Untuk Apa Ismail Sabri Cuba Pertahan Lagi Mahiaddin Beranikah Beliau Sendiri Bawa Usul Percaya Di Parlimen Isnin Depan




Di sebalik rasa amat dukacita yang dizahirkan oleh Yang Dipertuan Agong terhadap kerajaan pimpinan Mahiaddin Md Yassin yang bermakna baginda telah murka, Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan merupakan orang Pahang sendiri, dilihat mengambil sikap yang berbeza dengan Agong yang juga adalah Sultan negeri kelahirannya.
Meskipun dalam kenyataan medianya, beliau menjunjung kasih terhadap titah Agong, tetapi tindakannya mempertahankan kerajaan PN dengan hujah masih mempunyai sokongan 110 Ahli Parlimen sebenarnya amatlah tidak wajar.
Ismail Sabri selaku Ketua Whip PN seolah-olah ingin memberitahu Agong bahawa kerajaan PN dan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri masih kukuh dan tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa, waima dengan adanya kemurkaan sekali pun.
Oleh yang demikian, meskipun berlaku kemelut sekarang, PN ini di mata Ismail Sabri, harus terus dikekalkan sebagai kerajaan.
Apa yang Ismail Sabri harus faham sekarang ini yang menjadi isu ialah soal kemurkaan dan derhaka sebuah kerajaan kepada Raja, selain sokongan majoriti yang dipertikaikan sejak dulu.
Tindakan membelakangkan Agong dalam soal pembatalan darurat, meskipun dilakukan oleh Takiyuddin Hassan, tetapi beban tanggungjawab mesti dipikul oleh Mahiaddin selaku Perdana Menteri.
Lagi pula, perkara itu diumumkan oleh Takiyuddin di dalam Parlimen yang mana Mahiaddin sendiri ada di sana ketika itu.
Apabila beliau tidak membantah atau cuba membetulkan kenyataan Takiyuddin itu, ia bermakna beliau bersetuju dengannya.
Dalam hal ini, Ismail Sabri harus membuat pilihan sama ada A atau B dan tidak boleh secara serentak menjunjung titah Agong dan mempertahankan lagi kerajaan PN.
Tiada ruang untuk beliau cuba bermain dua kolam dengan menjunjung titah Agong dan di waktu yang sama tetap mahu Mahiaddin dikekalkan lagi.
Kalau menjunjung titah Agong bermakna beliau harus bersetuju kerajaan PN serta Mahiaddin telah derhaka dan jika mahu terus mempertahankan kerajaan PN dengan hujah masih disokong 110 Ahli Parlimen, bererti beliau telah memilih untuk turut derhaka kepada Agong.
Lagi pula, tidakkah Ismail Sabri sedar Ahmad Zahid Hamidi telah lebih dulu mengeluarkan kenyataan media agar sokongan terhadap Mahiaddin segera ditarik balik?
Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO juga menggesa Mahiaddin meletakkan jawatan berikutan kemurkaan Agong itu.
Lalu, sebagai Naib Presiden UMNO, walau pun kini berkedudukan Timbalan Perdana Menteri, untuk apa sebenarnya Ismail Sabri cuba mempertahankan Mahiaddin lagi?
Apakah beliau sebagai pemimpin kanan UMNO sudah lupa antara teras perjuangan parti itu ialah mendaulatkan kedudukan Raja-Raja?
Apakah kerana ingin mempertahankan jawatan dan takut hilang kedudukan nombor dua dalam kerajaan, maka sampai sanggup jadi derhaka sama?
Selain itu, hujah Ismail Sabri bahawa PN pimpinan Mahiaddin masih utuh sebagai kerajaan dengan sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen juga tidak logik sama sekali.
Jumlah Ahli Parlimen keseluruhannya ialah 222 orang dan dua orang telah meninggal dunia, jadinya yang tinggal adalah 220.
Jika 110 daripada 220, ia bukanlah berkedudukan majoriti, tetapi seri dan tidak pernah ada kerajaan seri dipanggil sebagai kerajaan majoriti.
Kedudukan majoriti mudah daripada 220 ialah melebihi 111.
Soalnya, adakah PN sekarang mempunyai 111 sokongan Ahli Parlimen?
Jangan lupa juga, selain Tengku Razaleigh Hamzah yang telah memohon berpindah tempat duduk ke blok bebas, Ahli Parlimen Machang, Jerantut dan Cameron Highlands juga sudah mengumumkan penarikan sokongan mereka terhadap Mahiaddin sebelum ini.
Begitu juga dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi yang hari-hari mengkritik dan membuat desakan agar Mahiaddin berundur, tidakkah mereka juga dikira tidak lagi menyokong Perdana Menteri?
Jadi, untuk apa lagi Ismail Sabri cuba terus mempertahankan Mahiaddin?
Atau beranikah beliau sendiri mengusulkan undi percaya di Parlimen pada Isnin depan? 


(ShahbudinHusin 29/07/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/untuk-apa-ismail-sabri-cuba-pertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahiaddin Perlu Bawa Undi Percaya Jika Tidak Mahu Pembangkang Bawa Usul Tidak Percaya

Mahiaddin Perlu Bawa Undi Percaya Jika Tidak Mahu Pembangkang Bawa Usul Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 224 hits
SURI LAILAJika Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yakin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat beliau seharusnya mengemukakan usul undi percaya terhadap dirinya sendiri Naib Presiden AMANAH Nasional Datuk Seri Mahfuz Omar berka...
Pejuang Persoalkan Tindakan Pm Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan

Pejuang Persoalkan Tindakan Pm Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 183 hits
KUALA LUMPUR Parti Pejuang Tanah Air mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mahu membawa usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat pada bulan depan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata usul berkenaan s...
Ph Usul Undi Tak Percaya Kepada Pm Mahiaddin

Ph Usul Undi Tak Percaya Kepada Pm Mahiaddin

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 329 hits
Kenyataan keras Yang di Pertuan Agong membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di bawah Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin yang membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan istana memerlukan penanggungjawaban penuh...
Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 239 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan ketulenan surat 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan pada 29 Julai lalu Ismail Sa...
Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 284 hits
IMBAS Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli ahli parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum bergerak menuju ke Jalan Parlimen berikutan tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen Kuala Lumpur Foto HAFIZ SOHAIM...
Khabar Angin Cuba Pecah Belahkan Kerajaan Ismail Sabri

Khabar Angin Cuba Pecah Belahkan Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 175 hits
BERA Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai perdana menteri interim dalam mengatasi kekalutan politik negara pada masa ini Beliau menyifatkan khabar angin yang berk...
Jadikan Sidang Parlimen Isnin Depan Ujian Sokongan Majoriti Muhyiddin Kata Kit Siang

Jadikan Sidang Parlimen Isnin Depan Ujian Sokongan Majoriti Muhyiddin Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 249 hits
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan meletak jawatan secara terhormat ekoran kemelut yang tercetus berhubung pembatalan Ordinan Darurat...
Pm Masih Ada Majoriti Usul Percaya Dibentangkan Di Parlimen September Ini

Pm Masih Ada Majoriti Usul Percaya Dibentangkan Di Parlimen September Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 140 hits
Astro AwaniOgos 4 2021 12 45 MYTPM masih ada majoriti usul percaya dibentangkan di Dewan Rakyat September ini Foto tangkapan layar Astro AWANIKUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa beliau masih mempunyai sokongan m...
Tiada Alasan Parlimen Ditangguh Isnin Depan Kp Kesihatan Tak Harus Jadi Alat Politik

Tiada Alasan Parlimen Ditangguh Isnin Depan Kp Kesihatan Tak Harus Jadi Alat Politik

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 214 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti trend yang berlaku di Parlimen pada Khamis 29 Julai lalu iaitu siri penangguhan selepas terbitnya kenyataan media Istana Negara Kenyataan tersebut antara lain telah menyatakan bahawa Menteri di Jabat...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega

Wan Maimunah Meraung Dapat Panggilan Haji Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Dimakbulkan