Undi Percaya Penulis Malaysiakini Sedar Tak Pas Sekarang Ni Adalah Kerajaan
Terbaca tulisan Haspaizi Zain di Malaysiakini kononnya mensyorkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang supaya membawa usul menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 18 Mei depan.
Anthony Loke pun menyokong syor tersebut.
Pertama aku nak jelaskan sebelum ini PAS adalah pembangkang dan PAS nak bawa usul menyokong Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Masa itu banyak yang bantah dengan pelbagai cemohan dan tuduhan. Hari ini lain pula mulut-mulut yang mencemoh sebelum ini.
Rupanya puak ni jenis suka u-turn. Sekejap itu sekejap ini. Patutlah Anwar jadi bakal PM sampai ke tua kerana sikap pimimpin mereka yang tak tetap penderian.
Dulu semasa nak bawa usul PAS adalah pembangkang, sekarang PAS adalah kerajaan jadi yang patut bawa usul ini ialah pembangkang. DAP melalaui Anthony Loke boleh mencuba. AMANAH dan PKR pun bole juga.
Itu pun tak faham, engkau tu sekarang bukan kerajaan engkaulah bawa usul. Takkan PAS kerajaan nak sokong?? Bolehlah engkau huru harakan PN pula takut menjadi!!
lucu-lucu tak sedar diri dah jadi pembangkang
Ku Mansor
Perak
----
PAS disyor bawa usul undi percaya Muhyiddin
Haspaizi Zain
Diterbitkan 7 Mar 2020, 11:59 pm
Presiden PAS Abdul Hadi Awang disyor supaya membawa usul menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 18 Mei depan.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengajukan cadangan itu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Hadi yang mendakwa usul undi tidak percaya Pakatan Harapan (PH) terhadap Muhyiddin bermakna tidak percaya kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.
“Hadi kata usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin bermakna tidak percaya Agong.
“Baik saya cadang Hadi boleh buat usul undi percaya kepada Muhyiddin, kita bahas dan kita undi di parlimen,” katanya ketika Ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Klang, malam tadi.
Semalam, Hadi menyifatkan pemimpin PH yang ingin membuat undi tidak percaya berhubung pelantikan perdana menteri sebagai tidak percaya kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.
Presiden PAS itu berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menyelesaikan isu berkenaan secara demokratik.
"Syukur pada Allah SWT dan terima kasih pada rakyat yang telah menghadapi dengan tenang dengan damai dan aman dan kepadaYang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang telah selesaikan secara demokratik.
"Walaupun Tuanku tak terbabit politik, tetapi bila menghadapi masalah politik mestilah mengambil saluran yang betul mengikut perlembagaan.
"Mereka yang nak buat undi tak percaya (pada perdana menteri), tidak percaya pada Tuanku, tak percaya pada Yang di-Pertuan Agong, terpulang rakyat untuk menilai mereka," katanya dalam satu sidang media khas di Rusila, Terengganu.
Bagaimanapun, Anthony (gambar, bawah) hari ini berkata, usul percaya berkenaan jika dibawa PAS dapat membuktikan sama ada Muhyiddin mendapat sokongan di Dewan Rakyat ataupun tidak.
Beliau juga mengingatkan dalam keadaan sekarang "paling penting rakyat kena bertenang" dan sebarang tindakan "mesti berpandukan perlembagaan.”
Hadir sama pada majlis itu, Presiden parti Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.
Abdul Hadi pada 14 Feb lalu berkata usaha parti itu membentangkan undi percaya kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri di parlimen selari dengan proses demokrasi.
Hadi bagaimanapun berkata terdapat pihak yang menjadi “penakut” ketika berdepan usul itu.
Undi percaya Dr M bikin PH syak wasangka
“Dan kita (PAS) tak takut, tapi ada orang yang ‘penakut’. Takut apa?
"Bukan saya nak kipas, saya nak selamatkan rakyat. Lebih kepada melibatkan rakyat, tumpuan.
“Tak ada tanda tanya siapa nak ambil alih, siapa perdana menteri itu, tak ada tanda tanya.
“(Kalau) Jatuh…. pilih pengganti dia (perdana menteri) siapa dia? Sebab dia (Mahathir) kenal semua. Dia kenal, sebab dia paling lama yang ada ini,” kata Hadi lagi.
Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan mendedahkan pada hari ini rancangan PAS untuk melakukan undi percaya terhadap Dr Mahathir bulan lalu dirancang untuk mengganggu kerajaan PH dan menggagalkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri.
Katanya, ia menjadi sebahagian tugas mereka sebagai pembangkang ketika itu.
"Kita memang rancang begitu, supaya biar dia kelam kabut, dia dah syak wasangka antara satu sama lain. Itulah yang retakkan kedua-dua belah.
"Zaman kita sekarang zaman pelik, memang pelik. Mana ada pembangkang nak undi percaya kepada perdana menteri. Pembangkang selalunya buat undi tak percaya, dia (PH) pening kepala," katanya.
MR : Nanti masuk Parlimen jangan tersilap tempat duduk!
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/undi-percaya-penulis-malaysiakini-sedar.html