Umpama Ular Sawa Masuk Sarang Ular Lidi Kata Ku Li


Alyaa Abdul Aziz Alhadjri | Diterbitkan 29 Okt 2018, 6:51 petang

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan lamaran terhadap wakil rakyat Umno untuk menyertai BERSATU umpama ular sawa dijemput masuk ke dalam sarang ular lidi.

“Ini cerita ular sawa dijemput masuk sarang ular lidi. Tak taulah saya,” katanya ketika diminta mengulas laporan berita yang mendakwa beberapa ahli parlimen Umno sedang membuat pertimbangan dengan teliti untuk menyertai BERSATU.

Tengku Razaleigh, yang juga adalah pengerusi Jemaah Penasihat Umno, berkata parti Melayu tertua itu tidak akan terkubur jika hanya terdapat beberapa ahli parlimen dan pemimpinnya melompat parti.

Beliau juga mengakui bahawa tidak ada pihak yang melamar mahupun mempelawanya menyertai parti serpihan Umno itu.

“Tak ada (pelawaan). Saya racun kuat. Tak berapa nak terima saya barangkali,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa, hari ini mengakui memang terdapat dalam kalangan ahli parlimen dari parti itu yang dilamar untuk menyertai BERSATU.

Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memperkuatkan BERSATU dengan beberapa ahli parlimen Umno yang dilamar dan dipanggil untuk berunding.

Diminta mengulas sama ada tindakan itu bakal menyaksikan Umno akhirnya terkubur, Tengku Razaleigh tidak melihatnya sedemikian.

“Umno kalau habis pun empat lima kerat (wakil rakyat) yang suka melompat.

"Umno tidak akan habis, nak hancur bagaimana, Umno ini parti akar umbi. Di mana-mana pun ada Umno, di kampung dan ceruk mana pun ada, sudah dekat 70 tahun.

“Bukan mudah, sudah ada sejarah dan perjuangannya berasas termasuk ketika melawan penjajah," katanya.

Tengku Razaleigh pernah menentang Umno selepas tewas dalam pemilihan Umno dan bertindak menubuhkan Semangat 46 pada 1988.

Meskipun bekerjasama dengan PAS, beliau gagal mencabar BN dan Umno yang diterajui oleh perdana menteri ketika iru, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sabtu lalu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendakwa sebagai berkata Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed  bukanlah anggota parlimen terakhir dari Umno yang akan menyertai BERSATU.

Kata bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu beliau mendengar khabar angin ada sehingga 40 anggota parlimen Umno akan bertindak seperti Mustapa dan sebahagian dari mereka akan menyertai BERSATU.

Untuk rekod sebelum Mustapa meninggalkan Umno beberapa anggota parlimen parti itu sudah terlebih dulu bertindak demikian.

Antaranya ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bahan Serai).

Bekas menteri kanan Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) pula mengumumkan langkahnya meninggalkan Umno kurang dari 24 selepas Mustapa berbuat demikian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/10/umpama-ular-sawa-masuk-sarang-ular-lidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 306 hits
PUTRAJAYA Terdapat pelbagai cara digunakan oleh Ahli UMNO yang mahu menyertai Pakatan Harapan kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad Ada yang nak masuk dengan satu kumpulan tidak boleh sebab dia akan jadi lebih besar dari kita Kalau nak ...
5 Cara Mengusir Ular Jika Masuk Ke Rumah Bukan Dengan Menaburkan Garam

5 Cara Mengusir Ular Jika Masuk Ke Rumah Bukan Dengan Menaburkan Garam

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 266 hits
Menaburi garam ternyata bukan cara ampuh untuk mengusir ular yang masuk ke rumah Umumnya rumah dengan halaman yang luas dan dipenuhi banyak tanaman dan pohon rentan dimasuki ular Sebenarnya adanya ular di sekitar rumah menunjukkan ekosistem...
Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995 Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu

Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995 Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 866 hits
KIRA KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen Segamat Johor Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ula...
Mustapa Mohamed Masuk Bersatu Secara Sukarela Kata Dr Mahathir

Mustapa Mohamed Masuk Bersatu Secara Sukarela Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 292 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menerima borang keahlian Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai BERSATU ketika sidang media di Lobi Galeri BERSATU Menara Yayasan Selangor Turut hadir Presiden BERSATU Tan Sri M...
Kata Bps Pengeluaran Rp 400 Ribu Bulan Bukan Orang Miskin

Kata Bps Pengeluaran Rp 400 Ribu Bulan Bukan Orang Miskin

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 243 hits
Berita Islam 24H Calon Presiden Prabowo Subianto menyebut hanya 1 dari penduduk Indonesia yang hidup berkecukupan Sementara sisanya atau 99 hidup sangat pas pasan Apa yang disebutkan Prabowo ini jauh berbeda dengan data yang dimiliki Badan ...
Kata Gp Ansor Kami Umat Islam Juga

Kata Gp Ansor Kami Umat Islam Juga

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 374 hits
Berita Islam 24H Pembakaran bendera bertuliskan kalimat tauhid menuai reaksi yang beragam dari berbagai pihak Majelis Ulama Indonesia pun prihatin dan menyesalkan adanya pembakaran bendera bertuliskan kalimat tauhid yang terjadi di sela sel...
Gerindra Kata Sontoloyo Tak Pantas Keluar Dari Mulut Presiden

Gerindra Kata Sontoloyo Tak Pantas Keluar Dari Mulut Presiden

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 233 hits
Berita Islam 24H Partai Gerindra menanggapi pernyataan Presiden Joko Widodo yang belakangan ini menuai pro dan kontra Istilah seperti politik kebohongan dan politikus sontoloyo yang dilontarkan Jokowi menjadi perbincangan hangat bagi elite ...
Projek Felcra Di Jalan Semarak Diteruskan Kata Azmin

Projek Felcra Di Jalan Semarak Diteruskan Kata Azmin

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 237 hits
Projek Felcra di Jalan Semarak diteruskan kata Azmin Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 25 Oct 2018 1 3
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor