Umrah 2019 Bersalam Dengan Imam Masjidil Haram




S  udah berkali-kali solat berjemaah di Masjil Haram, tapi belum lagi dapat bertemu dengan imamnya. Memang susah untuk berjumpa dengan Imam yang bertauliah dan disegani ini. Imam ini masuk ke dalam masjidpun mengikut waktu yang ditetapkan, berjalan keluar masukpun dengan pantas dan sentiasa dikawal rapi oleh pengawal-pengawal.

Namun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Inilah cerita menarik untuk dikongsikan dalam blog saya kali ini. Anak-anak saya, suami dan abang ipar saya sangat gembira kerana dapat melihat dengan dekat wajah imam Masjidil Haram, malahan dapat bersalaman dengannya.

Ceritanya begini..... Ketika sedang tawaf berdekatan dengan Rukun Yamani,  tiba-tiba azan berkumandangan menandakan masuk waktu solat asar. Keluarga kami yang lelaki terus menuju ke arah penjuru Hajarul Aswad untuk mengambil tempat solat. Imam yang diiringi dengan pengawal keselamatan lalu hampir dengan mereka. Bilal yang mengiringi Imam juga ada di situ. Bilal itu nampak suami saya yang berpakaian ihram. Dia pula siap membetulkan kain ihram suami saya supaya menutup bahunya sebelum memulakan solat.

"Bercahaya-cahaya mukanya. Handsome!" kata anak-anak saya.

"Imam itu namanya Syeikh Bandar Al Baleela," beritahu anak saya lagi.

Anak saya lalu menunjukkan video imam itu yang lalu di hadapannya yang sempat dirakamkannya.


Imam Masjidil Haram petang itu Sheikh Bandar Al  Baleela lalu hampir dengan suami dan anak-anak saya dan bersalaman dengan mereka.  Gambar ini sempat dirakam oleh anak saya sejurus selepas Imam bersalaman dengan mereka.


Solat JumaatYang seronoknya pada umrah kali ini, kami dapat 2 Jumaat, iaitu semasa di Madinah dan di Mekah. Jadi dapatlah kami solat Jumaat di kedua-dua tanah haram ini

Pada hari Jumaat bilangan jemaah meningkat di Masjidil Haram. Untuk mendapat tempat solat di dalam Masjidil Haram, jemaah perlu datang awal. Jadi anak-anak dan suami saya sudah keluar awal dan dapat spot di hadapan Kaabah

Saya dan kakak saya memilih untuk solat Jumaat di kaki lima hotel kami sahaja. Ini disebabkan tempat solat wanita sangat terhad

Disebabkan jemaah terlalu ramai, saya pernah solat Jumaat di atas jalan, di sebelah kedai dan di tepi longkang semasa Musim Haji 2010. Lihat gambar dan ceritanya dalam entri lepas yang saya tulis  DI SINI

Kaum wanita menunggu solat Jumaat di kaki lima 
BersedekahPerkara tak diduga.

Saya mengambil tempat solat bahagian wanita. Tempatnya dikepung oleh rak-rak Quran. Bahagian solat lelaki di hadapan saya. Nampak jemaah lelaki melalui celah-celah rak tersebut. Sambil menunggu azan dilaungkan, saya solat, membaca Quran dan berzikir. Dari jauh saya nampak seorang lelaki sedang memberi sejadah kepada jemaah di Masjidil Haram. Ramai orang ucap terima kasih kepadanya.

Apabila saya bertemu semula dengan suami saya, saya menceritakan perkara ini kepada suami saya. Rupa-rupanya orang itu ialah suami saya sendiri. Katanya dia keluar masjid apabila melihat  ramai jemaah solat di atas simen yang berabuk kerana tidak ada karpet disebabkan masjid masih lagi direnovasi. Oleh kerana Islam mementingkan kebersihan suami saya sedekahkan sejadah itu kepada mereka. Pahala itu disedekah kepada isteri, anak-anak, keluarga, muslimin dan muslimat.



Solat di kaki lima adalah perkara biasa di Mekah


Meninggalkan MekahHari terakhir di Mekah, kami melakukan tawaf wada'. Sangat sedih untuk meninggalkan kota suci ini. Kabaah kami kunjungi buat penghabisan kali. Kami menitiskan air mata kesedihan. Kami berdoa semoga ini bukan kunjungan kami yang terakhir. Semoga Allah menjemput kami lagi

Kami pulang ke hotel, mengangkat beg dan terus menaiki bas

Kami pun ke Jeddah. Kami akan berehat di Jeddah sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Apakah yang kami lihat di Jeddah? Ikutilah catatan nota kembara saya di Jeddah pula


Jemaah di bahagian pintu masuk Masjidil Haram

...bersambung

Baca sambungannya di sini:
Umrah 2019 (Bhg 6) | Berehat di Jeddah

Baca kisah sebelumnya di sini: 
Umrah 2019 (Bhg. 4) | Ziarah Mekah, Membeli-belah dan Makan-makan
Umrah 2019 (Bhg. 3) | Mekah Musim Sejuk, Hotel &  Masjidil Haram
Umrah 2019 (Bhg. 2) | Ziarah Madinah Musim Sejuk
Umrah 2019 (Bhg. 1) | Pengalaman Menaiki Kapalterbang Khas ke Madinah

Baca juga:

Pengalaman Naik Haji Di SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nota-kembara.blogspot.com/2019/11/umrah-2019-bhg-5-bersalam-dengan-imam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umrah 2019 Rehat Di Jeddah Berangkat Pulang

Umrah 2019 Rehat Di Jeddah Berangkat Pulang

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 404 hits
J eddah terletak lebih kurang 66 km dari Mekah Apabila selesai ibadat haji atau umrah jemaah biasanya di bawa ke Jeddah untuk mengambil penerbangan pulang ke tanahair Sebelum lapangan terbang Madinah dibuka Jeddah adalah pintu masuk kepada ...
Kes Kebun Haram Kenapa Double Standard Maruah Orang Melayu Kini Sedang Di Pijak

Kes Kebun Haram Kenapa Double Standard Maruah Orang Melayu Kini Sedang Di Pijak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 196 hits
KUANTAN Seolah olah wujud double standard dalam kes pencerobohan tanah milik kerajaan membabitkan pekebun haram di Raub Pahang Walaupun sekitar 4 400 hektar tanah diceroboh bagi tujuan penanaman durian Musang King namun sehingga kini masih ...
Cucu Buya Hamka Luruskan Fatwa Haram Selamat Natal Istighfar Ya Buat Kamu Yang Udah Terlanjur Nyebarin

Cucu Buya Hamka Luruskan Fatwa Haram Selamat Natal Istighfar Ya Buat Kamu Yang Udah Terlanjur Nyebarin

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 192 hits
Setiap menjelang akhir tahun umat Muslim seolah dipaksa terlibat dalam perdebatan yang menjenuhkan dan cenderung jalan di tempat Beriringan dengan baliho baliho diskon Natal Tahun Baru fatwa sejumlah ulama pun secara sporadis melimpah ruah ...
6 Perkara Haram Ketika Haid Pada Perempuan Muslim Dalam Islam

6 Perkara Haram Ketika Haid Pada Perempuan Muslim Dalam Islam

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 640 hits
6 Perkara Haram Ketika Haid Pada Perempuan Muslim Dalam Islam Larangan ketika haid dalam Islam di kira sebagai perkara yang haram dilakukan Haram ketika haid merupakan perkara perkara yang tidak boleh dilakukan pada mana mana wanita muslim ...
Yang Haram Jadi Halal Kerana Rasuah

Yang Haram Jadi Halal Kerana Rasuah

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 327 hits
Siapapun yang kita sokong parti mana pun yang kita sokong Jangan sampai akidah begitu murah Jangan putus asa mengajak ke arah kebaikan
Polis Bongkar Aktiviti Loteri Haram Berselindung Di Sebalik Kedai Telefon Komputer

Polis Bongkar Aktiviti Loteri Haram Berselindung Di Sebalik Kedai Telefon Komputer

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 329 hits
BernamaAbd Khalid bersama anggotanya membuat serbuan operasi ke atas loteri awam haram di sekitar Subang Jaya 13 Dis 2020 fotoBERNAMA SUBANG JAYA Polis membongkar kegiatan loteri haram yang berselindung di tapak sewa dalam kedai telefon bim...
6148 Daging Import Haram Ppim Mahu Semua Agensi Lebih Proaktif Kenyataan Media Ppim 15 12 2020

6148 Daging Import Haram Ppim Mahu Semua Agensi Lebih Proaktif Kenyataan Media Ppim 15 12 2020

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 384 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia merasa amat terkejut dengan penemuan daging yang telah dihalalkan di sebuah gudang di Johor Bahru baru baru ini 1 500mt daging yang ditemui itu bukanlah satu jumlah yang kecil dan apa yang lebih membimbangk...
Penempatan Haram Warga Asing Genting Highland Punca Kluster Covid19

Penempatan Haram Warga Asing Genting Highland Punca Kluster Covid19

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 526 hits
Kluster Genting berpunca dari seorang Bangla rentas negeri jumpa kawan2 Kalau tak kerana bangla tu la mungkin ramai jugak yg tak tahu kat atas tu ada penempatan warga asing sebesar tu Dulu lagi orang dh bising pasal penempatan haram warga a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization