Undi 18 Dan Pendidikan Politik



Pada 23 Julai 2019oleh Sheikh ‘Umar Bagharib Ali
Tahniah rakyat Malaysia kerana berjaya membuat satu lagi sejarah bersama – menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun. Pindaan Perlembagaan adalah suatu yang sukar berlaku sejak 2008 kerana tiada kerajaan yang menguasai Dewan Rakyat melebihi majoriti dua pertiga. Begitu juga pada kali ini. Namun usul ini berjaya juga dilaksanakan kerana pembangkang turut bersama-sama menyokongnya. Pada mereka yang sangsikan #YouthPower, inilah antara buktinya – rupa-rupanya begitu dasyat kuasa anak muda ini, mampu menyatukan Dewan Rakyat!Pindaan Perlembagaan ini yang juga disekalikan dengan pendaftaran pengundi secara automatik bakal menyaksikan pertambahan 7.8 juta pengundi baru atau peningkatan sekitar 50 peratus daripada jumlah pengundi sedia ada, iaitu 14.9 juta orang. Jika PRU ke-15 dijalankan dalam tempoh empat tahun dari sekarang, kemungkinan mereka yang kini berusia 14 tahun bakal menjadi pengundi pada masa itu. Maka apakah langkah kita untuk mempersiapkan bakal pengundi kita ini agar mereka membuat keputusan yang terbaik untuk negara?Barangkali inilah masanya untuk kita bercakap tentang pendidikan politik. Akan tetapi, sebagaimana dengan pendidikan seks, pendidikan politik juga antara subjek yang seakan tabu untuk dibincangkan. Kedua-dua subjek ini ada persepsi yang sangat negatif. Seolah-olah apabila anak-anak kita diajarkan dengan pendidikan seks, maka akan berleluasalah pembuangan bayi dan jika kita mendidik anak kita dengan pendidikan politik, mereka akan saling berpecah-belah dan caci-mencaci. Hal ini sangatlah aneh kerana matlamat kedua-dua pendidikan ini adalah untuk mengatasi masalah yang kita khuatirkan itu.Asal persepsiReaksi songsang ini menunjukkan masyarakat kita tidak memiliki konsep yang betul mengenai dua bentuk pendidikan ini. Persepsi kita dibentuk hanya daripada tanggapan kasar terhadap berita-berita sensasi di media massa. Kita memilih untuk tidak memeriksa bagaimana mata pelajaran ini dilaksanakan di sekolah di negara-negara demokrasi maju yang lain.Jangan-jangan apabila kita bersikap demikian itu menunjukkan cara sebenar kita dalam berpolitik. Kita merasakan politik adalah tentang jatuh-menjatuh serta saling membenci. Sedangkan ini bukanlah tujuan kita berpolitik. Kita berpolitik kerana mahu mendapatkan keputusan yang terbaik buat masyarakat terbanyak. Apakah sebenarnya pendidikan politik ini harus kita mulakan dengan diri kita terlebih dahulu?Jadi, apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan pendidikan politik?Berdasarkan disiplin Sains Politik, pendidikan politik secara mudahnya ditakrifkan sebagai pembinaan keupayaan seorang warga untuk terlibat dalam proses membuat keputusan pada tingkat yang berbeza, baik dalam politik formal mahupun tidak formal. Ia termasuk pemahaman bagaimana kerajaan berfungsi dan isu-isu penting yang dihadapi oleh masyarakat, serta kemahiran berfikir kritis untuk menilai pandangan yang berbeza.Maka, pendidikan politik ini seringkali ditindan-tindih dengan pendidikan sivik, pendidikan kenegaraan, pendidikan moral serta pemikiran kritis. Ada juga yang menyatakan bahawa pendidikan sejarah serta kajian tempatan juga sebahagian daripada pendidikan politik. Malah banyak pengkaji meletakkan matlamat pendidikan itu sendiri, selain daripada menyediakan pelajar untuk menyertai dunia pekerjaan, juga memiliki fungsi politik iaitu membentuk warga yang bertanggungjawab – sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dengan jelas menyatakan:“Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.”Nah, ertinya telah dinyatakan dengan jelas mengenai tujuan politik dalam pendidikan negara kita. Namun persoalannya, jika pembelajarannya telah dibuat, apa perlunya pendidikan politik ini ditimbulkan lagi?Kecelikan PolitikPendidikan politik bukan menyuruh pelajar kita menghafal sejarah parti politik atau pemimpin-pemimpinnya (walaupun sedikit sebanyak ini yang dilakukan sebelum ini) tetapi lebih penting adalah bagaimana membina kemahiran berfikir serta mengartikulasikan idea mereka. Pendidikan politik juga bertujuan untuk mendidik pelajar dengan semangat demokrasi; merayakan kemajmukan pandangan, menghargai perbezaan serta menghormati keluhuran Perlembangaan.Pendidikan politik tidak harus menjurus pelajar untuk menyanjung atau memuja mana-mana parti mahupun pemimpin tertentu tetapi pada masa sama masih berlaku adil terhadap sumbangan serta bakti mereka. Malah, matlamat pendidikan politik adalah untuk membebaskan rasa kebergantungan (dependency) ini yang merupakan saki baki nilai neo-feudalisme yang masih melekat dalam diri kita.Pendidikan politik juga harus menekankan penggunaan rasional dalam menimbang hujah serta pandangan. Hanya dengan ini, anak-anak kita dapat membezakan antara retorik dan logik. Mereka juga mesti memahami aspirasi negara – bukan parti pemerintah – contohnya melalui pengertian Rukun Negara (yang kadang-kala pada kita hanyalah hafalan mentera semasa perhimpunan mingguan di sekolah). Secara mudahnya, pendidikan politik inilah yang bakal menghasilkan warga yang matang ataupun dalam disiplin Sains Politik sering dirujuk sebagai political literacy (kecelikan politik).Maka saya sangat setuju dengan pandangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini bahawa sekolah bukan tempatnya untuk berpolitik (kepartian) tetapi memperkenalkan mekanisme demokrasi bagi membolehkan warga hidup secara bersama dengan aman. Oleh itu, pendidikan politik di sekolah tidak semestinya dengan pengenalan mata pelajaran baru. Ia boleh sahaja dengan pemantapan mata pelajaran sedia ada. Apa yang penting adalah melahirkan bakal pengundi atau warga yang matang dalam berpolitik. Bukankah kematangan ini yang banyak dipersoalkan oleh kita terhadap anak-anak muda? – Roketkini.com*Sheikh ‘Umar Bagharib Ali alah Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh; Pengerusi jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi’ dan Ketua DAPSY Johor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/undi-18-dan-pendidikan-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Pendidikan Politik Supaya Tak Babi Buta Laksana Undi18

Beri Pendidikan Politik Supaya Tak Babi Buta Laksana Undi18

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 167 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Ahli politik jangan ambil kesempatan ajar remaja berpolitik di sekolahBANGI Ahli politik diminta tidak mengambil kesempatan menggunakan golongan remaja dengan mengajar mereka bermain politik kepartian di sekolah susu...
Pkr Ulangi Tolak Politik Jijik

Pkr Ulangi Tolak Politik Jijik

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 151 hits
Tindakan tegas terhadap ahli pemimpin disabit bersalah Anwar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim BANGI Parti Keadilan Rakyat hari ini mengulangi prinsip dan komitmen menolak sekeras kerasnya sebarang bentuk politik jijik kata Datuk Seri A...
Ph Malapetaka Politik Negara Ini Taawun Umno Pas Diperkukuh Annuar

Ph Malapetaka Politik Negara Ini Taawun Umno Pas Diperkukuh Annuar

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 206 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Pakatan Harapan adalah malapetaka politik bagi rakyat di negara ini Katanya biarpun PH menggambarkan pentadbiran mereka ini adalah Malaysia Baharu tetapi tidak ada yang baharu Semenjak UMNO ...
Rajut Kembali Persatuan Tokoh Politik Diminta Berhenti Saling Hujat

Rajut Kembali Persatuan Tokoh Politik Diminta Berhenti Saling Hujat

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 128 hits
Indonesia terkenal dengan ragam budaya bahasa ras dan agama Sejak dahulu hingga saat ini masyarakat terbiasa hidup di tengah tengah kearifan budaya lokal seperti gotong royong dan toleransi dalam menghadapi perbedaan
Anak Bekas Mb Terengganu Jadi Penyanyi Tak Minat Politik Memenatkan Sejak Kecil Dengar Ceramah

Anak Bekas Mb Terengganu Jadi Penyanyi Tak Minat Politik Memenatkan Sejak Kecil Dengar Ceramah

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 713 hits
MESKIPUN membesar dalam persekitaran dunia politik anak bongsu kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said iaitu Cash Farhan enggan terjun dalam bidang yang sama Cash atau nama sebenar Muhamad Asyrol Farhan Ahmad berkata dia...
Gerindra Bimbang Sikap Politik Jk Nilai Harus Ada Keseimbangan Koalisi Dan Oposisi

Gerindra Bimbang Sikap Politik Jk Nilai Harus Ada Keseimbangan Koalisi Dan Oposisi

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 151 hits
Partai Gerindra tengah mempertimbangkan sikap politiknya untuk tetap berada di barisan oposisi atau bergabung dengan koalisi pemerintahan Jokowi Ma ruf Amin Wakil Presiden Jusuf Kalla menilai perlu adanya keseimbangan antara partai koalisi ...
Semua Nak Politik Ini Majlis Mengaji Solat Anwar

Semua Nak Politik Ini Majlis Mengaji Solat Anwar

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 249 hits
By Foto ANWAR IBRAHIMKUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan majlis zikir dan selawat serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah malam ini di kediamannya merupakan rutin yang diadakan setiap minggu sejak enam bulan lalu ...
Kpn Telah Menjadi Alat Ahli Politik

Kpn Telah Menjadi Alat Ahli Politik

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 565 hits
Inilah yang akan berlaku apabila anda menjadi baruah ahli politik Anda akan terpaksa membuat apa sahaja sekiranya tuan anda membunyikan locengnya Loceng telah pun dibunyikan dan Hamid kena buat apa sahaja termasuk menyelamatkan Azmin Dan it...
Ahy Sebut Arah Politik Demokrat Bakal Diputuskan Sby

Ahy Sebut Arah Politik Demokrat Bakal Diputuskan Sby

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 164 hits
Hal itu pula yang disampaikan AHY saat ditanya mengenai perebutan kursi pimpinan MPR yang saat ini tengah dibidik sejumlah parpol
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles