Universiti Di Jepun Lahirkan Graduan Ijazah Pertama Dalam Pengajian Ninja
Genichi Mitsuhashi berjaya menghabiskan dua tahun pengajian dengan mengasah kemahiran seni mempertahankan diri sehingga menjadi graduan pertama di Jepun lulus pengajian ninja.
Mitsuhashi yang berusia 45 tahun itu menamatkan kursus sarjana di Universiti Mie yang terletak di tengah Jepun dan dipercayai sebagai tempat kediaman ninja sejak dahulu lagi.
Selain menyelidik sejarah-sejarah berkaitan ninja, beliau juga mempelajari aspek fizikal dan praktikal untuk menjadi seorang ninja.
“Saya membaca bahawa ninja bekerja sebagai petani pada waktu pagi dan berlatih seni mempertahankan diri pada sebelah petang,” katanya semasa ditemu bual.
Oleh itu, Mitsuhashi mula menjalani hidup seperti seorang ninja dengan menanam sayur-sayuran dan berlatih seni mempertahankan diri. Ia adalah usaha beliau menerapkan sifat ninja dalam dirinya.
GENICHI MITSUHASHI / AFP-JIJI
“Dengan melakukan dua perkara ini, saya dapat belajar dan merasai tentang ninja yang sebenar,” tambahnya.
Terkenal sebagai pembunuh berpakaian serba hitam dan identiti yang menjadi rahsia, ninja juga memiliki ” ‘survival skills’ yang sangat komprehensif,” katanya.
Mitsuhashi juga mempelajari kung fu dan seni mempertahankan diri Jepun yang dikenali sebagai Shorinji Kempo dan menjadi salah seorang guru kemahiran ninja disamping menjalankan perniagaan tempatan.
Universiti Mie menubuhkan pusat penyelidikan pertama di dunia yang dikhaskan untuk pengajian ninja pada tahun 2017 dan membuka kursus siswazah setahun kemudian. Universiti yang terletak di Iga iaitu 350km dari barat daya Tokyo, ia merupakan sebuah kota dikelilingi gunung yang pernah menjadi rumah ninja.
Yuji Yamada, seorang profesor di pusat penyelidikan Universiti Mie teruja melihat kesungguhan Mitsuhashi terhadap pengajiannya.
“Kami menyediakan kelas dan kursus sejarah mengenai kemahiran ninja. Tetapi tidak menyangka dia sangat komited sehingga kehidupan beliau seperti ninja yang sebenar,” kata Yamada.
Untuk mengikuti kursus ini, pelajar harus mengambil peperiksaaan sejarah Jepun dan ujian membaca dokumen sejarah ninja.
“Kira-kira 3 pelajar mendaftar pada setiap tahun. Kami juga mendapat banyak pertanyaan dari luar negara tetapi saya harus mengingatkan ini adalah kursus untuk belajar mengenai ninja dan bukan menjadi ninja yang sebenar.”
Sumber: Japan Times
The post Universiti Di Jepun Lahirkan Graduan Ijazah Pertama Dalam Pengajian Ninja appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/07/01/universiti-di-jepun-lahirkan-graduan-ijazah-pertama-dalam-pengajian-ninja/