Undi Belah Bahagian Umno Sokong Belanjawan 2021 Demi Rakyat Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen  Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan semua  Ahli Parlimen UMNO kecuali Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh  Hamzah akan menyokong bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU)  Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Menurut Nazri, kerajaan memerlukan perbelanjaan untuk membantu rakyat dan juga melawan pandemik COVID-19
"Kami  tidak boleh menolak Belanjawan ini kerana ia akan memberi kesan kepada  perbelanjaan untuk membantu rakyat dan usaha kerajaan melawan COVID-19
"Ia adalah komitmen kami demi rakyat bukan kerana menyokong Perdana Menteri sedia ada," katanya 
kepada Astro AWANI.
Selain Nazri, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi jaminan akan menyokong bacaan kali ketiga Belanjawan 2021
Menerusi  akaun Twitternya, Ahmad Maslan menjelaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri  Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga sudah melaksanakan tugasnya dengan  baik
“Adakah saya akan undi Bajet 2021  di Dewan Rakyat? Jawapannya 'ya' saya sokong Belanjawan 2021 ini dan  mengundi agar ianya diluluskan
“Menteri  Kewangan telah laksana tugas dengan baik. Tentang KWSP dan moratorium  masih boleh dirunding dengan pihak-pihak yang berkaitan jika ada  syarat-syarat yang sukar,” katanya
Bacaan  kali ketiga Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat mendapat perhatian apabila  terdapat ura-ura ia akan digagalkan oleh blok pembangkang dengan  kerjasama beberapa Ahli Parlimen kerajaan
Dalam  satu kenyataan media pada Isnin, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk  menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat  esok
Gabungan itu juga menggesa semua ahli parlimen daripada pembangkang mahupun kerajaan untuk turut sama menolak Belanjawan 2021
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/12/undi-belah-bahagian-umno-sokong.html