Bukan Sebab Ada Nama Pernah Je Jualan Tak Laku Syahmi Sazli Kongsi Amalan Murah Rezeki


Pelakon, Pengarah, dan Selebriti internet Malaysia, Syahmi Sazli berkongsi amalan murah rezeki yang diamalkanya.
Menurutnya, ada ketika perniagaanya diuji dan tak semua perniagaan yang diusahakanya menjadi. Perniagaan yang terbaru diusahkan oleh Syahmi iaitu Air Balang mendapat tempat di hati ramai
Keuntungan Air Balang mencecah RM60,000 dalam masa 3 minggu! Ini perkara yang kita perlu belajar dari Syahmi. Ikuti perkongsian ini.

Alhamdulillah, selama 3 minggu dalam bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.
Mi taknak cerita camna resepi air yang Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live yang Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yang tercetus.

1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”
– Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dengan isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.
2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”

– Kalau macam tu, Shopee pun Mi kena tutup jugak sebab alasan tu. Youtube pun Mi dah tak boleh buat sebab “kesian dekat Youtuber baru, takde orang nak tengok”.
Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..

3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”
– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yang orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.
– Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara macam mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar.
Antara kelebihan istighfar👇
“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)
“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)

Cara diampunkan dosa dengan berzikir👇
i. Zikir 1: Zikir selepas solat.
“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)
ii. Zikir 2
“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

– Selain tu banyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana-mana boleh.
“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).
– Banyak lagi amalan lain tapi tu je yang Mi tahu 😂.. Semoga bermanfaat.. Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tengah hari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru.
Sumber: Syahmi Sazli

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Bukan Sebab Ada Nama, Pernah Je Jualan Tak Laku” Syahmi Sazli Kongsi Amalan Murah Rezeki appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-sebab-ada-nama-pernah-je-jualan-tak-laku-syahmi-sazli-kongsi-amalan-murah-rezeki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untung Bersih Lebih Rm60 000 Jual Air Balang Bulan Ramadan Syahmi Sazli Kongsi Amalan

Untung Bersih Lebih Rm60 000 Jual Air Balang Bulan Ramadan Syahmi Sazli Kongsi Amalan

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 162 hits
UMUM maklum bulan Ramadan merupakan bulan seribu rahmat buat umat Islam Ramadan juga dianggap bulan rezeki dan menjadi waktu sesuai untuk segelintir masyarakat bagi menambah sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan Begitu juga dengan...
Praktis Teknik Pernafasan Kurangkan Kesakitan Bersalin Ustazah Fatimah Syarha Kongsi Amalan Mudahkan Bersalin

Praktis Teknik Pernafasan Kurangkan Kesakitan Bersalin Ustazah Fatimah Syarha Kongsi Amalan Mudahkan Bersalin

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 80 hits
Selepas genap sembilan bulan kehamilan proses melahirkan bayi antara detik yang paling digeruni oleh ibu hamil Macam macam cerita pengalaman orang lain bersalin memberikan sedikit gambaran bagaimana proses melahirkan anak akan berlaku Namun...
Air Viral Syahmi Laku Teruk Sampai Beratur Sampai 2 Bangunan Ramai Sanggup Tunggu Lama

Air Viral Syahmi Laku Teruk Sampai Beratur Sampai 2 Bangunan Ramai Sanggup Tunggu Lama

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 166 hits
Ramadan yang bakal berlalu lagi 2 hari menunjukkan ramai peniaga yang mencari pendapatan tambahan menjelang Syawal beberapa hari lagi Tidak ketinggalan pengarah dan Youtuber terkenal Syahmi Syazli turut mengambil peluang berniaga di buan pu...
Kenalkan Putera Kedua Kami Eyra Hazali Kongsi Nama Wajah Anak Comel Sungguh

Kenalkan Putera Kedua Kami Eyra Hazali Kongsi Nama Wajah Anak Comel Sungguh

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 164 hits
Selamat melahirkan anak keduanya beberapa hari sebelum hari raya pelakon Eyra Razali tampil berkongsi nama anak keduanya Menerusi Instagram Eyra turut memuat naik gambar keluarga ketika beraya disamping turut memperkenalkan nama hero keduan...
Rezeki Tak Pernah Salah Orang Asif Dinobatkan Tokoh Influencer Oku 2022

Rezeki Tak Pernah Salah Orang Asif Dinobatkan Tokoh Influencer Oku 2022

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 164 hits
Remaja kelainan upaya Asif Suhaimi bukanlah seorang yang asing lagi buat pengguna media sosial Dia juga pernah melangkar sejarah apabila memenangi kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH yang ke 34 Kemenangan ...
Biar Penat Di Dunia Jangan Penat Di Akhirat Amalkan Amalan Ini Bagi Mudah Menjemput Rezeki

Biar Penat Di Dunia Jangan Penat Di Akhirat Amalkan Amalan Ini Bagi Mudah Menjemput Rezeki

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 212 hits
Pernahkah kita terasa kesempitan hidup Rasa kekurangan wang dan segala galanya tidak cukup Hidup pun rasa tak tenang je
Jadikan Amalan Pergi Travel Wajib Bawa Medical Kit Ibu Ini Kongsi Ubat Yang Perlu Ada

Jadikan Amalan Pergi Travel Wajib Bawa Medical Kit Ibu Ini Kongsi Ubat Yang Perlu Ada

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 259 hits
Tak lama lagi nak raya dalam kita sibuk menguruskan beg beg baju jangan lupa untuk menyediakan juga medical kit terutama anda yang mempunyai anak kecil Sakit sebenarnya sesuatu yang kita tak boleh nak jangka Puan berkongsi barang barang yan...
25 Nama Bayi Laki Laki Islam Moden Dan Indah Bermakna Murah Hati Dan Cerdas

25 Nama Bayi Laki Laki Islam Moden Dan Indah Bermakna Murah Hati Dan Cerdas

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 153 hits
Nama Bayi selalu banyak dicari oleh orang tua untuk memberikan anaknya nama yang cantik dan indah serta memiliki makna yang mendalam Pemilihan nama bayi tentu tidak boleh asal pilih kerana nama juga menentukan kesuksesan bayi di masa depann...
Mereka Ni Pun Frontliner Kita Kongsi Rezeki 500 Rider E Hailing Dapat Duit Raya Dari Pak Nil Eskayvie

Mereka Ni Pun Frontliner Kita Kongsi Rezeki 500 Rider E Hailing Dapat Duit Raya Dari Pak Nil Eskayvie

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 131 hits
Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi tampil menghulurkan sumbangan kepada 500 orang rider e hailing bagi menyemarakkan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi Menerusi projek istimewa Bingkisan Raya Rider hasil inisiatif murni syarikat bumi...
Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Kes Denggi Meningkat



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Filem Ngesot

Zikir Hari Isnin Fadhilat Membacanya

Monosterio Jadi Raya Tak Jadi Chord

Shinta Angely Nyaman Ku Harap Luka Ku Dapat Chord

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office