Uptown Perda Mula Dibuka Hari Ini 6 Petang Hingga 11 Malam


Uptown Perda yang menjadi simbol serta pusat jaja kecil Melayu paling besar di bahagian Seberang Perai dibuka pada hari ini, bermula 6 petang hingga 11 malam.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Sr. Rozali Mohamud memberitahu bahawa seramai 138 penjaja dibenarkan berniaga di sini, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kalau tempat cadangan niaga sesuai untuk berniaga, kita (MBSP) memang ingin bantu untuk mengeluarkan permit (penganjuran) dengan SOP ketat untuk dipatuhi penganjur, peniaga-peniaga dan pengunjung,” jelasnya dalam Majlis Penyerahan Permit Penganjuran Uptown Perda di sini pada 21 Jun 2020.

Turut berucap, Exco Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan, Dato’ Abdul Halim Hussain yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung.Hadir sama, barisan Ahli Majlis MBSP.



Pada majlis tersebut, Rozali dan Abdul Halim menyerahkan permit penganjuran Uptown Perda kepada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Simpang Empat, Azhar Mat.

Menurut rekod Jabatan Pelesenan MBSP, Rozali menyatakan bahawa terdapat 77 pasar malam, pasar pagi (5), pasar tani/pasar hari (2) dan penganjur uptown/kendara saji (6) di bahagian Seberang Perai.

“Pembukaan pasar malam, pasar pagi/pasar hari, uptown dan kendara saji ini bukan secara automatik yang mana tempoh 9 Jun 2020 hingga 15 Jun 2020 adalah untuk penganjur membuat persediaan di tapak.

“Penganjur perlu mengemukakan cadangan pematuhan SOP kepada Jabatan Pelesenan dan sehingga kini, MBSP telah menerima 18 permohonan penganjuran, telah diluluskan (14), ditolak (2) dan masih dalam proses (2),” ulasnya.


ABDUL Halim Hussain.
Dalam pada itu, Abdul Halim memberitahu bahawa peniaga kecil termasuk mereka yang menjaja di Uptown Perda adalah digalakkan mencuba perniagaan secara dalam talian, untuk menjana kembali pendapatan yang terjejas teruk dek pandemik COVID-19 sejak Mac lepas.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri baru-baru ini memperuntukkan RM500,000 untuk saling berkolaborasi dengan Shopee dalam menyediakan platform niaga talian secara percuma kepada penduduk Pulau Pinang.

“Sajak PKP ini, tempiasnya adalah melibatkan semua, termasuk peniaga kecil serta usahawan.

“Justeru, Kerajaan Negeri cuba melaksanakan rangsangan ekonomi melalui Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 1.0 sebanyak RM75 juta antaranya dengan memberi RM500 kepada penjaja dan peniaga kecil, kemudian dalam fasa dua (Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0) sebanyak RM76 juta.

“Normal Baharu akibat COVID-19 ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM500,000 dalam bentuk baucar diskaun supaya peniaga masuk platform Shopee ini.

“Dalam tempoh dua minggu ini, 5,034 peniaga telah masuk berniaga melalui Shopee…masuk percuma dan latihan akan diberikan.

“Ini, antara yang saya minta semua peniaga cepat-cepat mendaftar, kerana melalui platform Shopee ini mereka boleh meluaskan lagi pasaran mereka selain jualan secara ‘offline’,” serunya.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/uptown-perda-mula-dibuka-hari-ini-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Selepas Dua Hari Dibuka

Kes Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Selepas Dua Hari Dibuka

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 627 hits
BAHARU dua hari kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi tetapi terdapat laporan yang mendakwa berlaku penularan Covid 19 di sebuah premis tersebut di ibu negara Badan pengurusan KL Traders Square dalam satu kenyataan semalam memberitahu ...
Khidmat Pemfailan Pendengaran Kes Dibuka Sepenuhnya Hari Ini

Khidmat Pemfailan Pendengaran Kes Dibuka Sepenuhnya Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 267 hits
SHAH ALAM 10 JUN Jabatan Kehakiman Syariah Selangor membuka semula khidmat pemfailan dan pendengaran kes bermula hari ini dengan tatacara operasi piawai ketat Agensi itu memaklumkan penjadualan semula prosiding akan dibuat bagi kes yang sud...
Hari Pertama Sekolah Dibuka Lancar Ibu Bapa Puas Hati Pelaksanaan Sop

Hari Pertama Sekolah Dibuka Lancar Ibu Bapa Puas Hati Pelaksanaan Sop

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 692 hits
Hanya 15 pelajar dibenarkan dalam satu kelas KUALA LUMPUR Hari pertama pembukaan semula sekolah bagi pelajar bakal menduduki peperiksaan awam berjalan lancar dengan ibu bapa turut berpuas hati dengan prosedur operasi standard yang dilaksana...
Tergantung Dengan Sehelai Tuala Di Besi Penghadang Katil Kanak Kanak Meninggal Dunia Pada Malam Hari Jadinya

Tergantung Dengan Sehelai Tuala Di Besi Penghadang Katil Kanak Kanak Meninggal Dunia Pada Malam Hari Jadinya

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 511 hits
Kanak kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui mati selepas dipercayai terjerut kain tuala di dalam kejadian di Kuala Nal Kuala Krai Menurut Harian Metro mayat Muhammad Adam Danish Zaidi ditemui dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala...
Harga Kereta Perodua Turun Hingga 6 0 Peratus Mulai Hari Ini

Harga Kereta Perodua Turun Hingga 6 0 Peratus Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd menjadi syarikat automotif pertama menurunkan harga semua model keluarannya antara tiga hingga enam peratus berkuatkuasa hari ini Peneraju pasaran automotif tempatan dalam satu kenyataan berkat...
Gerbang Malam Ipoh Dibuka Semula Perniaga Bergilir

Gerbang Malam Ipoh Dibuka Semula Perniaga Bergilir

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 407 hits
IPOH Kerajaan negeri hanya membenarkan 60 daripada 128 peniaga menjalankan perniagaan secara bergilir setiap hari di Gerbang Malam yang merupakan antara tarikan di bandar raya ini sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan Mente...
Selangor Bincang Sop Salun Pasar Malam Dengan Pbt Hari Ini

Selangor Bincang Sop Salun Pasar Malam Dengan Pbt Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 329 hits
SHAH ALAM 10 JUN Tatacara operasi piawai bagi membuka semula beberapa aktiviti perniagaan di Selangor akan dikeluarkan selepas perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan hari ini Dato Menteri Besar memutuskan perkara tersebut selepas mene...
Bersepeda Di Malam Hari Berbahaya Mitos Atau Fakta

Bersepeda Di Malam Hari Berbahaya Mitos Atau Fakta

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 367 hits
Ya kita ketahui bersama bahwa aktivitas bersepeda di malam hari akan terasa seru dilakukan apalagi secara rombongan Bagi sebagian orang sengaja memilih waktu malam dikarenakan mereka baru lepas dari aktivitas pekerjaan rutin harian sehingga...
Pasar Pagi Pasar Terbuka Pasar Malam Bazaria Di Selangor Dibuka Mulai Isnin Mb

Pasar Pagi Pasar Terbuka Pasar Malam Bazaria Di Selangor Dibuka Mulai Isnin Mb

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 296 hits
SHAH ALAM Pasar pagi pasar terbuka pasar malam dan bazaria di Selangor akan beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Beliau berkata prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara ke
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna