Harga Kereta Perodua Turun Hingga 6 0 Peratus Mulai Hari Ini



KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjadi syarikat automotif pertama menurunkan harga semua model keluarannya antara tiga hingga enam peratus berkuatkuasa hari ini

Peneraju pasaran automotif tempatan dalam satu kenyataan berkata, pengurangan harga itu bagaimanapun dipecahkan dua slot iaitu bermula hari ini hingga 14 Jun membabitkan pemberian rebat tunai untuk mengurangkan harga sebelum harga rendah berkenaan dikekalkan sepanjang tempoh pengurangan cukai

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata senarai harga baharu semua modelnya selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

"Walaupun tempoh pengurangan cukai bermula 15 Jun 2020, PERODUA akan memberikan rebat tunai antara tiga hingga enam peratus bagi pembelian kenderaan kami bermula hari ini

"Kami ingin mahu orang ramai mengambil kesempatan ini untuk memiliki kenderaan Perodua tanpa berasa ketinggalan. Sila kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui jumlah rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuatkuasa 15 Jun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini


Barisan model semasa Perodua merangkumi Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza

Zainal Abidin berkata, PERODUA menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD sehingga akhir tahun ini dalam usaha memulih dan menaikkan ekonomi domestik

"Rakyat Malaysia kini lebih berhati-hati dalam berbelanja ekoran COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kenderaan persendirian masih diperlukan pada masa yang sukar ini

"Pengecualian penuh cukai jualan bagi kenderaan CKD meyakinkan industri automotif, bukan sahaja pelanggan tetapi keseluruhan ekosistem yang terdiri daripada pengeluar, pembekal dan pengedar

"Seiring dengan kadar pinjaman yang rendah pada waktu ini, kami optimis langkah ini dapat mendorong penjualan kenderaan baharu," katanya

Perodua berjaya menjual 52,920 kenderaan dalam lima bulan pertama 2020, menguasai 41 peratus pasaran berbanding jumlah keseluruhan industri (TIV) yang dianggarkan sebanyak 129,401 unit setakat tahun ini

Dengan kandungan tempatan melebihi 90 peratus bagi seluruh barisan modelnya, PERODUA telah membelanjakan RM5.4 bilion tahun lalu untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan

"Sebagai pengeluar kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, kami ingin menyatakan semula komitmen kami kepada kerajaan untuk membantu industri menempuhi fasa yang sukar ini," tambah Zainal Abidin

Sementara itu, beberapa syarikat automotif lain termasuk Proton Holdings Bhd (PROTON); Sime Darby Auto Hyundai (SDAH); Mitsubishi Motors Malaysia (MMM); TC Euro Cars (TCEC); Honda Malaysia; dan UMW Toyota Motor akan mengumumkan senarai harga baharu kenderaan keluaran masing-masing dalam masa terdekat atau selewat-lewatnya awal minggu depan

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/3cO1Nlf
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/06/harga-kereta-perodua-turun-hingga-60.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Kereta Pemasangan Tempatan Dijangka Turun 7 Peratus

Harga Kereta Pemasangan Tempatan Dijangka Turun 7 Peratus

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 423 hits
KUALA LUMPUR Harga kenderaan pemasangan tempatan dijangka turun sebanyak tujuh hingga lapan peratus susulan insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Manakala harga kereta import pula dijangka dikurangk...
Harga Kereta Perodua Turun Sehingga Rm4 674 Ini Senarai Harga Baru

Harga Kereta Perodua Turun Sehingga Rm4 674 Ini Senarai Harga Baru

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 775 hits
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd hari ini mengumumkan penurunan harga semua model keluarannya antara tiga hingga enam peratus Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata senarai harga baharu semua modelnya itu selaras deng...
Senarai Harga Kereta Baru Proton Perodua Honda Selepas Insentif Penjana

Senarai Harga Kereta Baru Proton Perodua Honda Selepas Insentif Penjana

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 672 hits
SENARAI HARGA KERETA BARU PROTON PERODUA HONDA SELEPAS INSENTIF PENJANA Selepas pengumuman pengecualian cukai jualan menerusi syarikat kereta seperti Proton Perodua dan Honda masing masing telah terbitkan harga baharu kereta selepas pengumu...
Kereta H Kegilaan Wanita Turun Harga Sehingga Rm9 502 47 Ini Senarai Penuh Semua Model Honda

Kereta H Kegilaan Wanita Turun Harga Sehingga Rm9 502 47 Ini Senarai Penuh Semua Model Honda

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 1259 hits
Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pengecualian cukai jualan kereta melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang melibatkan potongan 100 bagi model pemasangan tempatan dan potongan 50 untuk model import ...
Senarai Harga Baru Kereta Perodua

Senarai Harga Baru Kereta Perodua

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 1596 hits
Senarai Harga Baru Kereta Perodua PERODUA menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD sehingga akhir tahun ini dalam usaha memulih dan menaikkan ekonomi domestik Senara...
Hari Ke 3 Baru Dapat Dak4p Anak Ardell Aryana Mvntah Dan Pengsn Banyak Turun Drah

Hari Ke 3 Baru Dapat Dak4p Anak Ardell Aryana Mvntah Dan Pengsn Banyak Turun Drah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 453 hits
Sesungguhnya besar pengrbanan seorang ibu melahirkan anak Dua hari yang lepas pelakon Ardell Aryana selamat melahirkan anak pertama selepas hampir 16 jam menahan s4kit Berita gembira dimaklumkan menerusi IG suaminya yang juga pelakon Nadzmi...
Pengecualian 100 Peratus Cukai Jualan Kereta

Pengecualian 100 Peratus Cukai Jualan Kereta

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 387 hits
Kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020 bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara Insentif pengecualian cukai...
Harga Produk Perikanan Anjlok 50 Persen Bikin Pendapatan Nelayan Turun

Harga Produk Perikanan Anjlok 50 Persen Bikin Pendapatan Nelayan Turun

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 241 hits
Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi mencatat harga produk perikanan anjlok hingga 50 persen di sejumlah pelabuhan perikanan nasional akibat terdampak virus corona
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Forgotten Empire Of Axum Africa S Ancient Powerhouse

When Did An Editorial Mistake Become A Crime

Modern Living In Moscow By Ariana Ahmad A Fusion Of Art And Function

Beige Apartment In Yekaterinburg By Alexander Tischler A Tranquil Customizable Space

Let Penang Be Your Platform Chow Pitches State As Asean Education Hub With Focus On Ai Green Tech And Chip Design

Sabah Pkr Chief Retains Division Post Predecessor Liew Shown The Door