Undi Percaya Pm10 Hanya Gimik Kata Ketua Pembangkang


bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Mohd Nasaruddin Parzi dan Muhammad Yusri Muzamir 
[email protected]
- Disember 19, 2022 @ 4:00pm
Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin berbahas pada Mesyuarat Pertama Penggal Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.- Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri SaaliKUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah gimik semata-mata terutama selepas perjanjian dimeterai antara kerajaan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, usul yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof itu mewujudkan pelbagai persoalan.

"Apakah usul ini mempersoalkan kuasa dan keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong atau kerana kerajaan dibentuk ini adalah kerajaan minoriti walaupun seperti kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun bahawa Yang Berhormat Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudah pun dalam pusingan pertama memperoleh sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Kami sedar bahawa usul ini adalah gimik semata-mata apatah lagi dilakukan selepas satu perjanjian kerjasama ditandatangani semua pemimpin untuk menyokong Pakatan Harapan (PH)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berbahas pada usul percaya Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu itu, Hamzah menyifatkannya sebagai satu perjanjian yang menyekat dan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Katanya, kesan kumulatif peruntukan daripada perjanjian terbabit menyebabkan semua Ahli Parlimen daripada PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN) untuk mengundi hanya dengan cara yang dikehendaki oleh Anwar.

"Ini bercanggah dengan prinsip asas berparlimen yang dijamin Perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan dasar awam, tidak sah serta tidak dibenarkan undang-undang.

"Adakah ini demokrasi yang dilaungkan Yang Amat Berhormat Tambun. Yang Amat Berhormat Tambun tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sanggup melanggar prinsip perjuangan sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Hamzah meminta Anwar menyaman media Eropah, yang menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri dengan menggelarnya sebagai 'homoseksual sepenuhnya' (full-blown homosexual).

Beliau menegaskan, ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan Perdana Menteri mesti mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

"Dia (media Eropah) berkata Anwar sebelum ini disabitkan mengenai perkara itu, merujuk kepada sabitan kesalahan liwat sebelum ini, tetapi mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/undi-percaya-pm10-hanya-gimik-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1277 Gempar Ini Motifnya Anwar Ibrahim Teruskan Usul Undi Percaya Pm10

Rentasan 1277 Gempar Ini Motifnya Anwar Ibrahim Teruskan Usul Undi Percaya Pm10

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 220 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1277 1 APABILA PEMBOHONG MENUDUH PIHAK LAIN MENIPU 2 PEMIMPIN PN TAK TAHU BEZA KRITIKAN DENGAN FITNAH 3 BERANI KERANA BENAR Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Malaysia ...
Hanya Layak Jawatan Pm Ke Sepatutnya Jadi Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat Tak Hendak

Hanya Layak Jawatan Pm Ke Sepatutnya Jadi Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat Tak Hendak

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 206 hits
Hanya layak jadi PM ke Shahrir bidas kritikan Muhyiddin terhadap kerajaan perpaduanFMT ReportersPETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad membidas Muhyiddin Yassin yang mengkritik kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Sha...
Anwar Harus Saman Media Antarabangsa Atas Dakwaan Homoseksual Tegar Kata Ketua Pembangkang

Anwar Harus Saman Media Antarabangsa Atas Dakwaan Homoseksual Tegar Kata Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 215 hits
Hamzah Zainudin menggesa kerajaan dipimpin Anwar Ibrahim perlu mengambil tindakan tegas berhubung penerbitan artikel tersebut kerana ia berkait dengan imej negara Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim sup...
Siri 175 Undi Percaya Terhadap Pm10 Apa Implikasinya

Siri 175 Undi Percaya Terhadap Pm10 Apa Implikasinya

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 189 hits
BICARA HJ KHALID SAMAD TAJUK UNDI PERCAYA TERHADAP PM10 APA IMPLIKASINYA TARIKH 19 12 2022 MASA 9 00 MLM MODERATOR MOHD SHAIFUL ROSEMAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBERI SUMBANGAN ATAU TAJAAN SI
Muhyiddin Bakal Turun Naik Mahkamah Ketua Pembangkang Pun Ada Banyak Kes

Muhyiddin Bakal Turun Naik Mahkamah Ketua Pembangkang Pun Ada Banyak Kes

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 156 hits
tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kepada mereka yang terlibat dengan salah guna kuasa muhyiddin bakal menjadi pemimpin pertama turun naik mahkamah bantuan awal persekolahan kepada semua pelajar pembatalan perayaan tahun baru isu pena...
Umno Tetap Tak Percaya Dap Walau Sudah Berkahwin Kata Tajuddin

Umno Tetap Tak Percaya Dap Walau Sudah Berkahwin Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 191 hits
agendaily com25 12 2022Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengingatkan ahli UMNO supaya berhati hati dengan jarum halus DAP walaupun kini telah menjadi rakan kongsi Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Ta...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord