Tiada Alasan Parlimen Ditangguh Isnin Depan Kp Kesihatan Tak Harus Jadi Alat Politik


 


Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti trend yang berlaku di Parlimen pada Khamis, 29 Julai lalu, iaitu siri penangguhan selepas terbitnya kenyataan media Istana Negara.
Kenyataan tersebut antara lain telah menyatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai dengan berkata pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat telah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan tersebut juga telah berkata permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat oleh Kerajaan Perikatan Nasional gagal menghormati kedaulatan undang-undang dan telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Umum Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada Khamis lalu, sidang telah ditempohkan empat kali. Salah satu alasan yang diguna ialah terdapat sejumlah kes positif COVID-19 di Parlimen, yang menyaksikan semua yang berada di Parlimen dihalang dari keluar dan diarah melakukan ujian saringan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan bahawa 1,183 orang telah disaring di mana 11 didapati positif COVID-19. Dari 11 ini, 1 membuat saringan RT-PCR manakala 10 yang lain membuat saringan RTK.
Berdasarkan laporan Ketua Pengarah Kesihatan, kadar positif di Parlimen adalah 0.9%, manakala nilai ambang (threshold) yang disaran WHO bagi menentukan jumlah ujian saringan yang mencukupi ialah 5%. Ini bermaksud tidak ada jumlah kes positif COVID-19 yang signifikan di Parlimen sepanjang minggu lalu.
Oleh itu, isu jangkitan COVID-19 tidak boleh dan tidak patut dijadikan alasan untuk menutup atau menangguh sidang Parlimen yang perlu diteruskan pada Isnin, 2 Ogos 2021.
Majlis Presiden menggesa semua pihak termasuk pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan untuk tidak bersekongkol dengan Kerajaan Perikatan Nasional untuk melakukan helah untuk sengaja menutup sidang Parlimen pada Isnin ini.
Jika Parlimen ditutup dengan hanya dengan kadar kurang daripada 1%, Parlimen berkemungkinan besar tidak akan bersidang lagi kerana hakikatnya COVID-19 akan terus berada di dalam masyarakat (endemic) bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Kami juga memberi amaran keras kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar tidak memperalat agensi dan Kementerian-Kementerian, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, untuk menutup Parlimen pada Isnin ini.
Ketua Pengarah Kesihatan juga diingatkan agar tidak membenarkan diri beliau diperalat demi menutup Parlimen dan menghalang sidang khas seperti yang dititah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Walau apapun yang berlaku, Ahli-Ahli Parlimen tidak boleh dihalang dari hadir ke Parlimen pada hari Isnin ini untuk melaksana tugas dan tanggungjawab kami kepada Rakyat dan Negara, serta melaksana sumpah yang telah kami angkat iaitu untuk memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Tan Sri Mahiaddin wajib mendengar suara Rakyat yang mahu titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dijunjung dengan membahas dan memutuskan Ordinan-Ordinan Darurat di Parlimen pada Isnin ini.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/tiada-alasan-parlimen-ditangguh-isnin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Sidang Parlimen Isnin Ditangguh Hingga Suatu Tarikh Baru

Terkini Sidang Parlimen Isnin Ditangguh Hingga Suatu Tarikh Baru

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 279 hits
gemilangdaily comSidang parlimen Isnin ditangguh hingga suatu tarikh baru Sidang khas parlimen yang seharusnya disambung Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak Perkara itu dimaklumkan melalui surat yang dikeluarka...
Untuk Apa Ismail Sabri Cuba Pertahan Lagi Mahiaddin Beranikah Beliau Sendiri Bawa Usul Percaya Di Parlimen Isnin Depan

Untuk Apa Ismail Sabri Cuba Pertahan Lagi Mahiaddin Beranikah Beliau Sendiri Bawa Usul Percaya Di Parlimen Isnin Depan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 287 hits
Di sebalik rasa amat dukacita yang dizahirkan oleh Yang Dipertuan Agong terhadap kerajaan pimpinan Mahiaddin Md Yassin yang bermakna baginda telah murka Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan merupakan o...
Jadikan Sidang Parlimen Isnin Depan Ujian Sokongan Majoriti Muhyiddin Kata Kit Siang

Jadikan Sidang Parlimen Isnin Depan Ujian Sokongan Majoriti Muhyiddin Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 354 hits
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan meletak jawatan secara terhormat ekoran kemelut yang tercetus berhubung pembatalan Ordinan Darurat...
Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 332 hits
Ahmad Faizal Azumu berkata dakwaan Muhyiddin menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali PETALING JAYA Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu ...
Jangan Peralat Ketua Pengarah Kesihatan Untuk Tutup Parlimen

Jangan Peralat Ketua Pengarah Kesihatan Untuk Tutup Parlimen

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 349 hits
MALAYSIA DATELINEMajlis Presiden Pakatan Harapan memberi amaran keras kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar tidak memperalat agensi dan Kementerian Kementerian termasuk Ketua Pengarah Kesihatan untuk menutup Parlimen pada Isnin ini Bagaim...
Ahli Parlimen Umno Harus Undi Batal Kuasa Darurat Kata Zahid

Ahli Parlimen Umno Harus Undi Batal Kuasa Darurat Kata Zahid

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 372 hits
July 25 2021 8 08 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Ahli Parlimen Umno mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan ordinannya PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata semua Ahli Parlimen parti i...
Tiada Apa Dapat Halang Mp Ph Ke Parlimen Isnin Ini

Tiada Apa Dapat Halang Mp Ph Ke Parlimen Isnin Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 295 hits
Malaysiakini Tiada yang dapat menghalang ahli ahli parlimen Pakatan Harapan untuk hadir ke Parlimen Isnin ini meskipun persidangan ditangguhkan kata gabungan itu Dalam satu kenyataan Majlis Presiden Harapan berkata tidak ada yang dapat meng...
Pm Boleh Berjemaah 300 Orang Tiada Alasan 220 Mp Tidak Boleh Masuk Parlimen

Pm Boleh Berjemaah 300 Orang Tiada Alasan 220 Mp Tidak Boleh Masuk Parlimen

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 233 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONHari ini Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dilaporkan menyertai 300 jemaah menunaikan solat sunat aidil adha di masjid negara Di Twitter warganet mengecam keadaan itu dan mengaitkannya dengan pembukaan Parlime...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga