Basmi Rasuah Sektor Awam Melalui Pru15 Kakitangan Kerajaan Diberitahu


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-September 3, 2022 10:40 AM
Mahfuz Omar berucap dalam jelajah ‘Tolak BN PN’ di Selayang malam tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar menggesa penjawat awam membasmi rasuah dalam sektor awam pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Berucap dalam jelajah “Tolak BN PN” anjuran parti itu di Selayang malam tadi, Mahfuz berkata, “penyakit” rasuah bukan saja menjangkiti ahli politik, tetapi turut merebak ke sektor awam.

Memetik keterangan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dalam perbicaraan SRC International Najib Razak, Mahfuz berkata, bekas perdana menteri itu telah mengarahkan pinjaman RM2 bilion disegerakan kepada bekas anak syarikat 1MDB itu.

Beliau berkata, tindakan pakatan sulit antara ahli politik dan penjawat awam sedemikian akan membawa kepada kehancuran negara.

“Dan jika kes itu tidak dibawa ke mahkamah, tiada siapa yang akan bersuara. Sebab itu saya menggesa penjawat awam menyelamatkan maruah mereka dalam PRU15 dengan membersihkan sektor awam,” kata Mahfuz.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR, Fahmi Fadzil berkata, sentimen terlalu besar berhubung denda yang dikenakan ke atas Najib dan Rosmah Mansor, dalam sabitan mereka.

Bagaimanapun, katanya, ia dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, enakmen yang memudahkan Rosmah didenda RM970 juta, dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu di Dewan Rakyat pada 16 Dis 2008.

“Ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi ialah perdana menteri dan Najib merupakan timbalan perdana menteri,” katanya sambil menambah rang undang-undang itu dibentangkan bekas menteri undang-undang, Nazri Aziz.

Beliau menjelaskan, mengikut Seksyen 24 Akta SPRM, individu yang didapati bersalah akan dihukum hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda suapan, seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan ke atas tertuduh.

“Jadi, kita kena ucap terima kasih kepada Pak Lah, Najib dan Nazri kerana merekalah yang menggubal undang-undang ini. Dengan berbuat demikian, mereka menghalang hakim daripada mendenda Najib dan Rosmah lebih rendah daripada jumlah wang yang mereka perolehi,” kata Fahmi.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Mahkamah Tinggi terhadap Najib dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan pecah amanah serta pengubahan wang membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Khamis lalu, Rosmah dipenjara 10 tahun dan denda RM970 juta, selepas didapati bersalah meminta RM187.5 juta daripada projek solar sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.

Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta dalam projek sama.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/basmi-rasuah-sektor-awam-melalui-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Peruntuk Rm1 5 Bilion Untuk Kenaikan Gaji Khas Penjawat Awam

Kerajaan Peruntuk Rm1 5 Bilion Untuk Kenaikan Gaji Khas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 248 hits
Presiden Cuepacs Adnan Mat sebelum ini menggesa Putrajaya menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan oleh mereka PUTRAJAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kenaikan gaji tah...
Langsung Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 18 30 Ogos 2022 Kakitangan Awam Menunggu Kenaikan Gaji

Langsung Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 18 30 Ogos 2022 Kakitangan Awam Menunggu Kenaikan Gaji

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 183 hits
PM dikatakan akan mengumumkan hadiah kepada kakitangan awam seteah sekian lama tidak diberikankenaikan gaji Sepatutnya ianya disemak settiap 5 tahun sekali CUEPAC MINTA 2 KENAIKAN TKGELAUNG ITPCOLA KERAJAAN BAGI INI Pengumuman PM pada 30 8 ...
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 Rm700 Untuk Penjawat Awam Rm350 Pesara Kerajaan Dibayar Januari 2023

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 Rm700 Untuk Penjawat Awam Rm350 Pesara Kerajaan Dibayar Januari 2023

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 323 hits
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 RM700 Untuk Penjawat Awam RM350 Pesara Kerajaan Dibayar Januari 2023 MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE 18 telah berlangsung 30 OGOS 2022 jam 10 00 PAGI Ianya berlangsung di PUTRAJAYA INTERNATIONAL C...
Pelarian Rohingya Tak Minat Kerja Di Ladang Mef Gesa Kerajaan Benarkan Mereka Kerja Di Sektor Formal

Pelarian Rohingya Tak Minat Kerja Di Ladang Mef Gesa Kerajaan Benarkan Mereka Kerja Di Sektor Formal

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 147 hits
Minggu lalu Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia mencadangkan kerajaan memanfaatkan sumber manusia sedia ada dengan menyerap ratusan ribu pelarian etnik Rohingya di sektor 3D berbanding membawa masuk pekerja asing baru da...
Mengapa Rasuah Terus Berlaku Dalam Kementerian Kerajaan

Mengapa Rasuah Terus Berlaku Dalam Kementerian Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 238 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN PIMPINAN Skandal terbaru berkaitan isu RM9 bilion bagi tempahan 6 buah kapal tempur persisir Tentera Laut Diraja Malaysia yang tidak sampai sampai Jawapan bagi soalan di atas antara lainnya ialah kerana Kemente...
Ini Yang Akan Diumumkan Pak Long Mail Untuk Kakitangan Awam

Ini Yang Akan Diumumkan Pak Long Mail Untuk Kakitangan Awam

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 227 hits
Gamaknya la Satu kenaikan gaji gaji tahunan dah dapatkan Jadinya kalau diberi tahun ini nampaknya 2 kenaikan lah kalau yang naik bulan 10 dapat la gamaknya 2 kenaikan sekaligus 13 tahun kepada 10 tahun tu peringkat pekeranian Cola naik 50 L...
Tular Kakitangan Imigresen Halau Orang Awam

Tular Kakitangan Imigresen Halau Orang Awam

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 182 hits
MOHD YUNUS YAKKUBTangkap layar pertengkaran antara kakitangan Imgresen dan orang awam sewaktu membuat pasport SHAH ALAM Berang tidak mendapat layanan sewajarnya ketika membuat pasport mencetuskan pertengkaran antara seorang lelaki dan kakit...
Pru15 Tidak Ada Satu Parti Pun Mampu Tubuhkan Kerajaan Kata Ku Li

Pru15 Tidak Ada Satu Parti Pun Mampu Tubuhkan Kerajaan Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 247 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 30 2022 11 05 AMAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan tidak ada parti politik yang akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Seba...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 333 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Asean S Economic Future Not A Decline But A Strategic Realignment Led By Malaysia

Nga Reports Scammers Using His Image For Dating Apps Financial Courses

Bunker Kecil Di Hanoi Semasa Perang Vietnam

Lirik Lagu Salahkan Aku Fimie Don

How True Is Muhyiddin S Claim That A Snap Election Will Be Called By The End Of 2025

Narsis Bila Dia Rasa Dunia Ni Dia Punya

It Just Gets Lower For Manchester United Fans Perodua Chairman Reveals It Rejected Club S Request For Sponsorship

Nenek Dapat Rm53 000 Selepas Terpijak Bawang


echo '';
AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis


Apa Jadi Kalau Trump Dan Elon Bergabung

Cuaca Panas Kering Hingga Mei 2025

Sejinjang Sayang

Hilangkan Dahaga Dengan Abc

Mana Milik Kita Kita Tidak Punya Apa Apa

Kia S Electric Future Teaser Images Of Three New Models