Umur Anak 2 Tahun Memang Suka Tantrum Jangan Marah Dulu Kena Sabar Dan Pujuk Si Kecil


Sukar nak faham perangai anak umur 2 tahun terutama bila mereka tantrum. Tapi ayah terutamanya jangan cepat marah sebaliknya kena sabar dan pujuk si kecil.
“Kenapa tak dengar cakap papa ni. Kan papa suruh diam. Jangan nangis lagi. Degil ya!” marah si ayah pada anaknya berusia 2 tahun yang buat perangai lepas tu sengaja menangis kuat-kuat.
Mesti ramai ayah yang bersikap begini kan? Menggunakan kuasa veto seorang ayah untuk mengawal si anak yang baru berusia tak lebih 3 tahun daripada berbuat nakal. Kekerapan si kecil buat perangai dan kuat mengamuk, benar-benar menguji kesabaran ayah. Tapi puas dimarah dan dipukul, anak tetap tak makan saman. Betulkah cara didikan tersebut?
Pada yang bergelar ayah bolehlah baca perkongsian ilmu daripada Ibu Rose, seorang Family & Love Guru yang telah berkecimpung di dalam bidang pembangunan modal insan dan pendidikan melebihi 27 tahun ini. Semoga bermanfaat dalam mendidik anak menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat
Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya. Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.

Ibu katakan kepadanya, “Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa di mana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti” Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; “sampai bila fasa ni Ibu?” Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.
Jangan cepat melabel anak itu dengan label yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, ‘budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!
“Tak boleh marah ke Ibu?” tanyanya lagi…” marah berpatutanlah jika perlu sangat api perlu faham anak pada usia ini belum faham pun.
Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him, jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia ini akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh.
It is just a phase so chill a little bit.
“Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu.” sambungnya lagi. Jawapan Ibu, “siapa kata?”
“Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc. Itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum. Emak ayah dulu pun tahu dan ramai di antara mereka sangat sabar. Mereka sering berkata…ala budak…kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar. Itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak. Nak pilih contoh yang mana?” tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.
Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu. Kata-kata akhir seorang tu… “Eh, banyak kena tahu ni….besar tanggung-jawab ni.”  Nanti Ibu cerita lagi boleh?” Ibu mengangguk bersyukur.
Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para ayah yang sentiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.
 

Faham fasa anak kecil
Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.
Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.
Kenapa?
Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun.
Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti.
Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).
Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!
Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya. Wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.

Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?
Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura-kura masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu. Penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.
Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum. Bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut “Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”
Wahai ayah-ayah semua, gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini. You show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlakmu.
Orang akan kata kita manjakan anak. Itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu, dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke. Sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu.
Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak.
Sumber: iburose.com
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Umur Anak 2 Tahun Memang Suka Tantrum. Jangan Marah Dulu, Kena Sabar Dan Pujuk Si Kecil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/umur-anak-2-tahun-memang-suka-tantrum-jangan-marah-dulu-kena-sabar-dan-pujuk-si-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawah 1 Tahun Anak Dalam Fasa Suka Baling Barang Bukan Sebab Nakal Elak Marah Mereka

Bawah 1 Tahun Anak Dalam Fasa Suka Baling Barang Bukan Sebab Nakal Elak Marah Mereka

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 471 hits
Mommy cakap tak baik baling barang Marah si ibu pada anaknya yang berusia 11 bulan Baginya perbuatan membaling barang adalah sesuatu yang tidak patut dan biadap Tetapi sebenarnya ada perkara yang menyebabkan si kecil tersebut membaling bara...
Anak Hisap Jari Masa Kecil Normal Umur 2 4 Tahun Dah Kena Berhenti Bukan Gigi Je Tak Cantik Boleh Sebabkan Masalah Lain

Anak Hisap Jari Masa Kecil Normal Umur 2 4 Tahun Dah Kena Berhenti Bukan Gigi Je Tak Cantik Boleh Sebabkan Masalah Lain

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 729 hits
Bayi atau anak yang masih kecil menghisap jari adalah perkara normal menurut Dr Iqbal Rosali Tapi bila dah sampai tahap umur antara 2 hingga 4 tahun tabiat ini perlu dihentikan Lagi awal dapat buang tabiat anak menghisap jari ini lagi bagus...
Fasa 0 10 Tahun Anak Suka Cari Perhatian Rugi Kalau Abaikan Fikir Anak Kecil Lagi

Fasa 0 10 Tahun Anak Suka Cari Perhatian Rugi Kalau Abaikan Fikir Anak Kecil Lagi

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 284 hits
Ish mama sibuk ni jangan kacau mama berlalu lah si kecil bermain sendiri Si kecil ini hanya mengimpikan sedikit perhatian dari si ibu dan juga si ayah Tahukah anda sebenarnya anak mempunyai 2 fasa penting dalam hidup mereka Jika fasa pertam...
Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat

Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 534 hits
Bila cikgu tanya soalan dan cikgu bagitahu jawapan anak saya salah anak saya tak dapat terima dan mengamuk marah Dia tak boleh terima dia salah Jika cikgu puji jawapan kawan kawan lain betul dan jawapan dia sahaja yang salah dia akan marah ...
Jangan Sia Siakan Usia Anak 1 6 Tahun Terlepas Tempoh Ni Kita Akan Rasa Rugi

Jangan Sia Siakan Usia Anak 1 6 Tahun Terlepas Tempoh Ni Kita Akan Rasa Rugi

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 471 hits
Anak anugerah terbesar buat kita menjadi seorang ibu bapa Waktu usia anak 0 6 tahun raikanlah mereka dengan penuh gembira Manfaatkan masa dengan mereka kerana waktu kecilnya hanya sekali saja Bila dah berlalu fasa usianya 6 tahun anda akan ...
Usap Belakang Cium Anak Kalau Tengah Marah Baru Si Kecil Lebih Tenang Senang Nak Suruh Minta Maaf Bila Buat Salah

Usap Belakang Cium Anak Kalau Tengah Marah Baru Si Kecil Lebih Tenang Senang Nak Suruh Minta Maaf Bila Buat Salah

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 312 hits
Dalam membesarkan anak anak yang masih kecil memang banyak cara yang dipraktikkan oleh setiap ibu ayah Ada yang tegas orangnya dan ada juga yang jenis lembut Memang tak dinafikan setiap orang ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak ana...
Foto Baru Umur 29 Tahun Ada 7 Orang Anak Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Kahwin Awal

Foto Baru Umur 29 Tahun Ada 7 Orang Anak Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Kahwin Awal

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 797 hits
Berkahwin pada usia yang muda bukanlah suatu perkara yang pelik ketika ini Ramai diantara kita memilih untuk menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun Tiada apa yang salah mendirikan rumahtangga di usia yang muda namun apa yang pent...
Kalau Nak Marah Jangan Tengking Anak Tip Orang Jepun Didik Anak Jadi Pandai

Kalau Nak Marah Jangan Tengking Anak Tip Orang Jepun Didik Anak Jadi Pandai

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 464 hits
Ibu bapa di negara matahari terbit memang sangat tegas dan menitikberatkan rasa hormat menghormati sebagai budaya dalam mendidik anak anak Bahkan negara tersebut sangat terkenal dengan sikap mereka yang rajin berdisiplin dan pandai Manakan ...
Balik Rumah Anak No 1 Panjat Badan Ajak Main Layanlah Hp Letak Tepi Dulu

Balik Rumah Anak No 1 Panjat Badan Ajak Main Layanlah Hp Letak Tepi Dulu

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 504 hits
Gajet boleh jadi salah satu punca yang merenggangkan hubungan dalam keluarga Baik antara suami isteri atau anak ia cukup memberi impak jika tak ditangani sebaik mungkin Namun bila sebut gajet semua akan cakap ia antara barang terpenting mes...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba