Unit Penguatkuasaan Kerajaan Pahang Ambil Alih Kawasan Tanaman Durian Haram Di Raub


KUANTAN - Unit Penguatkuasaan Kerajaan Pahang akan mengambil alih semua kawasan tanaman durian dan lain-lain tanaman yang ditanam secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos ini.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan keputusan kerajaan negeri yang hanya memberi kebenaran memasuki dan menduduki tanah kerajaan dan hutan simpan di sekitar kampung berkenaan kepada syarikat usahasama kerajaan negeri sahaja.
Menurutnya, selepas tarikh itu pos-pos kawalan akan dibina dan pihak yang dibenarkan sahaja boleh memasuki kawasan tersebut.
Katanya, pihak yang didapati menceroboh akan diambil tindakan termasuk didakwa atau tindakan memusnahkan tanaman yang difikirkan perlu.
"Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan perkara ini dan pencerobohan akan diambil tindakan mengikut undang-undang berdasarkan peruntukan Seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965.
"Jika disabitkan kesalahan pihak terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sementara itu bagi pencerobohan di dalam kawasan hutan simpan, penceroboh boleh didakwa mengikut Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri memandang serius isu penerokaan dan penanaman durian di atas tanah kerajaan dan hutan simpan yang masih berleluasa serta berlanjutan hingga sekarang.
"Tindakan tegas diambil bagi menangani segera isu penanaman durian haram di Raub memandangkan terdapat bukti pembukaan tanah haram untuk tanaman durian terus bertambah di kawasan tersebut," katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak memaklumkan kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.
Menurutnya, nilai kerugian itu berdasarkan kadar terendah pajakan dan cukai tanah untuk tempoh 10 tahun.
Katanya, durian yang dikeluarkan ladang haram jelas tidak memiliki pensijilan myGAP, melanggar peraturan dan menyalahi protokol pengeksportan sekali gus boleh menjejaskan industri durian negara selain memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan kelestarian alam khususnya hutan simpan dan sumber air.
Isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram itu sebelum ini dibangkitkan Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dalam Dewan Rakyat pada 23 Julai lalu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/unit-penguatkuasaan-kerajaan-pahang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pahang Rugi Hasil Cukai Rm30 Juta Akibat Penanaman Durian Haram

Pahang Rugi Hasil Cukai Rm30 Juta Akibat Penanaman Durian Haram

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 306 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram melibatkan kawasan seluas 4 400 hektar di Raub Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Da...
Kerajaan Ph Selangor Zalim Dalam Tindakan Roboh Gerai Sedangkan Isu Permis Judi Haram

Kerajaan Ph Selangor Zalim Dalam Tindakan Roboh Gerai Sedangkan Isu Permis Judi Haram

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 391 hits
Lain bengkak Lain Bernanah Saya menyokong tindakan MBSA yang mengambil tindakan kepada permis judi haram penjual rokok haram ataupun kegiatan haram lain di Bandar Baru Sg Buloh Tapi kenapa perlu ambil tindakan merobohkan gerai jualan peniag...
Warisan Tumbang Musa Aman Ambil Alih Kerajaan Negeri Sabah

Warisan Tumbang Musa Aman Ambil Alih Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 948 hits
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman hari ini mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan negeri itu Beliau berk...
Ti M Rasa Aneh Adun Kerajaan Sabah Boleh Alih Sokongan Secara Mengejut

Ti M Rasa Aneh Adun Kerajaan Sabah Boleh Alih Sokongan Secara Mengejut

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 516 hits
MALAYSIAKINIPertubuhan antirasuah Transparency International Malaysia berkata aneh untuk sebuah parti yang menguasai dua per tiga dewan undangan negeri kemudian menyaksikan sebahagian besar wakil rakyatnya mengalih sokongan kepada pembangka...
Glamping Di Tanah Aina Fahad Tempat Menarik Di Raub Pahang

Glamping Di Tanah Aina Fahad Tempat Menarik Di Raub Pahang

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 847 hits
AssalamualaikumEntry sebelum ni aku dah kongsikan beberapa tempat menarik di Bentong boleh baca di kali ni aku nak kongsikan tempat menarik di Raub Pahang iaitu Tanah Aina Fahad merasa lah pengalaman bermalam dalam glamping yeahh Aku selalu...
Sindiket Melindungi Premis Haram Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Mbsa Di Tahan Sprm

Sindiket Melindungi Premis Haram Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Mbsa Di Tahan Sprm

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 492 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana dipercayai terbabit dalam sindiket melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian di Sungai Buloh dek...
Bantah Jawi Dap Tunjuk Belang Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang

Bantah Jawi Dap Tunjuk Belang Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 356 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarLebih 60 tahun merdeka masih terkongkong rasa cauvinis BANGI Persatuan Lingustik Malaysia menempelak tindakan ADUN DAP Pahang yang memfailkan permohonan mencabar ketetapan kerajaan Pahang mewajibkan tulisan Jawi...
Pahang Jawi Signage Row Dap Leadership S Party First Not Principle First Stand

Pahang Jawi Signage Row Dap Leadership S Party First Not Principle First Stand

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 285 hits
If you give me six lines written by the hand of the most honest of men I will find something in them which will hang him Attributed to Cardinal RichelieuIn defending Tras assemblyperson Chow Yu Hui s lawsuit that challenged a mandatory dire...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Lelaki Orang Kurang Ipaya Mental Yang Dilapor Hilang Sejak 2 Jun Di Jerantut Ditemukan Meninggal Dunia

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics