Universiti Awam Ambil Pelajar Perguruan Tidak Rujuk Kpm



KUALA LUMPUR: Kecenderungan universiti awam serta swasta yang berlumba-lumba menawarkan pengajian pendidikan untuk melahirkan siswazah perguruan tanpa unjuran keperluan Kementerian Pendidikan (KPM), boleh menyumbang kepada isu pengangguran dalam kalangan graduan bidang terbabit.

Ia berikutan rata-rata institusi pengajian tinggi negara ini membuat pengambilan pelajar ke program berkenaan berdasarkan kemampuan institusi itu sendiri sehingga mewujudkan keadaan penawaran melebihi permintaan.

Perkara ini didedahkan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, bahawa keadaan sebaliknya berlaku kepada lepasan siswazah Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah kendalian KPM apabila mereka terus diserap selepas menamatkan pengajian.

"Graduan IPG ini akan terus ditempatkan di sekolah rendah berdasarkan unjuran keperluan kementerian berasaskan faktor bilangan guru yang bersara, pembukaan sekolah baharu dan sebagainya.

"Disebabkan itu, lepasan siswazah IPG tidak menunggu lama untuk diserapkan kerana pengambilannya mengikut keperluan guru sebenar dalam satu tempoh tertentu," katanya kepada BH.

Difahamkan, seramai 4,390 Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) menamatkan pengajian masing-masing antara 2011 hingga 2020, namun sebahagiannya dilaporkan masih tidak mendapat panggilan temu duga untuk ditempatkan di sekolah, manakala sebilangan kecil terpaksa memilih pekerjaan lain tanpa memerlukan kelayakan akademik.

Hakikatnya, bermula 2017 tiada lagi unjuran KPM kepada semua universiti awam (UA) yang menawarkan program ISMP selain, wujud keadaan guru dengan opsyen tertentu dikatakan berlebihan berdasarkan perbandingan keluaran UA dan keperluan KPM.

Semakan rekod pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi tahun 2020 yang dikemas kini pada 6 Januari lalu di laman sesawang https://www.data.gov.my mendapati 97,276 permohonan diterima untuk mengisi jawatan itu dengan 4,586 dipanggil temu duga bagi mengisi 4,189 jawatan.

Menjelaskan lanjut, Aminuddin berkata, isu pengangguran dalam kalangan bakal guru akan terus berlaku kesan daripada dasar keterbukaan universiti tempatan menganjurkan kursus diploma pendidikan kepada lepasan ijazah tanpa merujuk kepada unjuran keperluan guru sebenar.

Perlu kawalan, penyelarasan kursus

"Dalam hal ini, KPM dan universiti perlu mewujudkan kawalan dan penyelarasan kursus," katanya.

Mengulas mengenai 19,000 kekosongan diiklankan untuk pengambilan jawatan PPP DG41 baru-baru ini, Aminuddin berkata, kekosongan itu lebih terarah bagi menangani ketidakcukupan guru berdasarkan keperluan sebenar sesebuah sekolah atau ketidakcukupan dari segi keperluan opsyen guru dalam mata pelajaran.

"Tetapi realitinya, pengambilan 19,000 guru itu masih tidak mampu menyelesaikan isu kekurangan guru kesan daripada persaraan paksa, persaraan pilihan dan pembukaan sekolah baharu yang memerlukan ramai tenaga pengajar.

"Bagaimanapun, inisiatif dan komitmen yang dilaksanakan KPM itu secara langsung mampu mengurangkan bebanan guru sedia ada disebabkan kekurangan guru di sekolah.

"Oleh itu, kita amat berterima kasih kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kerana mahu mengambil 19,000 calon guru dan ia dilakukan pada masa tepat ketika KPM sedang dalam landasan ke arah kesejahteraan guru," katanya.

Pengambilan 19,000 guru baru-baru ini meliputi jawatan guru tetap atau guru sementara bagi menangani isu kekurangan guru dalam empat mata pelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam.

Ia kerana ketika ini terdapat kekurangan 19,431 guru atau 4.49 peratus di seluruh negara membabitkan mata pelajaran terbabit.

Aminuddin juga berharap pengisian 19,000 calon guru baharu itu dapat diberikan kepada mereka yang mempunyai kelayakan ikhtisas iaitu Diploma Pendidikan sahaja sekiranya kerajaan tidak mahu isu pengangguran dalam kalangan bakal guru terus kronik.

"Selepas itu, bidang yang tidak cukup calon berkelayakan seperti Bahasa Inggeris, barulah dibuka kepada calon yang tiada kelayakan ikhtisas," katanya.

Lepasan ISMP perlu teroka bidang kerjaya lain

Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tidak boleh terus bergantung nasib kepada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi penempatan selepas tamat pengajian, sebaliknya menerokai peluang mengajar di sekolah bukan kerajaan.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pada masa sama, graduan guru perlu berusaha menerokai bidang kerjaya lain berbeza dengan ijazah yang dimiliki.

"Graduan pendidikan tidak seharusnya bergantung kepada KPM sebagai sumber utama berkhidmat sebagai guru berikutan mereka masih berpeluang mengajar di sekolah swasta, sekolah antarabangsa, sekolah persendirian, pusat tahfiz dan lain-lain.

"Selain itu dengan cabaran pengangguran sekarang, graduan tidak boleh terikat kepada satu bidang sahaja kerana terdapat banyak peluang lain dan ramai yang beralih kerjaya dan mereka ini berjaya.

"Kita dapat disaksikan ada lepasan pengajian kejuruteraan beralih kepada perkhidmatan insurans, lulusan perakaunan menerokai perniagaan dan pelbagai bidang lagi yang akhirnya berjaya menjadi usahawan atau petani moden," katanya.

Alimuddin yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Arkib Negara dan Ahli Jawatan Kuasa Yayasan Pesara Kerajaan, berkata KPM menawarkan kekosongan mengikut peruntukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) walaupun ramai mahu mengisi jawatan biarpun tempat terhad, sekali gus menimbulkan pengangguran dalam kalangan graduan pendidikan.

"Bilangan yang mahu diambil sudah ditetapkan bagi mengisi kekosongan disebabkan guru pencen, guru berhenti dan juga perluasan sekolah, tetapi universiti awam (UA) dan universiti swasta setiap tahun menghasilkan ramai lepasan siswazah seperti Institut Pendidikan Guru (IPG)," katanya.

Berikutan itu katanya, sebahagian besar UA menukarkan nama program misalnya Ijazah Sarjana Muda (ISM) Pendidikan dengan Ekonomi atau Perniagaan, Perakaunan serta lain-lain.

"Hal ini bagi meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan kerana tidak mahu mereka ini hanya tertumpu kepada sektor pendidikan, tetapi berupaya menerokai bidang lain.

"Justeru bagi program pengajian itu, perlunya pengkhususan utama dan minor 50-50 bidang lain selain menumpukan sepenuhnya kepada perguruan, mengikut unjuran keperluan.

"Siswazah juga perlu memperlengkapkan diri dengan mengikuti kursus sama dalam atau luar universiti termasuk dalam talian bagi meningkatkan kebolehpasaran dalam bidang seperti Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), perniagaan, teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan keusahawanan untuk dimanfaatkan selepas tamat pengajian," katanya.

Iklan bantu pelajar

Berhubung usaha KPM mengiklankan 19,000 kekosongan bagi mengatasi masalah kekurangan guru baru-baru ini, beliau berkata, bilangan terbabit masih tidak mampu menyelesaikan isu pengangguran, tetapi diharap membantu pelajar yang betul-betul berminat dan berkelayakan untuk memohon.

"Kebiasaannya unjuran dibuat dalam tempoh lima atau sekurang-kurangnya tiga tahun berdasarkan guru bersara awal, pertambahan penduduk dan sekolah baharu setiap tahun, jadi KPM menambah bilangan guru ikut kekosongan diperlukan setiap tahun.

"Malah, bagi pengambilan guru, lazimnya hampir 100,000 orang memohonnya. Justeru, langkah pertama saringan komputer dibuat mengikut purata nilai gred kumulatif (CGPA) calon, kemudian mereka yang melepasinya menduduki ujian kecenderungan dan personaliti dan ketiganya, temu duga.

"Jadi, calon guru kena berusaha dan memastikan mereka melepasi ketiga-tiga saringan. Ini kerana calon terbaik saja dipilih untuk mengisi kekosongan yang ada," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/universiti-awam-ambil-pelajar-perguruan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpt Akan Tangani Lebihan Graduan Pendidikan Universiti Awam

Kpt Akan Tangani Lebihan Graduan Pendidikan Universiti Awam

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 207 hits
Imej hiasanKOTA TINGGI Kementerian Pengajian Tinggi akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan bagi menangani isu lebihan guru graduan di negara ini Adalah sangat penting bagi kita mengetahui jangkaan yang hanya boleh diberikan ol...
Bantuan E Tunai Dompet Rm200 Bermula Jun Ini Rujuk Syarat Kelayakan

Bantuan E Tunai Dompet Rm200 Bermula Jun Ini Rujuk Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 222 hits
Bantuan E Tunai Dompet RM200 Bermula Jun Rujuk Syarat Kelayakan Kementerian Kewangan akan memulakan pemberian bantuan kewangan e dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti pada bulan Jun 2023 Pengumuman ini dijelaskan oleh Kementerian ...
Keputusan Spm 2022 Diumum 8 Jun Ini Kpm

Keputusan Spm 2022 Diumum 8 Jun Ini Kpm

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 240 hits
Imej hiasanPUTRAJAYA Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 akan diumumkan Khamis ini demikian menurut Kementerian Pendidikan KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari ...
Guru Tumbuk Pelajar Jabatan Pendidikan Sarawak Siasat

Guru Tumbuk Pelajar Jabatan Pendidikan Sarawak Siasat

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 264 hits
Sofia ZahariPETALING JAYA Jabatan pendidikan Sarawak menyiasat seorang guru sekolah menengah yang didakwa menumbuk seorang pelajar perempuan awal bulan ini Pegawai aduan jabatan tersebut Helmi Isa berkata setiap aduan akan dilayan secara ad...
Mudir Pusat Tahfiz Didakwa Lakukan Amang Seksual Seks Luar Tabii Tiga Pelajar

Mudir Pusat Tahfiz Didakwa Lakukan Amang Seksual Seks Luar Tabii Tiga Pelajar

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 252 hits
HADI AB MANAPTERTUDUH yang juga warga Singapura mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajarnya di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka UTUSAN SYAFEEQ AHMAD MELAKA Se...
Polis Siasat Kes Buli Pelajar Sekolah

Polis Siasat Kes Buli Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 352 hits
SIASATAN awal polis mendapati kes buli yang berlaku di sebuah sekolah nbsp menengah di Butterworth pada Jumaat lepas membabitkan dua kejadian berasingan melibatkan dua mangsa iaitu pelajar lelaki tingkatan satu dan dua Ketua Polis Daerah Se...
Kes Buli Semakin Menjadi Jadi Pelajar Sekolah Pukul Dan Tendang Rakan Di Tandas Sekolah

Kes Buli Semakin Menjadi Jadi Pelajar Sekolah Pukul Dan Tendang Rakan Di Tandas Sekolah

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 315 hits
Sejak akhir akhir ini kerap kita dengar kes buli berlaku dalam kalangan pelajar sekolah Boleh dikatakan setiap bulan pasti isu tersebut hangat diperkatakan di media sosial malah turut mendapat liputan media dari masa ke masa Ramai dari mere...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization