Untuk Berjaya Perlukah Rancangan Perniagaan Disediakan Sebelum Mulakan Sesebuah Perniaagan




Dalam dunia teori, rancangan perniagaan adalah satu perkara yang perlu dilakukan jika anda mahu mulakan perniagaan.
Samada anda baca buku panduan perniagaan, sertai mana-mana kursus perniagaan atau tanya mereka belum berniaga, kertas kerja “Rancangan Perniagaan” perlu disediakan sebelum berniaga.
Antara alasan yang diberikan kenapa anda perlu sediakan rancangan perniagaan terlebih dulu adalah seperti berikut.

Mudah mendapatkan bantuan kewanganUntuk mendalami selok belok perniagaan yang anda nak buat.Menyediakan plan B atau rancangan alternatif atau penyelamat kalau apa yang dirancang tak menjadi.Mendapat gambaran jelas terhadap apa yang perlu dilakukanMerangka lebih awal hala tuju perniagaanMeyakinkan dan menarik pelabur yang berminat terhadap idea perniagaan anda.Meyakinkan dan menarik rakan kongsiJadikan panduan dan rujukan agar tidak terpesong dari matlamat asal.Itu antara yang saya ingat dan saya dengar daripada ‘pakar-pakar’ juru perunding perniagaan samada di buku, radio atau TV. Mereka semua memberikan alasan yang sama.Malah merasakan bahawa antara punca orang gagal dalam perniagaan adalah kerana tidak menyediakan rancangan perniagaan terlebih dahulu.
Hakikat sebenar rancangan perniagaanBagi saya, rancangan perniagaan hanyalah idea juru perunding perniagaan. Kebanyakan daripada mereka yang mengajar bakal usahawan bagaimana mahu buat rancangan perniagaan biasanya berkongsi satu pengalaman yang sama.
“Mereka tidak pernah berniaga melainkan menjalankan pekerjaan sebagai juru perunding atau tenaga pengajar bagaimana nak berniaga”


Begitulah juga dengan para pegawai bank, pegawai dari agensi kewangan kerajaan seperti MARA, PUNB, Tekun atau mana-mana institusi kerajaan lain yang kerjanya membantu dan menggalakkan usahawan atau bakal usahawan untuk berniaga. Mereka belajar tinggi mendalami segala teori tentang keusahawanan.
Para pegawai tersebut akan merujuk pada rancangan perniagaan yang terpaksa di sediakan oleh usahawan atau bakal usahawan sebagai syarat meluluskan pinjaman.
Yang agak lucu bagi saya adalah, mereka yang mengkritik kertas kerja rancangan perniagaan berdegar-degar, itu dan ini tentang aktiviti perniagaan yang mahu dijalankan pada hakikatnya tidak pernah berniaga. Malah ada yang pernah tetapi gagal.
Ada di kalangan usahawan yang bertungkus lumus menyediakan rancangan perniagaan dan kemudian dengan penuh harapan membentangkan pada para pegawai tersebut. Malangnya dia telah ditolak mentah-mentah tanpa belas kasihan siap dengan komen yang cukup memedihkan.
Yang biasa berlaku, usahawan kemudiannya campakkan saja kertas kerjanya itu ke dalam tong sampah dan dengan gigih meneruskan juga usaha niaganya itu. Kemudiannya dia berjaya. Dia berjaya tanpa merujuk pada kertas kerja rancangan perniagaan, dan tanpa bantuan kewangan daripada para pegawai yang tak pernah berniaga tadi.
Ada juga kes di mana bakal usahawan menyediakan kertas kerja yang hebat dan menarik minat para pegawai yang mendengarnya. Disebabkan idea itu hebat berdasarkan para pegawai, mereka lalu meluluskan pinjaman yang besar.
Tapi malangnya usahawan itu menjadi tidak ketahuan. Rancangan Perniagaan yang hebat dalam kertas kerja itu bila cuba dilaksanakan, lingkup. Cuba tanya pegawai MARA statistik mereka lulus pinjaman berbanding jumlah atau peratusan yang berjaya.
Berjaya tanpa kertas kerjaKebanyakkan yang berjaya dalam perniagaan yang anda lihat sekarang, mereka mula tanpa rancangan perniagaan.
Sepanjang berkawan dengan para usahawan, hampir semua rakan usahawan saya yang berjaya, memulakan perniagaan tanpa menyediakan rancangan perniagaan terlebih dahulu. Mereka terjun berniaga berbekalkan apa yang ada di dalam kepala sahaja. 
Fokus kepada tindakan dengan pantas, kenal pasti kesilapan lalu dibaiki tanpa kenal erti putus asa. Bergerak maju sedikit demi sedikit dan mereka akhirnya berjaya.
Dalam satu buku yang saya baca semua orang paling kaya di setiap bandar Amerika berjaya dalam perniagaan masing-masing tanpa terlebih dahulu menyediakan rancangan perniagaan.
Bagi kebanyakkan usahawan diluar sana, sedang anda sibuk menyediakan rancangan perniagaan, mereka sudah mendahului idea anda. Mereka tidak pernah membuang masa menyediakan rancangan perniagaan.
Pengalaman sendiri berniagaAdakah saya sediakan rancangan perniagaan masa mula nak berniaga dulu?
Bagaimana saya jalankan perniagaan Pest Control ini. Adakah saya menyediakan rancangan perniagaan terlebih dulu sebelum terjun berniaga dan berjaya membina syarikat yang ada sekarang?
“Tidak!”
Saya tak pernah buat rancangan perniagaan untuk perniagaan pest control ini.
Bagi saya yang diperlukan adalah, keyakinan tinggi untuk berjaya serta yakin dengan keupayaan diri sendiri. 
Jika anda punya tabiat bertanya, berfikir, belajar dan buat penambah baikan anda sebenarnya sedang membuat kertas kerja rancangan perniagaan di dalam kepala. 
Panduan yang terbaik yang saya tahu dalam bab perniagaan ini adalah, tembak terlebih dahulu, kemudian lihat dan baru sasarkan. Dalam erti kata lain, buat dulu, kemudian baru buat sasaran serta perbaiki sampai kena.
Siapa perlu kertas kerjaHabis bila perlu buat rancangan perniagaan?
Ia hanya perlu jika anda mengambil sijil atau diploma keusahawan. Atau apabila anda nak mulakan perniagaan dengan cara mendapatkan pinjaman sepenuhnya daripada institusi bantuan kerajaan seperti MARA, PUNB, atau mana-mana bank perniagaan. Mereka letakkan syarat itu, mahu tak mahu terpaksa lah ikut.
Anda juga perlu tahu serba sedikit berkenaan pemasaran dan jualan. Perlu ada keupayaan untuk belajar dan kenal pasti mana yang boleh pakai dan mana yang tak boleh pakai. Yang boleh gandakan manakala yang tak boleh, hentikan.
Boleh bukukan semua maklumat seperti dalam rancangan perniagaan, tapi tak perlu secara formal. Untuk buat semua itu anda hanya perlu ada buku 555 yang kecil sahaja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/03/perlukah-rancangan-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Perlu Bertindak Sebelum Isu Stokin Allah Makin Parah Kata Guan Eng

Anwar Perlu Bertindak Sebelum Isu Stokin Allah Makin Parah Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 188 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim perlu mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara susulan serangan bom petrol di rangkaian kedai KK Mart kata Lim Guang Eng Bekas menteri kewangan dan juga ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan...
Jangan Lupakan Saya Song Kang Titip Surat Tulisan Tangan Buat Peminat Sebelum Masuk Tentera

Jangan Lupakan Saya Song Kang Titip Surat Tulisan Tangan Buat Peminat Sebelum Masuk Tentera

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 202 hits
Song Kang telah meninggalkan surat tulisan tangan sebelum memasuki tentera pada 2 April ini Artikel Berkaitan Pada 1 April Song Kang telah berkongsi berita mengenai latihan ketenteraannya serta meluahkan perasaan pada Songpyeon Di mana pela...
Gangguan Air Di Tumpat Pasir Mas Bakal Pulih Sebelum Aidilfitri

Gangguan Air Di Tumpat Pasir Mas Bakal Pulih Sebelum Aidilfitri

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 133 hits
Seramai 48 635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak semalam Masalah ini dijangka pulih sepenuhnya sebelum perayaan Aidilfitiri pada April depan Jajahan Pasir Mas merekodkan...
Sultan Pahang Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan

Sultan Pahang Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 147 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati pengamal media agar meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat kesimpulan hingga menyimpang daripada maksud asal Nasihat itu dititahkan susulan tindakan sebu...
Pesan Jokowi Ke 4 Menteri Sebelum Berangkat Ke Mk Jadi Saksi Sidang Sengketa Pilpres

Pesan Jokowi Ke 4 Menteri Sebelum Berangkat Ke Mk Jadi Saksi Sidang Sengketa Pilpres

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 163 hits
4 Menteri yang hadir Airlangga Hartarto Muhadjir Effendy Sri Mulyani dan Tri Rismaharini
Simbolik Buang Sampah Sebelum Masuk Kelantan

Simbolik Buang Sampah Sebelum Masuk Kelantan

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 207 hits
HarapandailyMUHAMMAD NAJIBUpacara tahunan buang sampah tepi jalan ini sebenarnya satu ritual yang lebih kurang sama dengan melontar jamrah Simboliknya orang Kelate buang sampah di Pahang sebelum masuk ke sempadan Kelantan adalah satu bentuk...
Pernah Dibenci Ketika Era Kejatuhannya P Ramlee Juga Jatuh Miskin Sebelum Meninggal

Pernah Dibenci Ketika Era Kejatuhannya P Ramlee Juga Jatuh Miskin Sebelum Meninggal

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 160 hits
malaysiadateline com06 04 2024Oleh KIM SYAZIEDi sebalik nama besar Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan filem hitam putih beliau yang diminati sehingga kini tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan Sewaktu hidupnya beliau bukanlah orang yang senan...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi

Mount Kinabalu Porter Represents Malaysia S Aspirations Against Global Ultra Trail Champions In Taiping