Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat
“Bila cikgu tanya soalan dan cikgu bagitahu jawapan anak saya salah, anak saya tak dapat terima dan mengamuk/marah. Dia tak boleh terima dia salah. Jika cikgu puji jawapan kawan-kawan lain betul dan jawapan dia sahaja yang salah dia akan marah dan cakap “no” sambil menangis dan ulang jawapa dia sepatutnya betul. ” Ada tak mama yang mengalami masalah ini?
Tiada siapa suka akan perkataan Tidak atau No, termasuklah kanak-kanak dan orang dewasa. No bermaksud kekecewaan, No bermakna mereka tidak dapat apa yang mereka perlukan. Kanak-kanak mula belajar bagaimana untuk berhadapan dengan perkara ini sekitar umur 2 atau 3 tahun, apabila perkembangan personality mereka mula terbentuk. Seharusnya, kanak-kanak ini mempunyai keupayaan untuk menyeimbangkan keperluan dalaman dan kehendak luaran berserta dengan tanggungjawab.
Walaubagaimanapun, ada kanak-kanak yang masih belum dapat menerima mesej bahawa No itu adalah sesuatu yang dijangka. Maka, apabila seseorang mengatakan No kepada mereka, mereka tidak boleh mengawal diri dan memberi reaksi balas dengan cara menjerit, menangis, mengugut, dan adakalanya akan membabitkan tingkahlaku fizikal seperti menumbuk dan mencederakan orang lain. Perasaan panik ini terhasil daripada ketidakseimbangan dalam mengawal perasaan masing-masing.
NO adalah perkataan yang kuat. Semua kanak-kanak perlu belajar bagaimana untuk berdepan dengannya. Cuma, ada beberapa perkara ibu bapa perlu mengelakkan kanak-kanak daripada ‘mencetus’ kemarahan atau menghala tingkahlaku kanak-kanak jika mereka mula mencederakan orang lain serta diri sendiri.
Antara cara-cara yang boleh mengurangkan perasaan marah si kecil ialah:
a. Bermula dengan diri sendiri – cuba semak balik bagaimana keadaan ibu bapa jika sedang marah? Menjerit? Meninggikan suara? Menghempas? Kanak-kanak akan memerhati segala perbuatan yang ditunjukkan di hadapan mereka. Ketika kanak-kanak sedang marah, ibu bapa tidak boleh berada di dalam keadaan marah juga. Jika ibu bapa tenang, maka ia akan membantu si kecil untuk mengembangkan neural pathways di dalam otak untuk menghentikan respons ‘marah, seterusnya ia membenarkan frontal cortex mengambil alih tugas untuk berfikir secara logik. Ini adalah apa yang berlaku di dalam otak. Kanak-kanak belajar bagaimana untuk menenangkan diri melalui self-regulation.
b. Kena terima perasaan marah – Ingat kita tidak menggalakkan perasaan marah, tetapi kita tetap perlu menerima perasaan tersebut sebab itu adalah perasaan seorang manusia. Cuma ada ketikanya ada perbuataan yang diselangi oleh emosi tersebut perlu diletakkan sedikit had. Seperti boleh marah, tetapi jangan menjerit-jerit, jangan cederakan diri sendiri dan orang lain. Ketika anak sedang marah, janganlah suruh anak itu tenangkan diri atau buat benda-benda yang baik- sebab ia akan menambahkan marah. Panggil mereka, suruh mereka ceritakan kenapa marah? Pintu komunikasi perlu diwujudkan. Kemudian, apabila anak itu sudah sedikit tenang, baru ibu bapa memberi respons tentang Bahasa, intonasi yang tidak dibolehkan.
c. Menetapkan limit kemarahan – Membenarkan perasaaan tidak bermaksud kita membenarkan juga tingkahlaku yang destruktif. Kanak-kanak tidak boleh langsung dibenarkan memukul orang lain , termasuklah ibu bapanya sendiri. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan si kecil tentang jangan cederakan diri sendiri dan orang sekeliling walaupun sedang marah.
Kredit: En Hazhari (Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kalau Anak Sedang Tantrum, Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga. Cara Ini Kurang Tepat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kalau-anak-sedang-tantrum-ibu-ayah-jangan-tantrum-juga-cara-ini-kurang-tepat/