Upt Positif Hamil Tapi Kantung Rahim Kosong Bukan Kaitkan Dengan Jin


Gembira melihat dua tanda pada alat penguji kehamilan, tapi apabila melakukan ultrasound untuk tahu perkembangan embrio, tiada apa yang dilihat. Ia mungkin berkaitan keadaan hamil kosong.
Keadaan hamil kosong Situasi wanita hamil kosong atau blighted ovum ini, turut dikenali sebagai anembryonic pregnancy.
Ia terjadi apabila perkembangan embrio tidak berlaku seperti biasa atau terhenti sehingga meninggalkan kantung kehamilan kosong.
Umumnya, punca berlakunya keadaan ini masih tidak dapat dipastikan, tetapi dipercayai kerana kelainan kromosom pada telur yang disenyawakan menurut Hello Doktor.
Kehamilan tanpa embrio ini biasanya berlaku pada awal tempoh mengandung – adakalanya sebelum anda menyedari diri berbadan dua.
Berlaku keguguran Masalah hamil kosong ini menjadi punca kepada 1 daripada 2 keguguran pada trimester pertama kehamilan.
Keguguran adalah keadaan di mana kehamilan berakhir dengan sendirinya dalam tempoh 20 minggu pertama.
Bagi wanita hamil, telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim. Dalam tempoh kehamilan 5 hingga 6 minggu, perkembangan embrio pastinya dapat dikesan dan dilihat.
Biasanya kantung kehamilan – tempat janin membesar – akan berkembang sehingga selebar 18 mm (milimeter).

Pun begitu, bagi kehamilan tanpa embrio, kantung kehamilan terbentuk dan membesar, cuma perkembangan embrio tidak berlaku. Ini yang dipanggil hamil kosong atau blighted ovum.
Punca perkembangan embrio tidak berlaku Keguguran yang berlaku daripada keadaan kehamilan tanpa embrio sering disebabkan oleh masalah dengan kromosom – struktur yang membawa genetik.
Ia mungkin disebabkan telur atau sperma yang kurang berkualiti . Keadaan ini juga boleh berpunca kerana pembahagian sel yang tidak normal.
Walau apa pun puncanya, badan anda menghentikan kehamilan tersebut kerana menyedari kelainan yang berlaku.
Penting untuk anda dan pasangan fahami bahawa tiada apa anda lakukan yang mengakibatkan keguguran dan tidak ada cara untuk mencegahnya.
Bagi kebanyakan wanita, situasi hamil kosong ini berlaku hanya sekali.
Tanda hamil kosong Apabila terjadinya blighted ovum, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda kehamilan. Contohnya, ujian kehamilan yang positif atau tiada pendarahan haid yang berlaku.
Kemudian anda mungkin berdepan tanda-tanda keguguran seperti:
Kekejangan perut Pendarahan faraj atau tompokan Tempoh haid yang lebih lama daripada biasa Hilang kesakitan payudara Sekiranya terjadi simptom di atas, anda mungkin mengalami keguguran. Pun begitu, tidak semua pendarahan yang berlaku pada trimester pertama berakhir dengan keguguran.
Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan doktor jika mengalami simptom tersebut.

Merawat kehamilan tanpa embrio Sekiranya masalah hamil kosong dikesan semasa temu janji pranatal, doktor akan membincangkan pilihan rawatan yang ada dengan anda. Ini termasuklah:
Menunggu tanda keguguran berlaku secara semula jadi Mengambil ubat seperti misoprostol (Cytotec) untuk menyebabkan keguguran Menjalani prosedur D&C – kaedah cuci rahim untuk membuang tisu plasenta daripada rahim Tempoh kehamilan, sejarah perubatan serta keadaan emosi diri akan diambil kira oleh doktor dan anda semasa memutuskan pilihan rawatan.
Cara mengatasi kehamilan kosong Bagi pasangan yang amat menantikan kehadiran zuriat, pastinya kalian seboleh-bolehnya mahu mengelak dan menghindari keadaan di mana tidak berlakunya perkembangan embrio ini, kan?
Malangnya, dalam kebanyakan kes, keadaan hamil kosong ini tidak dapat dicegah.
Sesetengah pasangan berkahwin mungkin akan melakukan ujian genetik sekiranya keguguran awal berlaku beberapa kali.
Selalunya doktor akan mengesyorkan setiap pasangan untuk menunggu sekurang-kurangnya sekitar 1 hingga 3 kitaran haid biasa sebelum mencuba hamil kembali setelah mengalami keguguran.
Pun begitu, satu berita yang boleh dianggap melegakan adalah anembryonic pregnancy jarang sekali berlaku lebih daripada sekali.
Adakah wujud komplikasi pada kehamilan akan datang? Sama seperti masalah keguguran biasa, tubuh dan emosi anda memerlukan masa untuk sembuh.
Paling penting, anda harus mengetahui bahawa kebanyakan wanita yang pernah mengalami situasi hamil kosong ini berjaya mengandung kembali tanpa sebarang masalah.

Akhir kata Penyebab spesifik kehamilan tanpa embrio atau blighted ovum tidak dapat diketahui. Tetapi anomali kromosom dipercayai menjadi faktor utama.
Mengalami masalah ini tidak bermakna ia akan berulang, malahan sebilangan besar wanita yang pernah berdepan situasi kehamilan kosong dapat melalui proses mengandung tanpa sebarang masalah.
Sekiranya anda mempunyai kebimbangan, berbincanglah dengan doktor mengenai kemungkinan penyebab genetik dan prosedur ujian yang boleh membantu mengelakkannya.
Pastikan anda juga memaklumkan jika berdepan persekitaran yang bertoksin– ia mungkin mempunyai kaitan dengan hamil kosong dan keguguran.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post UPT Positif Hamil Tapi Kantung Rahim Kosong? Bukan Kaitkan Dengan Jin! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/upt-positif-hamil-tapi-kantung-rahim-kosong-bukan-kaitkan-dengan-jin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Nak Complain Tapi Dalam Kotak Tiada Kosong Sharifah Shahirah Minta Ramai Lebih Berwaspada Media Hiburan

Bukan Nak Complain Tapi Dalam Kotak Tiada Kosong Sharifah Shahirah Minta Ramai Lebih Berwaspada Media Hiburan

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 266 hits
Pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah ada berkongsi cerita bersama pengikutnya ketika membeli satu barang di sebuah kedai barangan Kongsi Shahirah dia telah membeli satu alat pendengar telinga buat anaknya Bagaimanapun Shahirah mend...
Migrain Teruk Tapi Tak Boleh Makan Ubat Sembarangan Selamatkah Ambil Paracetamol Waktu Hamil

Migrain Teruk Tapi Tak Boleh Makan Ubat Sembarangan Selamatkah Ambil Paracetamol Waktu Hamil

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 305 hits
Penghidap migrain pasti berdepan dengan masalah ketika hamil kerana tidak dapat mengambil ubat ubatan untuk meredakan sakit mereka Terpaksalah mereka bertahan dengan hanya tidur dan merehatkan diri Soalnya bagaimana untuk meredakannya Dr Ma...
Sedang Hamil Tapi Ada Fibroid Lakukan Rawatan Ini Untuk Elak Keguguran

Sedang Hamil Tapi Ada Fibroid Lakukan Rawatan Ini Untuk Elak Keguguran

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 377 hits
Fibroid tumor bukan kanser yang tumbuh di dalam rahim tidak asing lagi bagi wanita Dalam kes yang teruk fibroid ketika hamil boleh berlaku Dalam kebanyakan kes wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya mungk...
Viral Video Wni Usir Pendemo Di Australia Bukan Demo Soal Papua Tapi Omnibus Law

Viral Video Wni Usir Pendemo Di Australia Bukan Demo Soal Papua Tapi Omnibus Law

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 238 hits
Juru Bicara KBRI Canberra Billy Wibisono menjelaskan video tersebut terjadi pada 9 Oktober 2020
Kluster Dai Syed Laporan Makin Bertambah Tapi

Kluster Dai Syed Laporan Makin Bertambah Tapi

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 436 hits
Selepas pihak polis menerima tujuh laporan polis ke atas pendakwah selebriti yang terlibat dengan jenayah r g l kini lima lagi m4angsa telah tampil membuat laporan Terdapat segelintir netizen beranggapan isu ini semakin serius apabila setia...
Seronoknya Staff Tya Arifin Dapat Hadiah Kereta Mewah Tapi Ada Juga Yang Tak Senang Duduk

Seronoknya Staff Tya Arifin Dapat Hadiah Kereta Mewah Tapi Ada Juga Yang Tak Senang Duduk

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 362 hits
Tya Arifin memberitahu tujuan dia berkongsi video ketika menghadiahkan kereta mewah kepada pekerjanya di YouTube hanya sekadar untuk mengabadikan momen indah itu Ujar Tya atau nama sebenar Nurtria Wulandari 26 dia enggan mempedulikan kata k...
Memang Saya Sengaja Menunjuk Nunjuk Tapi Ada Sebab

Memang Saya Sengaja Menunjuk Nunjuk Tapi Ada Sebab

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 236 hits
Sejak penularan COVID 19 di Malaysia sejak awal tahun pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tidak berhenti henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan Sering berkongsi kisah disebalik tabir kerja k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba