Balik Rumah Anak No 1 Panjat Badan Ajak Main Layanlah Hp Letak Tepi Dulu


Gajet boleh jadi salah satu punca yang merenggangkan hubungan dalam keluarga. Baik antara suami isteri atau anak ia cukup memberi impak jika tak ditangani sebaik mungkin. Namun bila sebut gajet, semua akan cakap ia antara barang terpenting mesti ada dan seolah-olah wajib.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Ustaz Don Daniyal melalui perkongsian beliau dalam rancangan Keluarga Talk anjuran Majalah Keluarga, pasangan harus tahu gajet ibarat pisau yang boleh ‘menikam diri’ jika tersalah guna.
Mungkin saya masih baru dalam alam perkahwinan. Maklumlah saya kahwin 8 tahun, anak sulung baru 6 tahun, nak cakap tajuk ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya ada sepanjang 8 tahun ini.
Gajet ini ibarat pisau kalau guna dengan betul banyak manfaat. Seperti boleh potong sayur, daging, buat ukiran buah dan sebagainya.Cumanya jika pisau yang sama kita salah guna boleh jadi kes-kes seperti pembunuhan, tikam, budak bunuh ibu dan sebagainya.
Sama juga seperti gajet, ada orang mahir guna gajet boleh jana pendapatan, ada yang amatur sekadar guna tanpa mudarat pada diri dia mahupun orang lain atau ada juga yang salah guna kemahiran dengan benda salah seperti keyboard warrior dan sebagainya. Semuanya terpulang pada diri sendiri bagaimana menggunakan gajet tersebut.

Diri sendiri yang kena kawal
Kita yang buat ‘dia’, jangan sampai ‘dia’ kawal kita.  Kuncinya tarbiah yang mana kena pandai jaga hati. Memang sekarang zaman gajet, ia menyebabkan berlaku jurang dalam keluarga. Melalui tarbiah, ayah kena pegang peranan sebagai ketua keluarga, begitu juga peranan ibu.
Mesti saling mengingati tanggungjawab antara satu sama lain. Contoh paling mudah adalah tanggungjawab kepada anak-anak. Jangan abaikan tanggungjawab tu.
Rumah ibarat istana kita dan semua tempat ada undang-undang. Buatkan undang-undang dalam keluarga. Saya sendiri walau tak kuatkuasa dalam rumah tetapi balik rumah saya akan letak ke tepi handphone dan fokus pada anak-anak. Duduk dan bercerita dengan anak-anak. Itu pun saya rasa tak cukup masa.
Anak akan ikut tabiat ibu ayah
Perlu ingat apabila ibu ayah sibuk dengan gajet, secara tak langsung anak-anak pun akan terikut. Malah ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan gajet untuk mengawal anak-anak.
Sebagai contoh, ada sesetengah ibu bapa akan memberikan gajet pada anak-anak ketika keluar makan bersama. Sepatutnya ibu bapa yang sama-sama mengajak anak-anak untuk memilih menu bersama, kan lebih mesra. Tapi ini tak berlaku pun.

Rumah bising, bersepah itulah baru keluarga
Dalam rumah tangga ada undang-undang dan ada asam garam. Bab anak menangis, riuh, air tumpah, cawan jatuh, dan sebagainya barulah itu keluarga. Namun hari ini kota tak nampak pun nilai tersebut. Semua orang potray dalam facebook, instagram keluarga bahagia semua pakai sedondon, makan dan suap sama-sama. Itu bukan, itu lakonan semata-mata.
Dalam keluarga suami, isteri dan anak-anak ada karekter masing-masing. Jangan malu dengan keluarga sendiri. Kalau anak bising di kedai tak payah malu, nasihatkan supaya jangan buat bising. Kita kena sayang keluarga kita.
Tambah Ustaz Don, tak salah jika nak bagi gajet pada anak-anak tapi biar ada masanya. Jika beri cukup masa, tarik semula supaya anak tak leka.
Jujurnya saya sendiri tidak menghadkan penggunaan gajet pada anak-anak. Kita kena membiasakan generasi hari ini dengan eranya tetapi tak bermakna memperhambakannya. Kena ada sistem yang mana volume mesti kena kuat. Apa yang mereka lihat kita tahu dan di depan mata.

Bapa mesti jadi contoh
Jadi undang-undang kena ada kerana ini salah satu yang saya suka fokus. Bapa kena berkuasa dalam rumah, jangan sampai anak-anak kunci pintu dalam rumah kita sendiri. Kita tak mahu ibu dan ayah jadi hamba dalam rumah sendiri.
Bapa kena beri contoh terbaik baru anak-anak ikut. Dengan kata lain, nak bagi gajet pada anak-anak boleh tetapi kena ada undang-undang. Anak-anak tahu apa yang saya suka dan tidak, mereka juga boleh bergurau, naik atas badan saya tak ada masalah. Tetapi bila sampai part saya tegur, contohnya main game dan sebagainya mereka dengar.

Tegas, sayang mesti seimbang
Tegas ketika mendidik itu petua dan cara saya praktikkan sejak dulu lagi. Awalnya marah tetapi lepas tu kendurkan suara. Didik minda dan hormatkan anak-anak, itu cara kita dibesarkan oleh ibu bapa kita kan.
Sebagai seorang suami, ayah dan pemilik masyarakat tidak dinafikan ada benda yang disukai tetapi akan mengutamakan keluarga terlebih dahulu baru kehendak diri.
Kamu jaga Allah maka Allah akan jaga kamu. Jaga tanggungjawab kamu kerana Allah maka Dia akan tolong kita. Misalnya di waktu kita solat, suap anak dan sebagainya semua itu adalah masa. Yakinlah bila kita buat kerana Allah, insya-Allah Dia akan memudahkan anda.
Nak tahu lanjut perkongsian Ustaz Don, boleh tonton video ini.

 
The post Balik Rumah Anak No 1. Panjat Badan, Ajak Main Layanlah. HP Letak Tepi Dulu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/balik-rumah-anak-no-1-panjat-badan-ajak-main-layanlah-hp-letak-tepi-dulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergi Rumah Orang Sisa Buangan Anak Letak Dalam Plastik Jangan Terus Buang

Pergi Rumah Orang Sisa Buangan Anak Letak Dalam Plastik Jangan Terus Buang

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 551 hits
Adab berkunjung ke rumah orang dengan anak kecil tak boleh diambil ringan Sebagai ibu bapa kena peka hal ini Lagi lagi jika anak kita dah pandai melasak dan tak boleh duduk diam Ini cabaran untuk ibu bapa supaya tuan rumah yang kita berkunj...
Dipercayai Bunuh Isteri Anak Lelaki Tikam Diri Semasa Polis Pecah Masuk Rumah

Dipercayai Bunuh Isteri Anak Lelaki Tikam Diri Semasa Polis Pecah Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 342 hits
DIPERCAYAI BUNUH ISTERI ANAK LELAKI TIKAM DIRI SEMASA POLIS PECAH MASUK RUMAH KUALA LUMPUR Seorang wanita kelahiran Malaysia dan anak lelakinya ditemui mati di kediaman mereka di Brentford Barat London semalam Polis London memecah masuk ke ...
Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan

Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 339 hits
Along dah tu tengok TV Gi mandi Jap lagi dah nak maghrib Along masih juga tetap duduk depan TV tanpa menghiraukan panggilan mama nya Along dengar tak mama panggil Pergi mandi Mama ulang lagi arahannya Aaa Along menjawab pendek Along SEKARAN...
Kisah Sedih Kucing Tiap Hari Datangi Makam Adik Berharap Muncul Lagi Dan Ajak Main

Kisah Sedih Kucing Tiap Hari Datangi Makam Adik Berharap Muncul Lagi Dan Ajak Main

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 219 hits
Perasaan sedih akibat kehilangan yang terkasih tak hanya bisa dirasakan oleh manusia namun juga bisa dirasakan hewan Salah satunya adalah kucing berbulu oren bercampur putih ini Menurut penjelasan akun Twitter pawangcat setiap sore kucing i...
Kain Kapan Rambut Anak Dara Yang Dah Mati Dia Letak Kat Kedai Aku Rupanya

Kain Kapan Rambut Anak Dara Yang Dah Mati Dia Letak Kat Kedai Aku Rupanya

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 829 hits
Kain kapan rambut anak dara yang dah mati dia letak kat kedai aku rupanya Sudah menjadi adat dalam dunia perniagaan apabila ada perniagaan orang lain yang lebih berjaya maka akan adanya pihak lain yang berasa tidak puas hati Lebih lebih agi...
Hiburan Pelajar Terkandas Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Hantar Pelajar Balik Semula Ke Rumah

Hiburan Pelajar Terkandas Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Hantar Pelajar Balik Semula Ke Rumah

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 447 hits
Gara gara pengumuman saat akhir penangguhan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di semua institut pengajian tinggi seluruh negara rakyat Malaysia dilihat telah berganding bahu membantu pelajar yang tidak bernasib baik dari segi kewangan da...
Isteri Dan Anak Kena Kuarantin Covid 19 Di Rumah Shuk Sahar Luah Rasa Sedih Dan Rindu Di Instagram

Isteri Dan Anak Kena Kuarantin Covid 19 Di Rumah Shuk Sahar Luah Rasa Sedih Dan Rindu Di Instagram

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 429 hits
Selebriti pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar baru baru ini ada berkongsikan sebuah video di mana dia sedang melawat anak anak dan isterinya yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah setelah pulang dari negeri Sabah Dalam membendung pen...
Nanti Ain Dah Habis Kuarantin Ayah Balik Peluk Semua Anak Isteri Kena Kuarantin Shuk Sayu Hanya Mampu Tengok Dari Jauh

Nanti Ain Dah Habis Kuarantin Ayah Balik Peluk Semua Anak Isteri Kena Kuarantin Shuk Sayu Hanya Mampu Tengok Dari Jauh

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 304 hits
Pandemik Covid 19 nampaknya menular kembali dalam masyarakat kita pada hari ini Rakyat yang pulang dari Sabah khususnya ramai yang perlu menjalani tempoh kuarantin sebagai langkah mencegah penularan wabak pandemik tersebut Isteri kepada pen...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim