Ti M Rasa Aneh Adun Kerajaan Sabah Boleh Alih Sokongan Secara Mengejut


MALAYSIAKINI
Pertubuhan antirasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) berkata, aneh untuk sebuah parti yang menguasai dua per tiga dewan undangan negeri kemudian menyaksikan sebahagian besar wakil rakyatnya mengalih sokongan kepada pembangkang secara tiba-tiba.
Presiden TI-M, Muhammad Mohan, berkata seperti yang berlaku di Sabah itu terjadi secara tiba-tiba.
"Bolehkah ini terjadi tanpa sebarang insentif?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pandangan TM-I itu hadir selepas beberapa Adun Sabah mendakwa mereka ditawarkan sejumlah wang dan jawatan untuk berpaling tadah bagi menjatuhkan kerajaan diketuai Warisan di negeri berkenaan.
Ia menyusul apabila bekas pengerusi Umno Sabah, Musa Aman, mendakwa memiliki sokongan majoriti daripada Adun negeri itu untuk membentuk kerajaan baru.
Bagaimanapun Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal, sehari kemudian mengumumkan Yang Dipertua Negeri, Juhar Mahiruddin, bersetuju untuk membubarkan dewan undangan negeri untuk membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Antara Adun Sabah yang mengaku ditawarkan habuan untuk berpaling tadah daripada kerajaan Warisan ialah Dumi Pg Masdal. Kata Dumi dia dijanjikan bayaran RM5 juta untuk meninggalkan Warisan, dan RM20 juta untuk menjadi menteri Sabah.
Dalam kerajaan yang diketuai Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, Dumi merupakan pembantu menteri pembangunan luar bandar Sabah.
Kata Muhammad, ketika PRN Sabah semakin menghampiri kebimbangan seterusnyma ialah sama ada berlaku aktiviti membeli undi atau tidak dalam kalangan orang ramai.
"Kami tahu ini merupakan tugas sukar tetapi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mesti melakukan apa yang termampu bagi menghalang tindakan yang tidak boleh dimaafkan itu daripada berlaku.
"Rakyat pula tidak sepatutnya membiarkan ia terjadi kerana rasuah akan memusnahkan setiap inti pati demokrasi," katanya.
Muhammad juga menggesa agar semua anggota dewan undangan negeri (Adun) Sabah melaporkan sebarang cubaan merasuah mereka kepada SPRM walaupun bukti mengenainya sukar dikumpul.
Kata Muhammad perbuatan menawarkan rasuah juga merupakan suatu kesalahan mengikut undang-undang negara.
Menurutnya ada kewajiban berkanun untuk seseorang melaporkan perbuatan cubaan menawarkan rasuah tersebut kepada pihak berkuasa.
Apabila SPRM sudah mendapat maklumat berkaitan, kata Muhammad, agensi penguat kuasa antirasuah itu boleh memanggil pihak yang berkenaan untuk disoal siasat.
"Kepada beberapa wakil rakyat yang sudah membuat kenyataan terbuka bahawa ada tawaran dibuat, SPRM sepatutnya bertindak segera untuk menemu bual ahli politik terbabit dan memulakan siasatan," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/ti-m-rasa-aneh-adun-kerajaan-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warisan Tumbang Musa Aman Ambil Alih Kerajaan Negeri Sabah

Warisan Tumbang Musa Aman Ambil Alih Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 929 hits
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman hari ini mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan negeri itu Beliau berk...
Upko Pecat Adun Sokong Musa Rampas Kerajaan Sabah

Upko Pecat Adun Sokong Musa Rampas Kerajaan Sabah

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 382 hits
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu memecat Naib Presidennya yang juga Adun Paginatan Abidin Madingkir kerana menyokong bekas ketua menteri Musa Aman untuk menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Warisan Keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi ...
Rm100 Juta Untuk Pikat Adun Kerajaan Sabah Gagal

Rm100 Juta Untuk Pikat Adun Kerajaan Sabah Gagal

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 253 hits
Tidak kelihatan seorang pun Yang Berhormat Pro Kerajaan Negeri Sabah hadir di istana negeri untuk menghantar SD kepada TYT Sabah sebagai tanda sokongan terhadap musa aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru Tindakan ini adalah cubaan kali...
Sprm Sabah Siasat Dakwaan Adun Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti

Sprm Sabah Siasat Dakwaan Adun Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 462 hits
KOTA KINABALU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah akan menyiasat dakwaan kononnya terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti Pengarahnya S Karunanithy berkata SPRM Saba...
Kerajaan Baru Di Sabah Hujung Minggu Ini

Kerajaan Baru Di Sabah Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 299 hits
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman membuat langkah baru untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah Pemimpin Perikatan Nasional Sabah meramalkan kerajaan baru bakal ditubuhkan pada hujung minggu ini Adun Sungai S...
17 Ogos Untuk Putuskan Sama Ada Pembubaran Dun Sabah Boleh Diadili

17 Ogos Untuk Putuskan Sama Ada Pembubaran Dun Sabah Boleh Diadili

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 285 hits
By 7 August 2020KOTA KINABALU Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Ogos ini untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri baru baru ini boleh diadili iaitu boleh dibicarakan di mahkamah ...
Susulan Kerajaan Dap Warisan Tumbang Shapie Apdal Bubarkan Dun Sabah

Susulan Kerajaan Dap Warisan Tumbang Shapie Apdal Bubarkan Dun Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 311 hits
Oleh JebatSusulan kerajaan Katak Warisan DAP tumbang Shapie Apdal mencari jalan penyelesaian dengan meminta DUN Sabah dibubarkan sekaligus membolehkan pilihanraya negeri diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Selepas PRU14 yang ...
Politik Sabah Tidak Gugat Sokongan Terhadap Ph Anwar

Politik Sabah Tidak Gugat Sokongan Terhadap Ph Anwar

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 363 hits
MELAKA Pakatan Harapan yakin konflik politik yang berlaku di Sabah tidak akan memberi impak kepada kejatuhan mereka Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin rakyat begitu memahami sepak terajang politik dalam kalangan ahli...
Kenyataan Rasmi Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Mengenai Kerajaan Baharu Sabah

Kenyataan Rasmi Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Mengenai Kerajaan Baharu Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 488 hits
1 Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dari pelbagai parti 2 Saya juga ingin memaklumkan...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Conflation A Political Tool To Muck Things Up

Yummy Rojak Mee