Untuk Melihat Lebih Ramai Pemimpin Rasuah Dipenjarakan Rakyat Mesti Sentiasa Berani Menukar Kerajaan




 Hampir semua daripada kita pada umumnya benci kepada rasuah, terutama yang dilakukan oleh pemimpin yang memegang kuasa.
Rasuah oleh pemimpin yang berkuasa bermakna mereka mencuri sebahagian daripada peruntukan kerajaan yang sepatutnya dibelanjakan untuk kepentingan rakyat miskin.
Orang mencuri setin sadin pun kita benci, apa lagi kepada pemimpin yang mencuri berguni-guni wang kerajaan untuk dimasukkan ke poket sendiri.
Disebabkan adanya rasuah, semua yang dirancang untuk kepentingan rakyat akan menjadi tidak berkualiti atau kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan daripada peruntukan asal.
Kalau bangunan, jambatan atau projek solar untuk sekolah yang ingin dilaksanakan, rasuah memungkinkan ia terbengkalai atau tidak mampu disiapkan.
Akhirnya, lebih banyak dana kerajaan dikeluarkan hanya untuk membuncitkan perut pemimpin yang makan rasuah, malah lagi banyak projek dilaksanakan lagi buncit perut mereka, sedangkan rakyat terus miskin serta sengsara.
Sebab itu, dalam minggu-minggu kebelakangan ini di mana Najib Razak dipenjarakan, Rosmah Mansor didapati bersalah, Bung Mokhtar Radin dan isteri diarah membela diri, disertai dengan beberapa pemimpin lain seperti Zahid Hamidi dan Azeez Rahim yang sedang dibicarakan, rakyat secara puratanya amat gembira dengan perkembangan tersebut.
Sebenarnya semua ini adalah hasil daripada berjayanya PH menjadi kerajaan selama 22 bulan sebelum ini.
Tanpa pertukaran kerajaan dan tanpa PH menjadi kerajaan atau dalam erti kata lain jika BN masih berkuasa dan tidak dikalahkan pada PRU 2018 lalu, sudah pasti apa yang terjadi hari ini kekal terperap sebagai kotoran yang disembunyikan bawah permaidani.
Itu baru 22 bulan PH berkuasa, bayangkan jika sampai habis penggal atau beberapa penggal?
Tidak mustahil penuh dalam media arus perdana dengan berita rasuah mereka yang bergelar pemimpin belaka!
Begitu pun, dalam hal yang menimpa Najib, Rosmah dan Bung Mokhtar itu, tidak kurang ramai yang memberi penghargaan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana dilihat kekal tabah dan cekal dengan pendirian tidak campurtangan dalam urusan mahkamah, biar pun didesak siang dan malam untuk berbuat demikian.
Pendirian beliau tidak mahu campurtangan telah memberi harapan dan keyakinan kepada rakyat untuk melihat negara ini dapat diselamatkan.
Harapan rakyat seterusnya ialah lebih ramai lagi pemimpin yang terkait dengan rasuah, terutama yang sedang dibicarakan sekarang, akan turut menerima hukuman masing-masing setelah kesalahan mereka berjaya dibuktikan.
Tidak dinafikan sebenarnya, bersama kuasa dalam tangan dan menjadi kerajaan, perkara paling mudah mengalpakan seseorang pemimpin ialah rasuah.
Godaan rasuah dan kemewahan wang ringgit begitu mudah menjadikan pemimpin yang ada kuasa untuk lupa kepada amanah dan juga kepada Tuhan.
Dalam hal ini, rakyat sebenarnya ada tanggungjawab tersendiri dalam membendung amalan rasuah dan mengajar pemimpin yang terpalit dengan perbuatan terkutuk itu.
Pilihanraya setiap lima tahun sekali adalah wadah paling terbaik, bukan saja untuk memantau kerajaan dan pemimpin yang rasuah, malah untuk menghantar mereka ke penjara.
Dalam hal ini, rakyat tidak harus takut menjatuhkan kerajaan jika didapati atau disedari amalan rasuah begitu berleluasa di dalamnya.
Sebagaimana telah terbukti melalui PH berkuasa selama 22 bulan dapat menghantar bekas Perdana Menteri ke penjara dan isterinya pun mungkin bakal ikut sama, perkara itu tidak seharusnya terhenti setakat ini saja.
Sebaliknya, iltizam menukar kerajaan dan harus menjadi pegangan yang berterusan dalam diri setiap rakyat bila tiba waktu pengundian.
Tidak kira apa jenis kerajaan sekali pun, ia tidak menjamin mereka benar-benar bebas daripada amalan rasuah dan sepanjang lima tahun mereka berkuasa, kita semua harus memantau dan memerhatikan sepanjang masa.
Jika tiada rasuah, bolehlah terus disokong dan diundi lagi untuk jadi kerajaan, tetapi kalau amalan rasuah berluasa, pastikan undi kita adalah untuk mereka berpindah kediaman ke penjara.
Kalau kerajaan baru pun kemudiannya didapati bejat dan rasuah juga, rakyat sekali lagi mesti menjatuhkan mereka.
Tidak mengapa kerajaan dijatuhkan berkali-kali dan penjara penuh dengan pemimpin, yang penting nasib rakyat dapat diselamatkan pada kesudahannya nanti. – ShahbudinHusin 03/09/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/untuk-melihat-lebih-ramai-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Perlu Sentiasa Dampingi Rakyat

Pemimpin Perlu Sentiasa Dampingi Rakyat

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 217 hits
Ketokohan seorang pemimpin dapat dilihat dari segi kemampuannya memegang amanah dan disukai rakyat Keadaan itu hanya dapat dicapai jika pemimpin itu benar benar mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan rakyat dan ia penting untuk mengetahui...
Sambutan Hari Kebangsaan Boleh Mencerminkan Setakat Mana Kerajaan Hari Ini Mendapat Tempat Di Hati Rakyat

Sambutan Hari Kebangsaan Boleh Mencerminkan Setakat Mana Kerajaan Hari Ini Mendapat Tempat Di Hati Rakyat

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 235 hits
Hampir 10 tahun tidak pasang bendera di rumah dan kereta dan beraptai kecuali 2018 dan 2019 dan tidak juga tahun ini Kerajaan boleh menilai situasi sambutan tahun ini tetapi sudah tentu lebih baik dari 2020 dan 2021 kerana perintah berkurun...
Yang Tengah Tunggu Giliran Kes Mesti Menggelupur Rakyat Teruja Giliran Bung Moktar Dan Isteri Pula Jadi Tumpuan

Yang Tengah Tunggu Giliran Kes Mesti Menggelupur Rakyat Teruja Giliran Bung Moktar Dan Isteri Pula Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 182 hits
DANIAL HAKIMRakyat dilihat teruja dengan tuduhan rasuah berjumlah RM2 8 juta melibatkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad Reaksi awam itu susulan siri pembersihan kes rasu...
Fuhh Mereka Makin Berani Ini Mesti Salah Dap Agak Agak Zuhdi Nak Kata Apa

Fuhh Mereka Makin Berani Ini Mesti Salah Dap Agak Agak Zuhdi Nak Kata Apa

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 224 hits
MR MALAYSIA 2022 Best Poser dimenangi oleh Atlet Bina Badan Wanita dari Sabah iaitu Junaidah Ahmad Beliau juga menjuarai kategori Bina Badan Wanita Syabas Tahniah
Harapan Jokowi Muncul Pemimpin Yang Turun Bertemu Rakyat Bukan Duduk Enak Di Istana

Harapan Jokowi Muncul Pemimpin Yang Turun Bertemu Rakyat Bukan Duduk Enak Di Istana

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 147 hits
Presiden Jokowi menilai Musra sebagai salah satu instrumen dalam berdemokrasi Melalui Musra Jokowi berharap muncul calon pemimpin yang sesuai dengan keinginan masyarakat
Basmi Rasuah Sektor Awam Melalui Pru15 Kakitangan Kerajaan Diberitahu

Basmi Rasuah Sektor Awam Melalui Pru15 Kakitangan Kerajaan Diberitahu

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 176 hits
freemalaysiatoday com September 3 2022 10 40 AMMahfuz Omar berucap dalam jelajah Tolak BN PN di Selayang malam tadi PETALING JAYA Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar menggesa penjawat awam membasmi rasuah dalam sektor awam pada pilihan raya um...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner