Inilah yang akan berlaku apabila anda menjadi baruah ahli politik Anda akan terpaksa membuat apa sahaja sekiranya tuan anda membunyikan locengnya (seperti cerita Tiga Abdul ketika Abdul Wahub lakonan Allahyarham Pramlee membunyikan loceng untuk memanggil khadamnya). Loceng telah pun dibunyikan dan Hamid kena buat apa sahaja, termasuk menyelamatkan Azmin. Dan itulah apa yang Hamid buat dengan begitu patuh sekali.NO HOLDS BARREDRaja Petra KamarudinKetua Polis Negara (IGP), Abdul Hamid Bador telah mengharungi ombak tinggi dan juga rendah semenjak beberapa tahun ini. Nama beliau mula menonjol pada tahun 2015 ketika beliau masih menjadi Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB). Bosnya, Pengarah Cawangan Khas (SB), Akhil Bulat, mengesyorkan Hamid untuk mengambil alih sebagai Pengarah SB yang baru. Akan tetapi, mantan KPN, Khalid Abu Bakar telah menyekatnya
Akhil Bulat mahukan Hamid Bador sebagai Pengarah SB yang baru tetapi disekat oleh Ketua Polis Negara Khalid Abu BakarJenayah yang dilakukan oleh Khalid yang boleh membuatkan dia dipenjara tidak didedahkan sehingga ke hari ini. Tetapi Khalid telah menghantar Hamid ke dalam gua menyebabkan peperangan antara mereka berdua bertambah lagi teruk. Khalid dikatakan sebagai pro-Najib Tun Razak. Jadi, Hamid pula secara terbuka menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menunjukkan tentangannya kepada bossnya sendiri iaitu Khalid
Setiap manusia, samada lelaki atau pun perempuan malah budak yang berusia tujuh tahun pun tahu bahawa Azmin didalam video lucah gay itu. Walau bagaimanapun, Hamid tidak mempunyai pilihan lain dan mengumumkan bahawa didalam video itu bukannya Azmin. Malah mereka tidak dapat mengenal pasti siapakah lelaki yang dalam cermin itu… eh silap, lelaki didalam video itu.Ya, mereka tidak dapat mengenal pasti siapa yang ada dalam video lucah gay itu, tetapi apa yang mereka tahu adalah lelaki yang didalam video itu bukannya Azmin|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |