kan? Tapi zaman sekarang semua dah berubah.
Sangat-sangat maju dengan penggunaan peranti dan teknologi terkini. Maksud saya tu kita bukanlah mahukan anak terlalu terdedah dengan gajet. Cukuplah sekadar mereka tahu penggunaan teknologi dengan cara yang betul.
Dan tidak mahu mereka ketinggalan dengan arus teknologi sekarang. Macam contoh sekarang kita dah boleh beli peranti dan dapat pengecualian cukai. So itu yang saya gunakan kemudahan tu dan belikan untuk pembelajaran anak-anak.
Game online pembelajaran percuma
Semakin anak bijak berfikir dan bertutur, semakin kita mencari-cari apakah kaedah pendidikan yang bagus untuk diorang. Selain belajar menggunakan buku, saya ada terjumpa satu game online ni. Memang sesuai dengan mereka.
Kalau korang buka website www.mortgagecalculator.org/money-games ni ada banyak kategori games dan permainan yang best. Semuanya berkaitan dengan perniagaan, keusahawanan dan pengurusan wang. Senang cerita bukan game melalaikan tapi lebih kepada game pembelajaran secara online.
Anak-anak sekarang memang sukakan game. Macam zaman kita dulu ada juga game kan. Bezanya sekarang lagi canggihla game diorang kan. Jadi bila dah suka main game, kita perkenalkan dengan game bermanfaat.
At least adalah sesuatu yang diorang belajar kan.
Tak perlu daftar dan tak perlu download
Yang bestnya kita tak perlu daftar dan tak perlu download pun games ni. Hanya klik link tu, pilih game dan terus boleh mula permainan. Senang kan?
Bila fikir, memang leceh sikit game yang perlu daftar dan download ni. Bukan apa, nak isi form satu hal, lepas tu kalau nak download quota handphone pulak tak cukup. Terus ‘hang’ plak handphone hahaha.
Jadi bila hanya perlu klik je dan main game, senang tak banyak cerita. Dan satu lagi jimat quota di handphone. Hmm mudah betul.
Kalau ikutkan memang pelbagai games yang ada di website www.mortgagecalculator.org ni. Sebenarnya fokus utama web ini adalah money dan finance. Saya pun suka aplikasi yang ada sebab dah jadi rujukan berkenaan kewangan dan simpanan.
Rupanya ada pula diselitkan dengan games yang berkaitan kewangan juga. Memang saya galakkan anak-anak explore sebab boleh jadi informasi untuk mereka juga. Belajar game basic, untuk anak umur 4 tahun ke atas.
Ok juga tu ;).
Games yang anak-anak suka
Ha kalau korang nak tahu ada game cashier juga tau! Ha game macam ni pun ada. Anak saya suka bab-bab duit ni hahaha. Tengokla maknya pun ambil course accounting dulu-dulu.
Anak yang kecik tu rajin je main kengkonon ambil order dengan kami. “Encik nak makan apa?” “Nak minum apa?” Nah makanannya, duitnya mana?
So kiranya dari waiter merangkap cashier la ni hahaha. Makanya bila ada game cashier ni memang dia sukalah. Kena dengan minatnya.
Grocery Cashier
Haruslah anak-anak pun suka mengira hihi. Game ni bagus sebab, anak boleh mengenal apa itu harga barang. Kiranya dia pandailah nak nilaikan barang ni 7 dollar, yang tu 1 dollar. Dan diorang juga pandai kira-kira.
Contohnya jumlah harga belian tu berapa. Kalau ada voucher then kita boleh redeem, dan berapa je yang patut dibayar. Saya selalu assist diorang juga.
At least diorang faham apa game tu nak dan cara permainannya. Kalau kita tengok benda ni simple je, tapi ini kadang-kadang mendidik diorang untuk sukakan satu-satu benda tu. Semua ni indirectly tau, nanti bila diorang dah faham, korang akan nampak kesannya dalam daily life.
Contohnya kalau diorang nak beli coklat, anak saya akan cakap. Owh ibu kena ada duit RM7 untuk beli coklat tu. Cukup tak duit ibu? So kalau tak cukup diorang takkan minta saya beli.
Mudah kan? Itu yang saya cakap game ni memang mendidik kalau kita pandai carikan yang sesuai. Peringkat umur anak berbeza jadi cara pendekatan juga memang berbeza.
Jom kemas rumah
The Amazing World of Gumball Tidy Up
Yang ni pula adalah game simple. Sesuai untuk anak berumur 4 tahun ke atas. Kemas rumah hihi, memang sesuai sangat mak-mak galakkan anak pilih game ni.
Before
After! cantik kan?
Untuk game ni tak perlu try hard pun. Cuma kena tengok apa yang dirty dan mereka cuma klik di tempat tersebut 2 kali dan ianya automatik bersih.
Dan boleh beralih ke bahagian lain dalam rumah tersebut. Bagusnya game ni sebab anak-anak kan memang kena didik buat kerja rumah. Selain kemas rumah kena sapu sampah, kemas tempat tidur, buang sampah dan tolong parents.
So game ni walaupun simple tapi si kecik tu boleh cakap. Ha ni ibu ni kalau air tumpah mesti dia marah. Hahaha sabar jela wahai anak. Siapa tak marah kalau air milo tumpah atas karpet nak?
Takkan nak ibu tergelak pulak. Adehai anak-anak ibu ni.
Mari Bina jambatan
Construct A Bridge
Ok since abah diorang ni dulu adalah seorang engineer, kita ajar anak-anak bina jambatan ya. Senang je game ni, memang mudah untuk anak-anak buat.
Dalam game ni anak-anak perlu sambungkan titik-titik untuk membentuk jambatan. Ada garisan yang akan terbentuk jika ianya disambungkan dengan betul. Dan markah juga diberikan.
Sambungkan titik-titik yang ditunjukkan jari tersebut
Ha kan dah jadi jambatan tu
Kereta tu berjaya lalu di atas jambatan yang dibina, makanya lulus
Game ni selain ajar kemahiran, ia juga mengajar kesabaran. Bila anak-anak faham, ok je diorang boleh terus buat dengan baik. Dan bila jambatan siap dibina, ada kereta akan lalu untuk test jambatan tu.
Nampaknya kereta kuning tu pun berjaya melepasi jambatan tersebut. Yeay tahniah ;).
Mudah kan?
Bermain sambil belajar
Jadi kalau korang nak beri pengetahuan asas money dan finance ni bolehlah dedahkan kepada anak-anak. Selain bermain, anak-anak boleh juga belajar ilmu asas matematik, kira-kira dan kewangan.
Kaedahnya adalah bermain sambil belajar. Sambil bermain games dapat juga berkomunikasi dengan anak-anak dan lihat tahap pemahaman dan komunikasi mereka. Dan dapatla kita bonding dengan anak-anak.
Harapnya entri game online pembelajaran percuma ini bermanfaat ya.
The post Game online pembelajaran percuma untuk anak-anak appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2022/11/game-online-pembelajaran-percuma-untuk-anak-anak.html