Undi Percaya Pas Terhadap Dr M Dirancang Untuk Kelam Kabutkan Ph Tok Mat




Rancangan PAS untuk melakukan undi percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad bulan lalu dirancang untuk mengganggu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan menggagalkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan yang mempengerusikan jawatankuasa perundingan Muafakat Nasional (MN), berkata ia adalah sebahagian tugas mereka sebagai pembangkang ketika itu.
“Itu sebabnya dalam mesyuarat kita katakan, PAS buat kenyataan, kita buat undi percaya kepada perdana menteri, kerana kita tau Bang Non (Anwar) nak jadi perdana menteri.
“Undi percaya pada PM Mahathir, kita bubuh satu bom asap, tengok macam mana dia lari tengah malam atau pun tak.
“Kita memang rancang begitu, supaya biar dia kelam kabut, dia dah syak wasangka antara satu sama lain. Itulah yang retakkan kedua-dua belah.
“Zaman kita sekarang zaman pelik, memang pelik. Mana ada pembangkang nak undi percaya kepada perdana menteri. Pembangkang selalunya buat undi tak percaya, dia (PH) pening kepala,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Pagoh pagi ini.
Video ucapan tersebut disiarkan oleh laman Facebook Umno Online.
Desakan penyokong Anwar kepada Mahathir untuk meletakkan jawatan dikatakan sebagai sebab mengapa Bersatu bergabung dengan Umno dan PAS untuk membentuk kerajaan baru.
Langkah itu mencetuskan krisis politik yang menyebabkan Mahathir meletak jawatan.
Ia berakhir dengan presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang menjadi tonggak gabungan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, BN, dan PAS, dengan sokongan dari GPS.
Mohamad juga menafikan bahawa Umno merampas kuasa daripada kerajaan PH.
“Sebenarnya kita tak merampas kuasa sesiapapun. Kerajaan Pakatan Harapan yang jatuh, kerajaan Pakatan Harapan yang terbubar,” katanya.
Bagaimanapun, beliau juga mengatakan bahawa sekiranya kerajaan PH dibiarkan maka ia akan menyebabkan orang Melayu menderita.
“Kerajaan PH kalau kita biar lagi 2 hingga 3 tahun akan datang, kemudaratan yang amat dasyat kepada orang Melayu dan agama Islam.
“Itu yang kita perlu cegah, itu yang perlu kita turunkan mereka segera, tapi mereka turun terlalu cepat kita pula ternganga,” katanya berseloroh.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/08/undi-percaya-pas-terhadap-dr-m-dirancang-untuk-kelam-kabutkan-ph-tok-mat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=undi-percaya-pas-terhadap-dr-m-dirancang-untuk

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Dedah Undi Percaya Pas Kepada Tun M Strategi Perangkap Ph

Tok Mat Dedah Undi Percaya Pas Kepada Tun M Strategi Perangkap Ph

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 569 hits
SABTU 7 Mac Rancangan PAS untuk melakukan undi percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad bulan lalu dirancang untuk mengganggu kerajaan Pakatan Harapan dan menggagalkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Timbalan Presiden UMNO Mohama...
Kemelut Senyum Tun M Menang Pas Batal Undi Percaya Dr M

Kemelut Senyum Tun M Menang Pas Batal Undi Percaya Dr M

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 371 hits
PAS batal undi percaya Dr MPAS akan membatalkan hasrat untuk membawa undi percaya di parlimen terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan parti itu berpuas hati dengan keputusan Majlis Preside...
Undi Tak Percaya Pm Umpama Tak Percaya Agong Presiden Pas

Undi Tak Percaya Pm Umpama Tak Percaya Agong Presiden Pas

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 255 hits
Semua pihak perlu hormat keputusan menilai tindakan berkenaanMARANG PAS menyifatkan undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama seperti tidak percaya kepada Yang di Pertuan Agong Astro AWANI melaporkan Presiden ...
Undi Percaya Penulis Malaysiakini Sedar Tak Pas Sekarang Ni Adalah Kerajaan

Undi Percaya Penulis Malaysiakini Sedar Tak Pas Sekarang Ni Adalah Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 401 hits
Terbaca tulisan Haspaizi Zain di Malaysiakini kononnya mensyorkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang supaya membawa usul menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 18 Mei depan Anthony Loke pun men...
Tok Mat Hasan Janji Guan Eng Kementerian Kewangan Akan Disiasat

Tok Mat Hasan Janji Guan Eng Kementerian Kewangan Akan Disiasat

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 693 hits
KERAJAAN Perikatan Nasional akan menyiasat pengurusan Kementerian Kewangan ketika di bawah teraju Lim Guan Eng kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga menuduh Lim menjual aset negara dan menam...
Tok Mat Tok Pa Antara Calon Disebut Sebut

Tok Mat Tok Pa Antara Calon Disebut Sebut

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 284 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dilihat antara calon yang layak dipertimbang menganggotai Kabinet bagi menerajui kementerian yang penting Dal...
Jika Terbukti Ada Penyelewengan Kita Bawa Guan Eng Ke Mahkamah Tok Mat

Jika Terbukti Ada Penyelewengan Kita Bawa Guan Eng Ke Mahkamah Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 707 hits
Jika ada penyelewengan kita akan bawa Lim Guan Eng ke mahkamah dia tidak boleh terlepas begitu sahaja bukan kita mahu balas dendam tapi ini adalah masalah negara dan kita harus pertahankan ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Je...
Keutamaan Kita Adalah Tanah Air Dan Masa Depannya Tok Mat

Keutamaan Kita Adalah Tanah Air Dan Masa Depannya Tok Mat

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 855 hits
Krisis kepimpinan Malaysia akhirnya selesai dan suasana gawat politik telah reda Telah terbit fajar baru untuk Malaysia Sesuatu yang mesti kita hargai dari semua episod ini ialah betapa matangnya rakyat Malaysia Negara terus aman dan damai ...
Yang Lebih Penting Dari Politik Amp Segalanya Adalah Kemanusiaan Tok Mat

Yang Lebih Penting Dari Politik Amp Segalanya Adalah Kemanusiaan Tok Mat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 330 hits
Pelbagai kejutan rakyat peroleh sejak dari semalam lagi berhubung kegawatan politik negara Paling menggemparkan sudah tentu peletakkan jawatan Tun Dr mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia siang tadi Satu demi lanskap politik nega...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest