Pernah Dibenci Ketika Era Kejatuhannya P Ramlee Juga Jatuh Miskin Sebelum Meninggal


malaysiadateline.com06/04/2024
Oleh KIM SYAZIE
Di sebalik nama besar Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan filem hitam putih beliau yang diminati sehingga kini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.
Sewaktu hidupnya beliau bukanlah orang yang senang seperti artis-artis pada hari ini. Kehadiran beliau dalam industri juga tidak begitu dihargai.

Malah di penghujung hayatnya, beliau jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak menanggung kekecewaan dan kesedihan.

Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.

Dikatakan ketika itu, wartawan juga hampir bersatu menjatuhkannya – lebih teruk lagi apabila kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya, lapor laman maukerja.

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand”.

Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee, keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.

Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee.

Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan ‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee dianugerahkan gelaran Tun.

Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia.

Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan.

Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother.

Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah.

Percaya atau tak, semasa acara “Malam Tiga Ramli” (ia dipanggil Tiga Ramli kerana artis jemputan terdiri dari P. Ramlee, A. Ramlie dan L. Ramli) di Stadium Chin Woo, KL, dia terima sambutan teruk dari penonton (mereka ‘boo’ dekat P. Ramlee tau!).

Menurut Jamal Abdilah (semasa dia remaja):

“Ketika P.Ramlee muncul, dia kena ‘boo’. Peminat sudah tidak boleh terima muzik dia lagi pada waktu itu sedangkan dia adalah satu nama besar dalam industri seni. Ia membuatkan saya rasa takut.”

Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.

Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India.

P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu.

Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang.

P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsa Melayu dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya.

Cukong seperti Shaw Brothers mempunyai duit dan pengaruh untuk memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.

Jika pembaca ingin tahu, menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya.

Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena.

Ini kata-katanya: “A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my son except my name!”

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee.

Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar.

Seperti nasib Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal (manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.

Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya.

Hatinya kemudian tumbuh semula untuk kembali dimakan oleh hering.

Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah ‘makan hati.’

Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/pernah-dibenci-ketika-era-kejatuhannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jatuh Saat Akan Disumpah Jadi Asn Pppk Honorer K2 Di Makassar Meninggal

Jatuh Saat Akan Disumpah Jadi Asn Pppk Honorer K2 Di Makassar Meninggal

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 113 hits
Tenaga honorer K2 Pemkot Makassar Muh Mulkan meninggal dunia sesaat sebelum disumpah sebagai ASN PPPK di Lapangan Karebosi Makassar Senin
Pemergian Yang Dicemburui Imam Meninggal Dunia Ketika Imamkan Solat Subuh Di Segamat

Pemergian Yang Dicemburui Imam Meninggal Dunia Ketika Imamkan Solat Subuh Di Segamat

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 250 hits
ADRIANA MROON AMBROSERakaman video CCTV ketika Allahyarham Mohd Razif Hussin mengimamkan solat subuh pada pagi Jumaat sebelum rebah Masjid Jamek Kampung Sermin Segamat semalam SEORANG imam meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Subu...
Jatuh Dari Van Kanak Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Ibu Kekasih Didakwa Cuai

Jatuh Dari Van Kanak Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Ibu Kekasih Didakwa Cuai

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 136 hits
Pada usia tiga tahun anak sedang membesar dan telatahnya pasti mencuit hati Sebagai ibu ayah inilah fasanya kita menyaksikan anak kesayangan menjadi semakin aktif dan bijak Dengan umur begini mereka masih kecil dan hanya mahu bermain Kadang...
Tni Jelaskan Pembangunan Lahan Gudang Amunisi Kodam Jaya Dimulai Tahun 1980 Sebelum Ada Perumahan Warga

Tni Jelaskan Pembangunan Lahan Gudang Amunisi Kodam Jaya Dimulai Tahun 1980 Sebelum Ada Perumahan Warga

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 127 hits
TNI bakal mengevaluasi salah satunya dengan merelokasi laham Gudmurad setelah insiden tersebut Ada Perumahan Warga
Tang Jie Ee Wei Harus Bijak Memilih Bilangan Pertandingan Untuk Elak Kecederaan Sebelum Olimpik

Tang Jie Ee Wei Harus Bijak Memilih Bilangan Pertandingan Untuk Elak Kecederaan Sebelum Olimpik

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 193 hits
PETALING JAYA Pasangan campuran negara Chen Tang Jie Toh Ee Wei telah dinasihatkan agar berhati hati dalam memilih bilangan kejohanan yang mereka ingin sertai menjelang Olimpik Paris 2024 yang diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos Mantan pe...
Sultan Pahang Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan

Sultan Pahang Pengamal Media Perlu Teliti Dahulu Perhalusi Setiap Berita Sebelum Buat Kesimpulan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 155 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati pengamal media agar meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat kesimpulan hingga menyimpang daripada maksud asal Nasihat itu dititahkan susulan tindakan sebu...
Gangguan Air Di Tumpat Pasir Mas Bakal Pulih Sebelum Aidilfitri

Gangguan Air Di Tumpat Pasir Mas Bakal Pulih Sebelum Aidilfitri

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 147 hits
Seramai 48 635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak semalam Masalah ini dijangka pulih sepenuhnya sebelum perayaan Aidilfitiri pada April depan Jajahan Pasir Mas merekodkan...
Jangan Lupakan Saya Song Kang Titip Surat Tulisan Tangan Buat Peminat Sebelum Masuk Tentera

Jangan Lupakan Saya Song Kang Titip Surat Tulisan Tangan Buat Peminat Sebelum Masuk Tentera

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 233 hits
Song Kang telah meninggalkan surat tulisan tangan sebelum memasuki tentera pada 2 April ini Artikel Berkaitan Pada 1 April Song Kang telah berkongsi berita mengenai latihan ketenteraannya serta meluahkan perasaan pada Songpyeon Di mana pela...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba