Benarkah Cinta Pertama Susah Untuk Dilupakan



Rasa cinta tidak mudah dihapuskan. Apatah lagi perasaan cinta pertama. Hal ini memang menyesakkan apabila kita berusaha mengatasinya. Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering terbawa dalam mimpi.

Benarkah Cinta Pertama Susah Untuk Dilupakan?
Credit Pic : SUMBER
Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?

Benarkah Cinta Pertama Susah Untuk Dilupakan?
Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati dan kecewa, 

Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana pula dengan bayangannya yang masih hadir dan mengganggu aktiviti harian? Padahal, kita sudah pun berusaha melupakannya daripada hidup kita.

Abdullah bin Mas’ud menasihatkan,

“Apabila kamu kagum akan pada seseorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”
Maaf, ini bukannya untuk mencari aib atau mengorek kekurangannya. Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipergunakan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kekadang, cinta boleh membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang mendengar menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa. Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.

Tidak Lagi Mahu Diganggu Bayangan Wajahnya dan tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya. Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja. 

Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya adalah supaya kita tidak mudah terleka dan terseksa oleh bayangan wajahnya serta tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan atas  nama cinta.

Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Hapuskan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kekecewaan dan kesedihan.

Sekiranya kita masih lagi susah melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas. Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh dari hidup anda..

Ini bukan untuk menunjukkan rasa benci, marah, apatah lagi dendam. Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sering hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Melupakan Kebaikan Si Dia. Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih.

Namun tujuan utama kita melupakan kebaikan dia adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita gagal mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa.

Seolah-olah hilang semuanya. Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita. Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita. 

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta sejati. Namun sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Ia berbuat sedemikian anggaplah seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik buang sahaja semua barang tersebut.

Tidak dinafikan agak terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi kehidupan kita.

Kadangkala dunia menjadi sempit bagi orang yang mengalami rasa sedih dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit.

Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu. Adakah salah sekiranya kita masih mengenang semua kebaikan dia? Semestinya tidak salah. Tetapi, sekiranya kita bertekad mahu melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya. Gambar yang yang masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan simpanan.

Jangan membatasi diri hanya pada satu hati, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai. Sedangkan orang yang sudah bertunang  pun tidak dijamin menjadi jodoh. Apatah lagi pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar bayangan kita.

Kita tidak akan tahu mengapa Allah menetapkan begitu. Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak. Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakanlah dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’
Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

Allah tidak pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada pembelajaran yang berharga.

Antaranya :

Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.

Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia dengan apa jua rintangan realiti.

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin?

Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah tak ceria, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah perlu kita memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan berkelakuan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang. Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza. Ada yang membahagiakan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya.

Ada pula yang menyakitkan hati sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan. Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan. Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

SUMBER

Baca Juga : Mengapa Lelaki Amat Perlukan Wanita Dalam Hidupnya?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2020/06/benarkah-cinta-pertama-susah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Sosok Pns Pertama Di Indonesia Pemilik Nip 010000001 Ternyata Bukan Orang Sembarangan

Inilah Sosok Pns Pertama Di Indonesia Pemilik Nip 010000001 Ternyata Bukan Orang Sembarangan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 379 hits
Pegawai Negeri Sipil menjadi pekerjaan yang banyak diminati masyarakat Indonesia Tapi tahukah Anda siapa yang menjadi PNS pertama di Indonesia PNS pertama di Indonesia sekaligus pemilik Nomor Induk Pegawai spesial 010000001 ini ternyata buk...
Hari Pertama Cfd Buka Di Jakarta Yuri Ungkap Masyarakat Lupa Jaga Jarak

Hari Pertama Cfd Buka Di Jakarta Yuri Ungkap Masyarakat Lupa Jaga Jarak

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 306 hits
Juru Bicara Pemerintah untuk Penanganan Covid 19 Achmad Yurianto menjelaskan tim gugus tugas saat ini terus melakukan pemantauan
Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri

Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 386 hits
Alahai seronoknya mama Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri Beberapa hari lepas mama tetiba perasan salah satu dari buah betik mama dah bewarna kuning dan bila mama picit tgk dah masak rupanya So mama pun petik dan inilah Pertama...
Gu Hyesun Ahn Jaehyun Bakal Bertemu Dalam Sesi Pengantaraan Pertama Untuk Proses Penceraian

Gu Hyesun Ahn Jaehyun Bakal Bertemu Dalam Sesi Pengantaraan Pertama Untuk Proses Penceraian

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 419 hits
Rasanya macam lama tak dengar berita mengenai Gu Hye sun dan Ahn Jae hyun kan Nampak gayanya kedua pelakon ini lebih senang memberi fokus kepada kerjaya dan kehidupan peribadi sendiri semenjak mengumumkan perpisahan mereka Walaupun mengelak...
Pasangan Mata Wang Aud Jpy Sedang Menghampiri Rintangan Pertama Pasaran Berpotensi Untuk Pembalikan

Pasangan Mata Wang Aud Jpy Sedang Menghampiri Rintangan Pertama Pasaran Berpotensi Untuk Pembalikan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 294 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 74 19Alasan untuk Kemasukan Ayunan mendatar tinggiAmbil Keuntungan 73 37Alasan untuk Ambil Keuntungan Lanjutan fibonacci 78 Stop Loss 75 09Alasan untuk Stop loss Rintangan tinggi ayunan mendatarThe material has...
Huawei Lancarkan Tablet Premium Yang Mempunyai Sokongan 5g Pertama Di Malaysia

Huawei Lancarkan Tablet Premium Yang Mempunyai Sokongan 5g Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 381 hits
Huawei Malaysia telah melancarkan tablet terbaru mereka di pasaran Malaysia iaitu Huawei MatePad Pro 5G Kalau korang nak tahu tablet ini merupakan tablet pertama yang enuokong rangkaian 5G gais Bukan tu jer dekat belakang tablet ni mengguna...
Vokanesia Id Edu Tech Vokasi Pertama Di Indonesia

Vokanesia Id Edu Tech Vokasi Pertama Di Indonesia

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 290 hits
Vokanesia dilengkapi berbagai fiture yang sudah disesuaikan kebutuhan siswa antara lain fasilitas layanan marketplace khusus menyediakan layanan pembelian e book khusus SMK yang saat ini sudah bekerjasama dengan penerbit buku PT Kuantum Buk...
Mengapa Pilihan Kedua Sedangkan Pilihan Pertama Ada Jumlah Mp Lebih Tinggi

Mengapa Pilihan Kedua Sedangkan Pilihan Pertama Ada Jumlah Mp Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 238 hits
Baru baru ini kita ada dengar permohonan maaf dari Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan ekoran daripada kelewatan sebuah keputusan Anwar juga memohon kesabaran semua pihak dan meminta supaya diberikan sedikit ruang dala...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal